Kita percaya setiap daripada kita mempunyai kebolehan tersendiri. Ia perlu dikenalpasti dan dibangunkan untuk menjadi kelebihan itu digunapakai sepenuhnya. Ia perlu bermula sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Ia perlu diraikan sepenuhnya.
Oleh itu, satu Bengkel Kepintaran Pelbagai inisiatif Saidina Smart Consultancy telah diadakan pada 23-24 Mac 2013 bertempat di ibu pejabat Saidina Smart Consultancy sendiri. Seramai 50 peserta telah turut serta bengkel ini. Kebanyakan para peserta terdiri daripada pelajar tahun 3, 4, 5 dan 6.
Bengkel ini dianjurkan atas inspirasi Prof Howard Garner meraikan lapan (8) kepintaran pelbagai iaitu bahasa, muzik, logik & matematik, interpersonal, intrapersonal, visual, gerak badan dan alam semulajadi.
Alhamdulillah, aktiviti-aktiviti yang berteraskan ke arah kelapan-lapan kepintaran telah dilaksanakan dengan jayanya. Ia disertakan dengan tontonan video yang membangkitkan kepintaran mereka.
Keseluruhannya, para peserta sedikit sebanyak dapat ilmu baru dan kenal kepada diri sendiri yang mana satu kepintaran yang mereka perlu raikan. Mudah-mudahan didoakan mereka dapat amalkan sebaik-baiknya kepintaran-kepintaran yang dimiliki mereka.
p/s: Ramai juga suka kucing, menyanyi, tonton filem dan baca komik. Satu lagi semua tersangat aktif! Semua seronok...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "BENGKEL KEPINTARAN PELBAGAI 23-24 MAC 2013"
Post a Comment