INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

PROGRAM FINISHING SCHOOL UPSI: KURSUS KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, December 10, 2012 0 comments

Bertarikh pada 9 dan 10 Disember 2012, Sabtu dan Ahad, Alhamdulillah Program Finishing School UPSI, Kursus Kemahiran Komunikasi Siri 2 & 3 telah dikendalikan dengan jayanya. Program ini merupakan program wajib bagi para pelajar tahun akhir Universiti Pendidikan Sultan Idris pelbagai bidang. Ia dianjurkan oleh Badan Kaunseling dan Kerjaya UPSI.

Siri 2 telah dihadiri seramai 135 pelajar, manakala siri 3 hanya dihadiri oleh 50 pelajar sahaja. Kerjasama para pelajar dalam menyelesaikan setiap aktiviti sepanjang program amatlah dihargai. Matlamat utama program adalah menjadikan para pelajar UPSI keboleh pasaran selepas selesai belajar nanti. 

Sememangnya mereka merupakan bakal pendidik dan tenaga pengajar yang berkaliber. Walaubagaimanapun, para pelajar didedahkan yang mana mereka semua tidak semestinya menjadi guru secara terus. Mereka perlu memasarkan diri mereka sendiri. Disebabkan inilah pihak kaunselor UPSI menganjurkan program kemahiran yang mana bakal digunakan oleh mereka di pasaran luar. 

Perkara utama yang dikhususkan kepada kemahiran komunikasi adalah berkaitan kepada Neuro Linguistik Programming, NLP. Teknik nlp sudah pastinya akan memberikan impak kepada mereka kerana ia adalah teknik yang sangat memberi makna sekali. 

Mudah-mudahan para pelajar tahun akhir UPSI mendapat manfaat penuh serta nilai sebenar sepanjang mengikuti kursus ini. Inspirasi komunikasi pasti memberi kesan sekiranya diamalkan dan diamati. 

"A GREAT COMMUNICATOR IS A GREAT OBSERVER"

Terima kasih UPSI, Terima kasih semua....
 
 
 
 
 
 
 



Dapat juga belajar sedikit sebanyak Bahasa Mandarin, 'Gou tong ke cheng'. In Sha Allah akan ke sana lagi satu masa nanti. 



Siapa Kita?

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, November 15, 2012 0 comments

Siapakah kita? Pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri persoalan sebegini. Ada yang membayangkan diri menjadi seseorang yang lemah dan sering terpedaya. Ada juga yang membangga-banggakan diri sehingga tidak disenangi oleh ramai orang. Sebenarnya kita hanyalah insan biasa yang telah ditempatkan Allah di muka bumi. Kita semua dijadikan dari bahan dan sumber yang sama iaitu tanah. Tiada yang berbeza.

Telah dinyatakan di dalam Al-Quran yang mana kita adalah khalifah di muka bumi ini. membuat segala kebaikan dan menjaga alam amanah dari Allah. Jika ada yang tersalah ingat memperingatilah  dan berpesan-pesanlah antara satu dengan yang lain.

Sebenarnya kita adalah insan yang ditempatkan di alam yang sementara. Dunia ini hanyalah tempat lakonan semata-mata. Tiada yang terlepas pandang oleh 'Direktor' yang sebenar. Dia sentiasa memperhatikan segala-galanya.

Yang terpenting adalah tunaikan segala tanggungjawab yang perlu dilakukan. Perlu diingat ianya bukan sekadar untuk diri kita sendiri semata-mata, malah kita perlu melakukan tanggungjawab kepada setiap apa yang ada.






SERONOK BEKERJA

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, November 07, 2012 0 comments

“Setiap orang akan dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia menyukai pekerjaan yang dilakukan nya”
                                                                              Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah 

Sumber manusia adalah aset yang penting dalam mana-mana organisasi. Kejayaan sesuatu organisasi itu banyak bergantung kepada sumbangan dan kerjasama yang diberikan oleh para pekerjanya. Untuk mewujudkan organisasi yang berdaya saing dan melangkah maju ke hadapan adalah bergantung kepada kesatuan dan kesungguhan penggerak utama iaitu para pekerja. Pekerja yang produktif dan effisien adalah amat penting dalam mencapai matlamat serta objektif utama sesuatu organisasi. Peningkatan prestasi kerja bergantung kepada keberkesanan sesuatu persekitaran dan suasana yang kondusif di tempat kerja serta rakan sekerja. Dengan itu jugalah, prestasi serta kualiti kerja akan terus meningkat. 

