BULI!
Adakah kita seorang pembuli? Adakah kita suka dibuli? Persoalan ini perlu kita jawab secara telus.
Buli seolah-olah menjadi 'adat' bagi setiap pelajar di sekolah-sekolah baik generasi dahulu mahupun kini. Persoalanya mengapakah ini terjadi? Mengapa ia berlaku dari semasa ke semasa. Agak menghairankan kerana perbuatan yang 'bermasalah' ini masih berlaku. Ia seolah-olah menjadi perkara wajib yang perlu dilakukan terutamanya pelajar senior kepada pelajar junior.
Pelajar senior mengambil kesempatan ke atas kenaifan para pelajar junior. Ia selalunya berlaku kepada pelajar yang tinggal di asrama. Namun tidak dinafikan ianya berlaku di sekolah harian. Bayangkan pelajar baru Tingkatan 1 yang masih lagi terpinga-pinga dengan suasana baru dikejutkan dengan sesuatu yang mengganggu emosi mereka. Secara otomatik mereka telah setkan satu masa nanti 'bila aku menjadi pelajar senior, pelajar junior akan menjadi mangsa kepada aku'.
Perlunya berlaku perubahan kepada senario ini. Jika tiada diberi inspirasi untuk menyelesaikan masalah ini ia akan menjadi barah yang mengundang padah kepada pembangunan generasi hari ini. Bukankah setiap generasi hari ini merupakan pemimpin masa hadapan?
Buli hanya memberi kesan buruk kepada emosi setiap pelajar. Bahkan di dalam Islam budaya ini langsung tiada. Perkara yang memberi keburukan dan memudaratkan perlu dielakkan.
Buli hanya akan menimbulkan rasa dendam dan tidak berpuas hati ke atas mangsanya. Kecederaan emosi ini akan parah kerana akan mengundang rasa benci dan membuat timbal balik kepada individu lain. Disebabkan itu ia seolah-olah diwarisi dari semasa ke semasa. Bahkan mereka sebagai mangsa akan timbul rasa rendah diri, kemurungan dan tidak mempunyai keyakinan diri. Malah ada yang sanggup mencederkan diri sendiri kerana berasa diri tidak berguna.
Inisiatif inspirasi perlu dibuat mudah-mudahan buli dapat dihentikan mulai hari ini. Landasan sebenar perlu diterangkan kepada para pelajar. Mungkin boleh diterapkan dengan jelas kepada para pelajar sifat Rasulullah dan tuntutan Islam untuk sentiasa membuat perkara yang terarah kepada berkebaikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bagus lagi terimakasih