"The saddest thing in life is wasted talent, and the choices that you make will shape your life forever." -The Bronx Tal
Semakin hari kita semakin dewasa dan perlu menetapkan halatuju untuk terus berjaya dan memberi nilai dalam hidup. Kejayaan itu dapat menjadi realiti dengan berteraskan kepada sejauh mana kita meraikan bakat. Juga boleh dikatakan sejauh mana kita menggunakan bakat yang sedia ada.
Sebelum itu mari kita kenali apa itu bakat. Menggunakan definisi saya sendiri, bakat adalah kebolehan semulajadi yang dimiliki oleh setiap individu yang perlu dikenalpasti dan dibangunkan untuk membangunkan potensi masa hadapan.
Kita imbas kembali perkara yang paling asas untuk mengetahui adakah kita lakukan sesuatu perkara itu berdasarkan bakat kita atau tidak.
- Apa yang kita lakukan itu kita benar-benar minat
- Apa yang kita lakukan itu kita rasa seronok
- Apa yang kita lakukan itu kita dapat rasa mudah
- Apa yang kita lakukan berdasarkan kepada menyeluruh ketiga-tiga perkara di atas
Mengapa Perlu Meraikan Bakat?
Bakat menjernihkan potensi. Sepertimana definisi bakat yang telah dinyatakan, bakat yang dikenalpasti dan dibangunkan akan memberi impak yang luarbiasa kepada potensi setiap individu.
Ia juga akan memberi jenama diri kepada diri kita sendiri. Sebagai contoh Chef Wan menjadi seperti hari ini atas kerana beliau telah meraikan bakat. Pernahkah kita tahu yang mana Chef Wan mula meraikan bakat sebenarnya apabila beliau telah dewasa. Beliau merupakan pemegang ijazah dalam bidang akaun. Sepatutnya beliau menjadi akauntan tetapi mengapa hari ini beliau dikenali sebagai selebriti chef. Di mana-mana sahaja jika sebut perkataan chef akan disebut nama Chef Wan. Begitu juga bila disebut pakar motivasi, pasti nama Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah disebut.
Bakat membina jenama dan nilai sebenar.
Cara Mudah Meraikan Bakat
Mengapa perlu runsing? Meraikan bakat bukannya sesuatu yang memeningkan kepala. Ianya adalah sesuatu yang amat mudah sekali. Caranya dengan buat sesuatu itu dengan secara berterusan. Di sini dikongsikan beberapa cara untuk meraikan bakat.
- Kenalpasti dan memahami kekuatan dan kelemahan diri. Gunakan kekuatan sepenuhnya namun jangan sesekali mahu ubah kelemahan kepada kekuatan (ia tidak akan terjadi). Uruskan sahaja kelemahan.
- Senaraikan minat, hobi, pekerjaan yang kita suka serta impian. Ambil masa dan jangan lupa lakukannya dengan rasa seronok!
- Lakukan resolusi kepada perkara nombor 2. Dapatkan momentum!
- Cari dan dapatkan mentor. Belajar sesuatu dan dapatkan inspirasi daripada mentor.
- Sertai kursus, bengkel serta program-program yang dapat meningkatkan skil serta kekuatan diri. Dapatkan idea yang membolehkan kepada pembinaan perkara yang kreatif dan inovatif.
- Hargai diri sendiri.
- Tetapkan matlamat dan beri penghargaan kepada setiap kejayaan.
RAIKAN BAKAT...
0 Response to "Mari Raikan Bakat"
Post a Comment