Dalam sesuatu pekerjaan, ianya memerlukan kesinambungan setiap apa sahaja yang kita lakukan. Ia memberi kesan kepada diri sendiri dan juga rakan-rakan sekerja dalam mempertingkatkan kualiti dalam perkhidmatan. Tidak dinafikan dalam organisasi, setiap individu memerlukan satu dengan yang lain serta bekerjasama dalam satu pasukan yang besar seumpama „keluarga‟ ke dua. Persoalannya, bagaimanakah perasaan kita dalam bekerja? Bagi mencapai tujuan ini, para pekerja mestilah dilatih dan dipupuk agar merasa seronok dalam pekerjaan masing-masing. Rasa seronok di tempat kerja adalah rahsia untuk menjadi pekerja yang cemerlang. 

Elemen ini akan mewujudkan suasana kerja yang produktif dan sentiasa berprestasi tinggi adalah perlu wujudnya keseronokan dalam bekerja. Setiap individu diperlukan untuk sentiasa seronok dan secara otomatik akan menghasilkan suasana yang sentiasa ceria sama ada di dalam mahupun di luar pejabat. Percaya atau tidak dengan keadaan yang seronok kadar penyelesaian kerja akan lebih cepat dan peningkatan prestasi serta kualiti kerja akan meningkat sekali ganda daripada biasa.


PROPOSAL PROGRAM KEMAHIRAN KEJAYAAN

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, November 06, 2012 0 comments



Program ini akan mengupas dan mendedahkan rahsia kecemerlangan melalui konsep Tranformasi Diri. Ia merupakan model menyeluruh untuk menjadi lebih cemerlang daripada biasa. Kecemerlangan yang menyeluruh melalui transformasi diri akan didedahkan untuk seseorang individu lebih jelas bagaimana perancangan strategik perlu didedahkan. Tranformasi membawa kepada konsep Talent (Bakat), Attitude (Sikap), Future (Masa Hadapan), Mindset (Pemikiran) dan juga Innovation (Mencipta) dalam diri individu. Ia akan diperluaskan dengan kemahiran-kemahiran yang terkini yang perlu dimiliki oleh setiap individu yang pastinya akan mempunyai nilai tambah dalam apa sahaja yang dilakukan. 

Dengan menyertai program ini, setiap individu akan lebih terarah untuk merancana kecemerlangan diri dari segenap aspek kehidupan. Mereka akan melihat konsep kecemerlangan dari erti kata yang sebenar dan menyeluruh. Program ini memberi kesedaran untuk sentiasa bersedia bermatlamatkan kecemerlangan sebenar. 

Kesannya, individu akan lebih yakin dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri sendiri dari segi perspektif sebenar. Mereka akan merasakan kecemerlangan perlu bermula hari ini dan tidak perlu dilengah-lengahkan lagi. Mereka akan menjadi lebih yakin dan percaya diri yang kuat. Akan wujudnya perasaan untuk sentiasa berdaya maju selangkah ke hadapan menonjolkan kecemerlangan diri demi kecemerlangan dalam kehidupan. Selain daripada itu, program ini akan memberikan perspektif baru bahawa kecemerlangan mempunyai maksud yang meluas.


 

PROPOSAL KURSUS KREATIVITI & INOVASI

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, November 06, 2012 0 comments

Hentikan BULI!

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, October 26, 2012 1 comments


BULI!

Adakah kita seorang pembuli? Adakah kita suka dibuli? Persoalan ini perlu kita jawab secara telus.

Buli seolah-olah menjadi 'adat' bagi setiap pelajar di sekolah-sekolah baik generasi dahulu mahupun kini. Persoalanya mengapakah ini terjadi? Mengapa ia berlaku dari semasa ke semasa. Agak menghairankan kerana perbuatan yang 'bermasalah' ini masih berlaku. Ia seolah-olah menjadi perkara wajib yang perlu dilakukan terutamanya pelajar senior kepada pelajar junior.

Pelajar senior mengambil kesempatan ke atas kenaifan para pelajar junior. Ia selalunya berlaku kepada pelajar yang tinggal di asrama. Namun tidak dinafikan ianya berlaku di sekolah harian. Bayangkan pelajar baru Tingkatan 1 yang masih lagi terpinga-pinga dengan suasana baru dikejutkan dengan sesuatu yang mengganggu emosi mereka. Secara otomatik mereka telah setkan satu masa nanti 'bila aku menjadi pelajar senior, pelajar junior akan menjadi mangsa kepada aku'. 


Perlunya berlaku perubahan kepada senario ini. Jika tiada diberi inspirasi untuk menyelesaikan masalah ini ia akan menjadi barah yang mengundang padah kepada pembangunan generasi hari ini. Bukankah setiap generasi hari ini merupakan pemimpin masa hadapan? 

Buli hanya memberi kesan buruk kepada emosi setiap pelajar. Bahkan di dalam Islam budaya ini langsung tiada. Perkara yang memberi keburukan dan memudaratkan perlu dielakkan. 

