Beranikan diri kita untuk mempunyai impian yang besar. Jangan malu dan segan untuk meluahkan apa sahaja yang diimpikan. Minda separa sedar perlu bertindak dengan lebih efektif dan berkesan. Salah satu cara mudah untuk menyatakan impian adalah dengan BERIMAGINASI. Ia merupakan visualisasi yang amat memberi kesan.
Imaginasi perlu untuk kita berasa dekat dengan perkara yang mungkin kita fikirkan dan diingini. Ia tiada limit serta penghujung. Kita boleh imaginasikan apa sahaja.
Imaginasi adalah cenderung kepada penggunaan otak kanan iaitu otak kreatif. Otak sebelah kanan ini amat jarang digunakan. Ini hanya akan menyebabkan kita menjadi kurang kreatif sedangkan kreativiti dan inovasi amat memberi makna dalam kehidupan.
Imaginasi adalah antara cara yang paling berkesan dalam menghasilkan INOVASI. Inventor serta inovator semuanya mempunyai imaginasi mereka sendiri. Contohnya seperti Steve Jobs dan sahabat baiknya Steve Wozniak, mereka mempunyai imaginasi satu hari nanti setiap rumah akan memiliki komputer.
Begitu juga dengan Albert Einstein. Beliau merupakan antara individu yang menggalakkan imaginasi. Ini adalah kerana beliau sendiri sering berimaginasi sebelum menghasilkan sesuatu.
Jika lagenda terkenal seperti mereka mempunyai imaginasi mereka sendiri, ayuh kita sama-sama turut menghasilkan imaginasi yang cemerlang. Imaginasi yang hebat akan mempercepatkan impian untuk menjadi nyata.
Ayuh Imaginasi!
“Logik hanya akan membawa kamu dari A pada B. Imaginasi akan membawa kamu ke mana-mana sahaja ."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Imaginasi Cemerlang"
Post a Comment