Buli hanya akan menimbulkan rasa dendam dan tidak berpuas hati ke atas mangsanya. Kecederaan emosi ini akan parah kerana akan mengundang rasa benci dan membuat timbal balik kepada individu lain. Disebabkan itu ia seolah-olah diwarisi dari semasa ke semasa. Bahkan mereka sebagai mangsa akan timbul rasa rendah diri, kemurungan dan tidak mempunyai keyakinan diri. Malah ada yang sanggup mencederkan diri sendiri kerana berasa diri tidak berguna.

Inisiatif inspirasi perlu dibuat mudah-mudahan buli dapat dihentikan mulai hari ini. Landasan sebenar perlu diterangkan kepada para pelajar. Mungkin boleh diterapkan dengan jelas kepada para pelajar sifat Rasulullah dan tuntutan Islam untuk sentiasa membuat perkara yang terarah kepada berkebaikan.

Kidzania Malaysia

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, October 26, 2012 0 comments


Anda pernah sampai ke KidZania ? Atau anda pernah dengar nama Kidzania? Kidzania Malaysia telah dibuka di Curve NX, Mutiara Damansara pada 28 Feb 2012. Tunggu apa lagi...jom berkenalan dengan Kidzania. 

 Apa itu KidZania? 

 KidZania diasaskan di Mexico City pada tahun 1996 oleh Xavier Lopez, orang yang mempunyai impian untuk menghasilkan satu tempat di mana-mana kanak-kanak dapat belajar atau merasai pengalaman hidup sebenar. 

Di KidZania, kanak-kanak seperti berada satu dunia lain dimana mereka boleh menjadi orang dewasa. Mereka akan belajar cara mendapatkan duit dengan bekerja,cara membelanjakan duit,menyimpan duit dan menimba pengalaman bekerja dalam bidang yang mereka suka. 



 




Kanak-kanak dalam KidZania boleh memilih pekerjaan seperti bomba,doktor gigi,chef, pekerja hospital dan macam-macam lagi. 

 

Teater Kidzania


KidZania dibuka dari 10 pagi - 5 petang pada hari Isnin hingga Jumaat ,harga tiket masuk kidzania adalah sama.Hari minggu,cuti sekolah dan cuti umum, terdapat dua sessi iaitu 10 pagi - 3 petang dan 4 petang-9 malam. 


Harga Tiket Masuk KidZania 

Kanak-kanak 3 tahun ke bawah – RM35 (MyKad & Non-MyKad) 
Kanak-kanak (4-14 years) – RM55 (MyKad) / RM75 (Non-MyKad) 
Dewasa – RM35 (MyKad) / RM55 (Non-MyKad)
Warga Emas - RM30 (MyKad & Non-MyKad) 




    

Mari Raikan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, October 26, 2012 0 comments


"The saddest thing in life is wasted talent, and the choices that you make will shape your life forever." -The Bronx Tal 

Semakin hari kita semakin dewasa dan perlu menetapkan halatuju untuk terus berjaya dan memberi nilai dalam hidup. Kejayaan itu dapat menjadi realiti dengan berteraskan kepada sejauh mana kita meraikan bakat. Juga boleh dikatakan sejauh mana kita menggunakan bakat yang sedia ada.

Sebelum itu mari kita kenali apa itu bakat. Menggunakan definisi saya sendiri, bakat adalah kebolehan semulajadi yang dimiliki oleh setiap individu yang perlu dikenalpasti dan dibangunkan untuk membangunkan potensi masa hadapan.

Kita imbas kembali perkara yang paling asas untuk mengetahui adakah kita lakukan sesuatu perkara itu berdasarkan bakat kita atau tidak.

  1. Apa yang kita lakukan itu kita benar-benar minat
  2. Apa yang kita lakukan itu kita rasa seronok
  3. Apa yang kita lakukan itu kita dapat rasa mudah
  4. Apa yang kita lakukan berdasarkan kepada menyeluruh ketiga-tiga perkara di atas
Mengapa Perlu Meraikan Bakat?

Bakat menjernihkan potensi. Sepertimana definisi bakat yang telah dinyatakan, bakat yang dikenalpasti dan dibangunkan akan memberi impak yang luarbiasa kepada potensi setiap individu. 

Ia juga akan memberi jenama diri kepada diri kita sendiri. Sebagai contoh Chef Wan menjadi seperti hari ini atas kerana beliau telah meraikan bakat. Pernahkah kita tahu yang mana Chef Wan mula meraikan bakat sebenarnya apabila beliau telah dewasa. Beliau merupakan pemegang ijazah dalam bidang akaun. Sepatutnya beliau menjadi akauntan tetapi mengapa hari ini beliau dikenali sebagai selebriti chef. Di mana-mana sahaja jika sebut perkataan chef akan disebut nama Chef Wan. Begitu juga bila disebut pakar motivasi, pasti nama Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah disebut. 

Bakat membina jenama dan nilai sebenar. 

Cara Mudah Meraikan Bakat

Mengapa perlu runsing? Meraikan bakat bukannya sesuatu yang memeningkan kepala. Ianya adalah sesuatu yang amat mudah sekali. Caranya dengan buat sesuatu itu dengan secara berterusan. Di sini dikongsikan beberapa cara untuk meraikan bakat.

  1. Kenalpasti dan memahami kekuatan dan kelemahan diri. Gunakan kekuatan sepenuhnya namun jangan sesekali mahu ubah kelemahan kepada kekuatan (ia tidak akan terjadi). Uruskan sahaja kelemahan.
  2. Senaraikan minat, hobi, pekerjaan yang kita suka serta impian. Ambil masa dan jangan lupa lakukannya dengan rasa seronok!
  3. Lakukan resolusi kepada perkara nombor 2. Dapatkan momentum!
  4. Cari dan dapatkan mentor. Belajar sesuatu dan dapatkan inspirasi daripada mentor. 
  5. Sertai kursus, bengkel serta program-program yang dapat meningkatkan skil serta kekuatan diri. Dapatkan idea yang membolehkan kepada pembinaan perkara yang kreatif dan inovatif. 
  6. Hargai diri sendiri.
  7. Tetapkan matlamat dan beri penghargaan kepada setiap kejayaan. 

RAIKAN BAKAT...





Kursus Kreativiti dan Inovasi

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, October 11, 2012 0 comments

Seminar Kerjaya Khusus Untuk Pelajar Sekolah Menengah

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, October 09, 2012 0 comments

Buat tempahan untuk kami hadir di sekolah saudara. Pelbagai nilai dan manfaat akan saudara dapat. Pendedahan dunia hari ini lebih kepada mencipta kerjaya bukan sekadar mencari kerjaya.

Mohon hubungi kami untuk maklumat lanjut:
019 3499 536

 

Program SAYA REMAJA INOVATIF | Akan Datang 2013

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, October 09, 2012 0 comments

Transformasi Diri

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, October 05, 2012 0 comments
TRANSFORMASI | TALENT, FUTURE, MINDSET, INNOVATION (ATTITUDE)


Bakat
- Seperti elemen Minda inovasi, bakat adalah eksplorasi menyeluruh untuk transformasi diri anda sendiri. 

Masa hadapan
- Seperti yang saya katakan sebelum ini. Masa hadapan ditentukan oleh usaha dan bagaimana anda membentuk minda anda sendiri. Saya hanya memberikan informasi dan sedikit perkongsian, namun segalanya terletak kepada diri anda sendiri.

Set Minda
- Minda jika dilatih dapat menghasilkan set minda yang kreatif dan inovatif. 

Inovasi
- Eksplorasi yang terakhir adalah berkaitan dengan inovasi itu sendiri? Adakah anda talah mendapat idea berkenaan inovasi setakat ini?

Tambahan:
Sikap
- Antara perkara paling penting dalam memberikan inspirasi kepada Transformasi adalah sikap. Sikap yang positif akan membina matlamat yang jelas dan melakukan sesuatu kepada tahap mapan.


INSPIRASI LEGO

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, October 04, 2012 0 comments



LEGO merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam industri permainan. Mainan bricks yang menarik ini mungkin kita sendiri pernah bermain. Di Malaysia, telahpun dibuka taman tema yang dipanggil Legoland Malaysia.




Mengapa tercipta LEGO? Bagaimana ia tercipta? 

Di sebalik nama LEGO ialah seorang individu yang mempunyai nyala rasa yang sangat hebat. Pencetusnya serta inventornya adalah Ole Christiansen, seorang tukang kayu dan bapa kepada 4 orang anak lelaki.

Ole Christiansen merupakan inventor yang tidak sesekali menyerah kalah dan tetap melakukan yang terbaik walau dalam apa juga keadaan. Walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yang dihadapinya seperti isteri meninggal dunia, kehabisan duit, bengkel terbakar, namun beliau tetap dengan usaha untuk memajukan diri. Bermula dengan karier sebagai tukang kayu (syarikat sendiri dan terpaksa memberhentikan pekerja kerana kekurangan dana), beliau berubah dan mendapat inspirasi daripada seekor itik dengan menghasilkan permainan diperbuat daripada kayu.

Ada masanya beliau perlu menjual sendiri hasilkerja atas sebab mendapatkan bekalan makanan. Atas sebab kesungguhan beliau LEGO berkembang walaupun bermula dengan merangkak bermula dengan menjual mainan kayu. Walaupun Ole inventor yang kreatif, terdapat juga kelemahan yang ada pada beliau seperti menaip dan menjual. Beliau bukanlah seorang jurujual yang baik. Satu perkara lagi Ole percaya kualiti perlu dijaga supaya tidak menipu pelanggan.

Inspirasi untuk mencipta blok LEGO yang pertama adalah pada tahun 1946 di Copenhagen semasa mencari mesin baru.

Anaknya Godfrey mencipta sistem untuk LEGO. Itupun setelah beliau menaiki kapal ke England dan berbual dengan seseorang yang mahukan sistem dalam industri permainan. Dengan itulah wujudnya sistem LEGO. Beliau percaya kanak-kanak akan lebih menggunakan imaginasi dan meningkatkan daya berfikir dan kreatif. Idea ini memberikan hasil yang sangat baik. Bahkan sebelum itu juga beliau memberi penambahbaikan kepada mainan LEGO itu sendiri iaitu bagaimana mahukan setiap bricks bercantum dengan kukuh serta boleh dicantumkan menjadi apa sahaja.

Selepas Ole meninggal, dunia LEGO disambung oleh anaknya. Anaknya juga menghadapi cabaran yang sama seperti ayahnya iaitu bengkel terbakar. Namun, mewarisi kecekalan ayahnya, beliau terus melangkah ke hadapan. Seperti ayahnya begitulah juga anaknya. Dalam kesibukan menguruskan LEGO beliau juga mempunyai rancangan yang besar untuk membina lapangan terbang di kawasan tempat tinggalnya, Billund.  Antara tujuan pembinaan lapangan terbang adalah untuk mudah menjual LEGO ke seluruh dunia.

Daripada sistem, wujud pula idea untuk meluaskan ruang khusus untuk LEGO. Inspirasi idea beliau mewujudkan LEGOLAND telah terhasil pada tahun 1986.

Legasi beliau diteruskan sehinggalah ke hari ini oleh cucu beliau. LEGO kini telahpun berusia 80 tahun. Pembangunan, kemajuan serta perubahan dari semasa ke semasa membuktikan usaha gigih serta idea asal sentiasa berkembang. Kini LEGO semakin maju dengan inisiatif untuk kanak-kanak eksplor, mengalami, dan meluahkan dunia mereka sendiri dan mencipta dunia tanpa sempadan.

Pengajaran: 
  1. Teruskan usaha, jangan berputus asa dan sentiasa percaya dengan apa yang dilakukan serta jangan sesekali menyerah kalah. 
  2. Lakukan yang terbaik dalam apa juga keadaan
  3. Kesungguhan dan kesabaran pasti memberi hasil yang memberansangkan.
  4. Inovasi bermula dengan inspirasi.
  5. Teruskan legasi
  6. Putting idea into action
  7. INVENT!

 

Membina Pasukan Kelas Dunia | Langkah Kejayaan Pasukan

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, October 04, 2012 0 comments


Satu pasukan yang hebat adalah apabila setiap individu dalam pasukan itu sendiri bekerjasama antara satu dengan yang lain dan memberikan kolaborasi yang hebat. Ini dengan sendirinya akan membentuk pasukan kelas dunia yang sempurna.

Namun begitu adakah cukup sekadar 'bekerjasama' tanpa mempunyai langkah-langkah yang membentuk strategi baru yang lebih berkesan.

Di bawah ini merupakan antara elemen-elemen yang penting dalam membentuk pasukan kelas dunia yang sebenar.
  • Membina Misi Bersama
  • Visualisasikan Sasaran(Goals)
  • Bina Minat Yang Mendalam
  • Berlatih, Berlatih dan Berlatih
  • Merencana Diri
  • Belajar Dari Segala Kesilapan
  • Membina Pasukan Yang Membentuk Keserasian (Chemistry)

Ia bermula dengan setiap ahli dalam pasukan itu sendiri...

Pasukan kelas dunia = INNOVATION



Percaya: Rezeki Allah

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, October 04, 2012 0 comments


";dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) (2)
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (3)"

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

‎"Ya Allah, murahkanlah rezekiku dan permudahkanlah urusanku". Sentiasalah memohon kepada Allah kerana Dialah pemberi segala rezeki.

Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang berkaitan dengan rezeki, dan ini merupakan salah satu daripadanya.

Semua orang mahukan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur. Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Sebelum kita turun dari rumah menuju ke tempat kerja atau sebelum memulakan pekerjaan, mulakanlah dengan bismillah. 

Selain melakukan pekejaan yang halal menurut hukum syarak, hendaklah kita melakukan pekerjaan dengan tekun dan bertanggungjawab, menepati masa (jika bekerja dengan majikan), dan jangan mengabaikan solat bila sudah masuk waktu solat. Mestilah bersegera menunaikannya barulah Allah menyegerakan sampainya rezeki. Satu perkara lagi, jangan mengamalkan tabiat mengeluh jika ada sesuatu kesukaran dan kepayahan, kerana itu adalah test dari Allah untuk meneguhkan jiwa kita. Jika kita mengeluh, maka adalah seolah-olah kita menganggap apa yang Allah takdirkan untuk kita itu tidak betul. Itu menunjukkan kita tidak redha dengan Allah. Bagaimana kita nak harapkan keredhaan Allah dan doa kita makbul sedangkan kita tidak redha pada ketentuan Allah. 

Sebelum kita meminta apa-apa dari Allah, terlebih dahulu kita hendaklah bersikap syukur dengan apa-apa yang telah kita terima sebelum ini seperti udara, air, makan minum, pakaian, rumah, keluarga dan sebagainya. Kemudian barulah kita berniat untuk mendapat apa-apa tambahan dari Allah. 

Walaubagaimanapun, disini ada beberapa petua untuk diamalkan supaya kita dapat murah rezeki, kalau bekerja lekas naik pangkat, kalau berniaga dapat untung yang banyak. 

  1. Bangun awal pagi sebelum masuk waktu subuh. 
  2. Amalkan solat sunat qobliyah subuh (2 rakaat sunat sebelum solat fardhu subuh). 
  3. Jangan abaikan solat wajib 5 waktu tidak ketinggalan solat jumaat (zaman sekarang ni ramai yang gagal dalam menunaikan solat jumaat. Tidak elok begitu, bukankah antara perkara yang digeruni orang kafir ialah bila melihat orang Islam berkumpul setiap minggu untuk bersolat jumaat. Tentulah ada sesuatu hikmat besar dalam solat Jumaat). 
  4. Amalkan membaca Ayat 1000 Dinar setiap kali selepas solat fardhu, sebelum pergi ke pejabat atau tempat kerja, dan sebelum tidur. Bacalah sebanyak 3 atau 5 atau 7 kali. Hanya orang-orang yang mengamalkannya yang dapat memperihalkan kemujaraban ayat ini. Subhanallah.. 
  5. Mengeluarkan zakat serta bersedekah kepada fakir miskin. 
  6. Menjaga makan minum supaya jangan bercampur dari sumber yang haram dan syubhat, agar doa mudah dikabulkan Allah. 
  7. Sentiasa berterima kasih pada Allah atas apa-apa yang kita miliki. Sesiapa yang bersyukur nescaya Allah tambahkan lagi nikmat (sesiapa yang kufur nescaya azab pedih menanti di alam kubur). 
  8. Sebelum tidur selepas membaca doa (doa sebelum tidur), berselawat keatas Nabi dan beristighfar serta memohon keampunan untuk seluruh kaum muslimin dan muslimat. 


Model Bisnes

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, September 26, 2012 0 comments

Berikut merupakan buku-buku rujukan model bisnes terkini abad ke-21 iaitu bukan sahaja kepada bisnes semata-mata tetapi langkah kita dalam bekerjaya. InsyaAllah saya akan berikan ulasan berkenaan model bisnes itu dalam masa terdekat.

Yang paling penting adalah, adakah model bisnes yang kita gunakan serta pelaksanaannya lengkap dan tepat?

5 CARA UNTUK MEMBINA INOVASI

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, August 01, 2012 0 comments
Apabila inovasi dibincangkan dalam konteks perniagaan, kita selalu berfikir, ia hanyalah berkenaan perniagaan semata-mata. Kita pasti fikir inovasi yang melibatkan dengan produk, model perniagaan, strategi pemasaran dan sebagainya. Signifikannya, inovasi sendiri adalah amat meluas. Tulisan kali ini adalah lebih kepada mengenal pasti dan menggalakkan dan memaksimumkan inovasi kepada setiap individu.

Pendekatan inovasi yang betul boleh membuat sesuatu yang luar biasa, perubahan positif dalam hidup kita semua. Bayangkan apa yang akan terjadi jika kita telah membuat sesuatu perkara yang khusus kepada inovasi yang lain? 

Berikut adalah lima inovasi tertentu dan cara untuk membina inovasi dalam kehidupan peribadi dan profesional yang pasti akan membuatkan kita lebih percaya diri dan lebih berjaya dalam setiap apa sahaja yang kita lakukan.

1. Inovasi Dalam Kerjaya 

Cuba kita renung sejenak. Adakah kita melakukan apa yang kita ingin lakukan? Adakah kita belajar sesuatu yang baru setiap hari? Adakah kita berasa selesa dengan kerja-kerja yang diberikan kepada kita? Jika tidak, ia mungkin tiba masanya untuk mencuba sesuatu yang baru. 

Jika kita diberi peluang untuk memulakan kerjaya semula,berdasarkan apa yang kita tahu sekarang, adakah kita akan lakukan sesuatu yang berbeza? Apakah risiko yang kita akan ambil? Berapa kuatkah kita akan bekerja kepada sesuatu yang berbeza untuk mencipta kerjaya atau perniagaan; kehidupan yang kita impikan hari ini? 

Apa sebenarnya sasaran kita dalam tempoh lima tahun? 10 tahun? Walau apa pun visi, apakah yang kita perlu lakukan mulai sekarang, bulan ini, atau sekurang-kurangnya sebelum akhir tahun ini untuk mencapai impian itu? 

Bermain-main dengan kerjaya kita bermakna bermain dengan kehidupan, yang mana ia mungkin memberi kesan yang menakutkan. Kita telah menghabiskan masa sekurang-kurangnya 40 jam seminggu di tempat kerja, dan ia perlu berubah mulai hari ini.

Tiba masanya kita melakukan sesuatu perubahan yang besar dalam kerjaya kita. Masanya telah tiba untuk kita sendiri mencipta kerjaya yang mendekatkan kepada impian kita.

2. Inovasi Dalam Gaya Pengurusan 

Bagaimana cara kita membuat sesuatu tugasan dengan produktif, efektif dan effisien? Bagi mereka yang tidak bekerja secara langsung dengan kita, bagaimana kita membolehkan mereka dengan sebaik mungkin untuk mencapai matlamat mereka, dan membuat diri kita dan syarikat secara keseluruhannya prestasi yang lebih baik?

Adakah kita menggunakan strategi pengiktirafan untuk memuji dan mendorong pasukan? Bukan hanya bonus dan kad hadiah, tetapi dengan mengetahui secara mendalam nilai kerja mereka? 

Berfikir tentang bagaimana untuk kita belajar, inovasi dan motivasi sebagai seorang pekerja, dan pastikan kita melakukan inovasi gaya pengurusan yang signifikan kepada kerja kita. Lebih baik lagi, meminta pekerja kita berdiskusi bersama bagaimana cara mereka belajar, bagaimana mereka berinovasi, dan bagaimana mereka bermotivasi dan membentuk pasukan. 

3. Inovasi Dalam Kehidupan Peribadi 

Adakah kita mempunyai kehidupan peribadi yang memberi nialai kepada diri? Jika tidak, marilah kita mulakan di hari ini juga. Bagaimana cara kita untuk ceria serta memberi makna dalam bekerja dan semasa bertugas, tetapi juga di luar pejabat? Cuba kita letakkan pen dan kertas serta inventori sementara untuk menilai kehidupan peribadi.

Apakah perkara yang kita ingin lakukan dan capai  dalam tempoh lima tahun akan datang? Sebelum kita mati? Apa yang kita akan lakukan sekarang untuk membuat perkara-perkara yang memberi nilai? Jika kita tidak bertindak sekarang (atau sekurang-kurangnya bersedia untuk bertindak), kita tidak akan mengambil kesempatan daripada perkara-perkara yang kita benar-benar mahu lakukan. Entah bila kita akan mulakan jika berlengah lagi.

Lakukan perkara seperti Muhasabah diri, bertemu orang baru dan mencuba sesuatu yang baru. 

4. Inovasi Dalam Perhubungan

Fikirkan tentang orang-orang yang paling penting bagi kita - keluarga, pasangan, sahabat. Adakah kita meluangkan masa yang cukup dan sempurna bersama mereka sepertimana yang kita mahu? Adakah kita melakukan pelbagai perkara dan aktiviti bersama mereka? 

Manjakan diri seketika, dan rawat hubungan peribadi kita seperti menjalankan perniagaan. Apakah matlamat kita? Apakah kejayaan yang kita inginkan? Hubungan yang ideal pasti akan kelihatan seperti diri kita semakin melangkah ke hadapan. Apa strategi kita hari ini untuk sampai ke sana? 

5. Inovasi Masa Hadapan

Ini merupakan gabungan empat perkara di atas, tetapi mungkin yang paling penting. Kita boleh terus melakukan apa yang kita lakukan hari ini - berdasarkan kerjaya yang sama, sahabat yang sama, hobi yang yang sama - dan mungkin yang membuat kita sentiasa gembira. 

Jika kita mengambil satu minit untuk berfikir dan membuat pembaharuan, kita akan membayangkan sebuah kehidupan yang jauh berbeza daripada yang kita ada hari ini. Ia pasti akan memberi nilai penuh.

Jadi apa yang kita akan lakukan? Pastikan kita letak sesuatu pada tempat yang betul dan bertepatan dengan caranya.Signifikannya sesuatu perkara berjaya dilakukan adalah berdasarkan kepada melakukannya dengan rasa penuh minat yang mendalam. Dengan itu kita tidak akan pernah berasa penat dan putus asa jika gagal (seberapa banyak yang mungkin).


Apa Itu Inovatif?

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, August 01, 2012 1 comments


Assalamualaikum.

Definisi, maksud atau makna menjadi kata carian yang paling popular untuk blog http://helmisuhaimi.blogspot.com.

Hari ini saya ingin hadiahkan salah satu bab buku 'SAYA REMAJA INOVATIF' iaitu 'APA ITU INOVASI?'  Mudah-mudahan dapat memberi manfaat kepada semua dalam mendalami inovasi.


............................................


Definisi inovasi secara mudah ialah penghasilan perkara baru yang memberikan manfaat, nilai serta faedah kepada semua orang. Ia melibatkan proses ciptaan seperti produk, proses, sistem, struktur organisasi dan model perniagaan baru ataupun yang diubah suai.

Perkara yang terlibat dalam inovasi adalah menjawab soalan, membuat keputusan dan mempermudahkan hal melalui pelaksanaan kreatif. Penglibatan inovasi menyeluruh dalam pelbagai perkara dan keadaan. Ia tidak terhad kepada satu perkara sahaja. Sebenarnya inovasi berlaku di mana-mana sahaja. Sama ada di rumah, sekolah dan sebagainya. Selagi perkara ataupun ciptaan itu layak dan sesuai dengan definisi di atas, maka ia inovasi.

Orang kampung juga ada inovasinya sendiri. Pernahkah kita melihat pemerah air tebu yang digunakan orang kampung pada zaman dahulu? Ini sebelum mesin air tebu dihasilkan. Ia inovasi orang kampung sama seperti bubu (buluh penangkap ikan) dan lain-lain lagi.

Di sekolah juga banyak inovasi yang pernah dihasilkan guru dan pelajar. Beberapa pelajar Sekolah Teknik Kuala Kerai, Kelantan menghasilkan penyapu elektrik menggunakan bahan terbuang seperti penyapu, mesin kipas angin dan besi buruk. Ini membuktikan inovasi ada di mana-mana sahaja.

Kita perlu tahu inovasi bukan sekadar produk tetapi juga melalui perkhidmatan, pelajaran, perniagaan, kepimpinan, pembentukan pasukan dan lain-lain lagi.
 ......


Dalam proses belajar, kita sebenarnya melalui enam proses. Lebih tinggi tahap kita, semakin baik kualiti dan kesan pembelajaran kita. Proses itu adalah seperti berikut: 

1. Mengingat (Remember

Permulaan kepada semua pembelajaran adalah menghafal dan mengingat. Kita disuruh menghafal sifir ataupun tarikh-tarikh penting seperti tahun kemerdekaan Tanah Melayu ataupun tarikh Parameswara datang ke Melaka. Proses ini menjadikan kita banyak maklumat tetapi tidak tahu fungsi dan objektif semua maklumat itu.

2. Memahami (Understand

Peringkat kedua adalah menggunakan semua maklumat itu supaya diproses membentuk kefahaman. Apabila kita faham maklumat ataupun ilmu, kita tidak menghafal secara buta-buta sahaja. Ramai pelajar gagal melalui proses kedua ini kerana mereka belajar bagi menjawab peperiksaan dan bukannya bagi memahami. Kita mampu bezakan orang yang benar-benar faham ilmu dengan orang yang sekadar menghafal sahaja.

3. Menggunakan (Apply

Peringkat ketiga adalan proses menggunakan kefahaman itu dalam bentuk yang berguna. Ilmu yang berbentuk fakta dan konsep dapat digunakan bagi tujuan yang berguna. Ramai orang belajar sehingga peringkat universiti, faham apa yang diajarkan tetapi tidak tahu cara menggunakannya. Kefahaman dalam bentuk kemahiran teknikal dan skil lebih jelas cara menggunakannya.

4. Menganalisa (Analyize

Peringkat keempat adalah proses yang memerlukan kita menganalisa idea-idea sedia ada. Pertanyaan bagaimana, mengapa, siapa dan apa perlu dijawab dengan sebaik-baiknya.

5. Menilai (Evaluate

Proses menilai adalah proses yang terarah kepada cara idea ataupun bahan itu dihasilkan. Sama ada ia baik, lemah ataupun menarik, semuanya terletak pada proses yang kelima ini. Ia proses penting bagi mendapatkan inovasi yang betul-betul dapat diguna pakai dan memberi manfaat kepada orang ramai.

 6. Mencipta (Create & Innovate

Pada abad ini, tujuan mutlak kita ke sekolah adalah membina keupayaan, membangunkan bakat dan mewujudkan kemahiran menjadi inovator. Cabaran kita adalah melalui proses pembangunan minda inovasi ini secara sedar dan mencapai tahap keenam.
...........................

Untuk lebih jelas dalam mengenali dan mendalami inovasi, untuk permulaan bolehlah dapatkan buku 'SAYA REMAJA INOVATIF' di kedai-kedai buku berdekatan tempat tinggal saudara. 

Masa Untuk Inovasi.

 
Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR