INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Orang Malaysia Obesiti

Posted by Unknown On Thursday, May 09, 2013 0 comments

(daripada halaman Sihat Selalu)

FAKTA#1: Ramai orang Malaysia menghadapi masalah obesiti.

Mengapa ini berlaku? Adakah kerana kita terlampau mewah dengan makanan, malas bersenam, makanan tidak berkhasiat?

Orang Malaysia perlu ubah gaya hidup 'sedap' kepada gaya hidup sihat. Pengambilan makanan, minuman, membuat senaman perlu penambahbaikan.

Obesiti bukan sahaja terdedah kepada penyakit tetapi menyebabkan badan jadi malas dan cepat penat. Ini mengakibatkan produktiviti, effisiensi kerja menurun. Inilah sebab sesuatu perlu dilakukan.

Ia perlu bermula dengan diri sendiri. Jadikan hari ini lebih baik daripada sebelum ini. Makanan dan minuman perlu yang berkhasiat dan memberi kebaikan kepada badan. Makanan segera tidak perlu dielakkan tetapi pengambilannya sekadar untuk 'rasa' dan mungkin diambil seminggu sekali. Ia dipanggil 'cheat day'.

Ilmu berkenaan kalori makanan perlu dipelajari. Jika setiap hari kita makan sahaja mengikut nafsu perut pasti berlaku penambahan berat badan dan juga penyakit.

Mulakan diri melakukan dan mengambil apa yang sihat selalu. Makan untuk memberi tenaga.

Amalkan hidup yang sihat.

Siapa Kita?

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, November 15, 2012 0 comments

Siapakah kita? Pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri persoalan sebegini. Ada yang membayangkan diri menjadi seseorang yang lemah dan sering terpedaya. Ada juga yang membangga-banggakan diri sehingga tidak disenangi oleh ramai orang. Sebenarnya kita hanyalah insan biasa yang telah ditempatkan Allah di muka bumi. Kita semua dijadikan dari bahan dan sumber yang sama iaitu tanah. Tiada yang berbeza.

Telah dinyatakan di dalam Al-Quran yang mana kita adalah khalifah di muka bumi ini. membuat segala kebaikan dan menjaga alam amanah dari Allah. Jika ada yang tersalah ingat memperingatilah  dan berpesan-pesanlah antara satu dengan yang lain.

Sebenarnya kita adalah insan yang ditempatkan di alam yang sementara. Dunia ini hanyalah tempat lakonan semata-mata. Tiada yang terlepas pandang oleh 'Direktor' yang sebenar. Dia sentiasa memperhatikan segala-galanya.

Yang terpenting adalah tunaikan segala tanggungjawab yang perlu dilakukan. Perlu diingat ianya bukan sekadar untuk diri kita sendiri semata-mata, malah kita perlu melakukan tanggungjawab kepada setiap apa yang ada.






Percaya: Rezeki Allah

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, October 04, 2012 0 comments


";dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) (2)
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (3)"

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

‎"Ya Allah, murahkanlah rezekiku dan permudahkanlah urusanku". Sentiasalah memohon kepada Allah kerana Dialah pemberi segala rezeki.

Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang berkaitan dengan rezeki, dan ini merupakan salah satu daripadanya.

Semua orang mahukan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur. Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Sebelum kita turun dari rumah menuju ke tempat kerja atau sebelum memulakan pekerjaan, mulakanlah dengan bismillah. 

Selain melakukan pekejaan yang halal menurut hukum syarak, hendaklah kita melakukan pekerjaan dengan tekun dan bertanggungjawab, menepati masa (jika bekerja dengan majikan), dan jangan mengabaikan solat bila sudah masuk waktu solat. Mestilah bersegera menunaikannya barulah Allah menyegerakan sampainya rezeki. Satu perkara lagi, jangan mengamalkan tabiat mengeluh jika ada sesuatu kesukaran dan kepayahan, kerana itu adalah test dari Allah untuk meneguhkan jiwa kita. Jika kita mengeluh, maka adalah seolah-olah kita menganggap apa yang Allah takdirkan untuk kita itu tidak betul. Itu menunjukkan kita tidak redha dengan Allah. Bagaimana kita nak harapkan keredhaan Allah dan doa kita makbul sedangkan kita tidak redha pada ketentuan Allah. 

Sebelum kita meminta apa-apa dari Allah, terlebih dahulu kita hendaklah bersikap syukur dengan apa-apa yang telah kita terima sebelum ini seperti udara, air, makan minum, pakaian, rumah, keluarga dan sebagainya. Kemudian barulah kita berniat untuk mendapat apa-apa tambahan dari Allah. 

Walaubagaimanapun, disini ada beberapa petua untuk diamalkan supaya kita dapat murah rezeki, kalau bekerja lekas naik pangkat, kalau berniaga dapat untung yang banyak. 

  1. Bangun awal pagi sebelum masuk waktu subuh. 
  2. Amalkan solat sunat qobliyah subuh (2 rakaat sunat sebelum solat fardhu subuh). 
  3. Jangan abaikan solat wajib 5 waktu tidak ketinggalan solat jumaat (zaman sekarang ni ramai yang gagal dalam menunaikan solat jumaat. Tidak elok begitu, bukankah antara perkara yang digeruni orang kafir ialah bila melihat orang Islam berkumpul setiap minggu untuk bersolat jumaat. Tentulah ada sesuatu hikmat besar dalam solat Jumaat). 
  4. Amalkan membaca Ayat 1000 Dinar setiap kali selepas solat fardhu, sebelum pergi ke pejabat atau tempat kerja, dan sebelum tidur. Bacalah sebanyak 3 atau 5 atau 7 kali. Hanya orang-orang yang mengamalkannya yang dapat memperihalkan kemujaraban ayat ini. Subhanallah.. 
  5. Mengeluarkan zakat serta bersedekah kepada fakir miskin. 
  6. Menjaga makan minum supaya jangan bercampur dari sumber yang haram dan syubhat, agar doa mudah dikabulkan Allah. 
  7. Sentiasa berterima kasih pada Allah atas apa-apa yang kita miliki. Sesiapa yang bersyukur nescaya Allah tambahkan lagi nikmat (sesiapa yang kufur nescaya azab pedih menanti di alam kubur). 
  8. Sebelum tidur selepas membaca doa (doa sebelum tidur), berselawat keatas Nabi dan beristighfar serta memohon keampunan untuk seluruh kaum muslimin dan muslimat. 


Pasti Ada Hikmahnya

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, December 31, 2010 0 comments

Pernahkah kita merungut apabila kita ditimpa sesuatu musibah atau masalah. Cuba kita tanya kepada diri kita sendiri. Sebenarnya segala yang berlaku pasti ada hikmah yang tersendiri. 

Dugaan menjadikan mental kita kuat.
Masalah menjadikan kita berfikir.
Huru hara menjadikan kita tabah.

Segalanya pasti ada hikmah.

Saya kongsikan satu kisah untuk menjadi pedoman kita bersama..
-----------------------------------------------------------

Tok Penghulu dengan anaknya membela seekor kuda. Mereka amat menyayangi kuda itu. Satu hari, kuda itu terlepas dan terus lari ke dalam hutan berhampiran. Orang kampung yang tahu akan hal tersebut berkata kepada Tok Penghulu, "Kami simpati atas kehilangan kuda kesayangan Tok.Tentu Tok sedih.."

Sebaliknya,Tok Penghulu tersenyum lalu berkata, "Tak apalah.Mesti ada hikmahnya."

"Apa hikmahnya Tok?"

"Tok pun tak tahu. Tapi pasti ada hikmahnya."

Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok Penghulu pulang semula dengan membawa beberapa ekor kuda liar. Orang kampung sangat kagum kerana sekarang bilangan kuda kepunyaan Tok Penghulu bertambah secara tiba-tiba. Sudah rezekinya.

"Tok bertuahlah.Untung." Begitulah kata mereka.

Tok Penghulu sebaliknya berkata, "Belum tentu lagi.Tapi Tok yakin tentu ada hikmahnya."

Anak lelaki Tok penghulu begitu gembira dengan kuda-kudanya. Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil mengembala kuda-kuda liar yang lain. Entah bagaimana pada satu hari, anak Tok Penghulu itu jatuh daripada kudanya lalu tangan kanannya patah.

Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan Tok Penghulu. Mereka datang menziarahi anak Tok Penghulu yang terlantar.

"Malang benar nasib tok. Baru dapat nikmat sekarang ditimpa bala pula," kata mereka.

Tok Penghulu tersenyum dan berkata, "Ini ujian Allah.Tentu ada hikmahnya."

Tidak lama kemudian, kampung mereka didatangi oleh pegawai-pegawai atasan tentera negara itu. Orang kampung semuanya bimbang kerana raja mereka memang terkenal zalim dan tidak berperikemanusiaan.

"Raja memerintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan! Negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!" Arah ketua tentera.

Semua ibubapa kampung itu risau dan sedih terpaksa berpisah dengan anak-anak lelaki mereka. Para remaja lelaki dibariskan dihadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki Tok Penghulu yang patah tangan itu.

"Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa orang yang patah tangan!" Kata ketua tentera sambil menunding jarinya kepada anak lelaki Tok Penghulu.

Pada ketika itu, terngiang-ngiang kata-kata dari mulut penghulu mereka, "Mesti ada hikmahnya."

Pengajaran:

Setiap apa yang berlaku ada buruk dan ada baiknya. Orang yang beriman sentiasa melihat daripada sudut yang baik daripadanya. Mereka menerima yang buruk dengan sabar, namun didalam hati sentiasa mengharap kebaikan disebaliknya daripada Allah.



Teknik Mengulangkaji Pelajaran

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, June 07, 2010 0 comments

SOALAN:

assalamualaikum................
abang mi, saya salah seorang peserta seminar(PMR) dekat UUM yang lepas.
saya nak tanya abang mi sikt ni, boleh tak abang mi tolog bagi tip-tip nak rajin ulangkaji pelajaran. sya ni baca rajin tapi nak buat latihan malas sikit.saya nak menduduki peperiksaan PMR tahun ni. abang mi tolong lah saya yee.....

JAWAPAN:

Waalaikumussalam.

Nazhiim apa khabar? Semoga sihat-sihat selalu ya.

InsyaAllah Abg Mie cuba bantu Nazhiim. Terlebih dahulu Abg Mie ucapkan tahniah sebab rajin baca. tentu sudah banyak perkara dan subjek yang Nazhiim bacakan.

Ermm, memang semua subjek sebenarnya perlu buat latihan. Ianya untuk menilai sama ada apa yang kita baca tu betul-betul kita boleh sampaikan kembali.

Ada subjek yang perlu banyak membaca untuk hafal dan juga faham. Contohnya Sejarah, Geografi, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup. Selepas baca, hafal, fahamkan, cuba menilai diri dengan jawab soalan lepas atau apa-apa soalan.

Yang sememangnya mengira, perlu faham dan perlu buat latihan terutamanya dalam Matematik dan Sains.

Mari Abg Mie pecahkan lagi. Lapan subjek PMR boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu A, B dan C. Jenis A adalah BM dan BI. Jenis B pula Sejarah, Geografi, KH dan Pendidikan Islam. Jenis C pula adalah Sains dan Matematik.

jenis A adalah dlm kategori linguistik. Ia banyak melibatkan kebolehan bahasa dan daya kefahaman. Bagi menguasainya seseorang perlu banyak bercakap, menulis dan membaca dalam bahasa-bahasa itu.

Jenis B pula adalah dalam kategori fakta. Ia banyak melibatkan kekuatan memori dan kebolehan menghafal. Bagi menguasainya, seseorang perlu banyak membaca dan mengingati fakta-fakta.

Jenis C pula adalah antara ramai yang anggap sukar. Ia melibatkan daya fikir dan kreativiti. Bagi menguasainya, seseorang perlu banyak melakukan pemerhatian, memahami fakta dan membaca pelbagai sumber. Jenis ini juga memerlukan banyak latihan.

Merancang Program Mengulangkaji

1. Buat jadual ulangkaji yang seimbang bagi tiap-tiap mata pelajaran.Jadualkan juga masa berehat untuk mengurangkan ketegangan.
2. Tumpukan pada topik utama sahaja.Tanya guru anda untuk mendapatkan "hint" (bayangan) tentang topik yang mungkin akan disoal di dalam peperiksaan.
3. Semak contoh-contoh soalan tahun-tahun yang lalusupaya anda dapat menjangka bentuk jawapan yang diperlukan.
4.Ulangkaji dengan cermat setiap mata pelajaran.Sediakan nota-nota ringkas,terutamanya bagi topik yang dijangka akan keluar.
5. Buat rangka jawapan topik-topik yang dijangka keluarberdasarkan soalan-soalan peperiksaan yang lepas.
6. Latih diri anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang lepasmengikut waktu yang telah ditetapkan.
7. Rujuk kepada guru apabila menghadapi masalahberhubung dengan pelajaran.
8. Jangan sekali-kali ponteng kelas ketika hampir peperiksaan.Anda mungkin tertinggal tip-tip penting yang diberikan oleh guru anda.

Utamakan subjek yang sukar dulu ya. Dan juga jangan belajar terus menerus. Maksud Abg Mie, gunakan masa dengan sebaik-baiknya. Masa yang terbaik untuk belajar adalah 30 minit. Selepas itu rehat dalam 5 minit barulah sambung semula.

~ SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN..MOGA MENDAPAT KEJAYAAN YANG DIIMPIKAN ~

Semoga berjaya dan tetapkan Misi 8A ya.

p.s: Kepada sesiapa yang mempunyai soalan boleh emailkan kepada saya di helmisuhaimi@gmail.com. Saya akan berikan pendapat dengan apa yang saya mampu.



Senario Remaja Hari Ini

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, May 06, 2010 0 comments
(gambar sekadar hiasan)
Bincang-bincang | Apakah punca-punca yang menyebabkan kegiatan tidak bermoral di kalangan para remaja kita semakin menjadi-jadi?
Soalan yang baik sekali. Pertama-tama sekali kita lihat kepada punca yang mengapa ianya terjadi. Sesuatu perkara yang berlaku sudah pasti ada sebabnya. Mari kita melihat daripada akarnya.

Punca utama kerana mereka dalam 'pencarian' dan 'tercari-cari' sesuatu yang seronok. Saya setuju dengan jawapan semua sahabat (cth; pemakanan, pendidikan, akhlak, susu ibu, iman dan lain-lain lagi). Perlu ditambah lagi dengan satu elemen yang lebih kuat.

Penyelesaiannya, pada saya mudah sahaja. Mari kita membantu mereka mengenal diri untuk mengenal kelebihan masing-masing. Bantu mereka untuk menggunakan bakat dan kelebihan semulajadi yang ada pada diri setiap manusia. Dengan itu mereka akan melakukan sesuatu untuk nilai yang berharga.


Konsep bakat kami adalah dengan mereka fokuskan pada kelebihan mereka untuk mencipta nilai seterusnya kejayaan. Contohnya mengapa berlaku mat rempit, zina, merokok, pil khayal, disco, berpeleseran tengah malam dan macam-macam lagi? Ini kerana mereka tidak tahu apa yang mereka patut lakukan untuk penuhkan keseronokan mereka. Bakat dan kelebihan semulajadi mereka perlu dibangkitkan dan dibangunkan.

Nyala rasa mereka perlu dibangkitkan untuk terus berjaya dengan bermula kepada diri mereka sendiri. Kita didik mereka dengan ilmu dan pasti mereka akan berakhir dengan ilmu.

Remaja perlu didekati dengan berkongsi dengan mereka cara berfikir. Baik lelaki mahu perempuan sudah pasti mampu berfikir dengan baik sekali. Kita tidak perlu sogokkan dengan ketakutan tetapi perlu hasilkan apa yang menyeronokkan. 'Terangkan tentang syurga, bukan terangkan dengan neraka'


Terangkan tentang kejayaan dan jelaskan bagaimana mengikut peribadi dan diri mereka. Ia akan mencipta nilai kepada diri mereka seterusnya akan menjadi sebati dengan nyala rasa sebenar.
'We don't standardize, we personalize'

*Ini merupakan jawapan saya atas perbincangan yang dimulakan oleh Cik Puan Azzah Abdul Rahman di facebook.

Kisah Pesanan Sahabat

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, March 25, 2010 0 comments

Saya mendapat email dari seorang sahabat......Moga ia menjadi panduan untuk kita bersama dan terus amalkan............

BACA SMPAI HABIS..KISAH YG MENARIK UNTUK DKONGSI BERSAMA...


"Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..

"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih" balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.

" Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid" sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil tersenyum.

"Aa... aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi" cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

" Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah.. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan.. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.

"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku..

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.

Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

"Apa benda nih" detik hati Nabil.

"Bismillahirrahmaan irrahim.. ALL..MAA. . RIII..!!" berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnass yaitaanirrajim. .. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya..

"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang
cara penyampaian ustaz Sa'ad.


"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti
dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. " penutup Ustaz Sa'ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap
hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil..

read dis..


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu.. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'


Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'


Tip Kejayaan | 24 Cara Kehidupan Lebih Baik

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, March 05, 2010 1 comments

1. Ambil masa 10-30 minit untuk berjalan setiap hari. Pastikan semasa anda berjalan, SENYUM. Ia merupakan anti-stres yang [aling hebat.

2. Duduk secara senyap sekurang-kurangnya 10 minit sehari. Fikir.

3. Apabila anda bangun pagi, penuhkan penyataan ini 'Matlamat saya pada hari ini adalah __________'

4. Makan makanan dari pokok dan juga tanaman segar dan kurangkan makan makanan yang diproses.

5. Minum teh hijau dan air yang banyak (Sekurang-kurangnya 8 gelas). Makan makanan baik seperti bluberi, brokoli, kacang almond dan lain-lain lagi.

6. Cuba buat sekurang-kurangnya 3 orang untuk senyum setiap hari.

7. Jangan bazirkan masa dan tenaga dengan bergosip, masalah lepas yang berulang-ulang, pemikiran negatif atau perkara yang anda tidak boleh kawal. Lebih baik gunakan masa dan tenaga kepada perkara positif pada masa kini.

8. Makan sarapan, makan tengahhari, makan malam secara teratur

9. Hidup kadangkala tidak adil, tetapi tetap baik

10. Hidup terlalu singkat untuk membazir masa membenci orang lain.

11. Jangan terlalu serius sehingga orang berkata 'Ei, seriusnya dia'. Sentiasa ceria dan bermanis muka.

12. Anda tidak perlu selalu menang untuk setiap perbalahan. Bersetuju untuk tidak bersetuju.

13. Amankan pada perkara lepas yang telah berlaku untuk tidak merosakkan hari ini.

14. Jangan sesekali bandingkan diri anda dengan orang lain. Anda tidak akan tahu perjalanan hidup mereka bagaimana.

15. Tiada siapa boleh menggimbarakan diri anda kecuali anda sendiri.

16. Jika ada perkara buruk berlaku, letakkan pada pertanyaan ini. 'Dalam masa 5 tahun, adakah ini memberi makna?'

17. Maafkan semua orang untuk apa jua perkara.

18. Apa yang orang lain fikir tentang anda bukanlah urusan anda. Biarkan.

19. Masa akan mengubat segala-galanya.

20. Baik atau buruk sesuatu situasi, ia pasti akan berubah.

21. Kerja anda tidak akan menjaga anda ketika anda sakit. Sahabat anda yang ada di sisi anda. Teruskan berhubung.

22. Dengki dan cemburu hanya membazir masa. Anda telah miliki apa yang anda perlukan.

23. Setiap malam sebelum anda tidur, selesaikan pernyataan ini: Saya bersyukur untuk __________. Hari ini saya telah selesaikan __________.

24. Pastikan anda ingat yang mana anda terlalu berharga untuk stres.

Lakukan yang sebaik-baiknya ya...

Soalan Pembaca: Anti Sosial dan Tiada Keyakinan Diri

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, February 09, 2010 0 comments


Soalan

sy seorang yg agak antisosial dan tidak berkeyakinan diri dalam ape jua..sy tak tahu mcm mane nak perbaiki diri, dan semua ni buat sy jd tekanan..hrp boleh bantu.

Syed Azli

Jawapan

Terima kasih untuk soalan.

Ajak Sahabat Keluar

Berkenaan dengan anti sosial saya galakkan Azli untuk mulakan diri bergaul dengan orang ramai. Bergaul dengan sahabat-sahabat dan juga cari sahabat baru. Mulai sekarang cuba ajak sahabat-sahabat untuk berjumpa bersama-sama seperti makan-makan di restoran, bermain futsal sama-sama, sekadar berjalan-jalan dan lain-lain lagi yang dirasakan perlu. Expose kan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Sentiasa tersenyum dan bermanis muka.

Keterampilan

Keterampilan perlu jaga ya. Pakai wangi-wangian dan baju yang bersih. Namun jangan pula terlalu wangi. Nanti orang lain akan merasa bahana. Apabila pilih wangian pastikan wangian itu mempunyai bau yang sesuai. Biarlah sedap hidung menghidu aroma yang menenangkan. Berkenaan dengan baju pilih baju yang selesa kita pakai. Pastikan tutup aurat ya. Warna biarlah warna yang menarik hati. Pasti ramai yang terpikat.

Berkenaan wajah kita. Semua orang adalah cantik dan kacak. Jangan risau ya. Azli pasti seorang yang hensem. Siapa lagi yang mahu cakap kita hensem jika bukan diri kita. Dengan itu kita sendiri akan menjadikan diri kita hensem. Azli percaya? Jika Azli mempunyai misai dan janggut pastikan dicukur rapi agar tidak berserabut. Begitu juga dengan rambut. Pastikan di trim dan di sisir rapi. Jika panjang pastikan diurus dengan cantik. Biar mata yang memandang terpegun melihat Azli.

Tulis Tentang Diri

Saya faham situasi Azli yang tidak berkeyakinan diri. Namun, saya perlu juga mengetahui kenapa Azli tidak berkeyakinan diri? Pertama-tama dahulu Azli perlu menyatakan kepada diri sendiri mengapa dalam diri Azli ada perasaan tidak berkeyakinan diri. Cuba listkan atau senaraikan perkara yang Azli rasa negatif. Selepas itu cuba Azli tuliskan penyelesaian untuk lebih berkeyakinan diri. Tuliskan perkara yang boleh Azli lakukan untuk lebih ke arah positi.

Salah satu cara lagi adalah buat analisa SWOT untuk diri sendiri. SWOT adalah akronim untuk S=Strength, W=Weakness, O=Opportunity dan T=Threat. Buat betul-betul ya. Bukankah kita perlu muhasabah diri. Di sini saya mahukan Azli lebih fokus kepada kekuatan. Bukan maksud saya Azli perlu abaikan kelemahan. kelemahan perlu diperbaiki. Namun, jika Azli fokus kepada kekuatan atau kelebihan Azli akan menjadi seorang yang lebih hebat. percayalah! Sebagai contoh Azli hebat dalam melukis, gunakan lukisan sebagai ekspresi diri. Jika hebat menyanyi, serlahkan nyanyian Azli. Cuba selidik diri ya.

Lihat Di Dalam Cermin

Antara aktiviti lain adalah, sekarang Azli ambil cermin. Lihat ke dalam cermin. Apa yang Azli nampak? Saya yakin pastilah diri Azli sendiri. Sekarang berkata-kata kepada diri sendiri. Nyatakan nama Azli, minat Azli, hobi, warna kegemaran, impian kejayaan dan lain-lain lagi. Pastikan mata bertemu mata ya. Sekarang saya mahu Azli tersenyum di hadapan cermin.

Usaha Pasti Berjaya

Pada saya Azli perlu menjadi diri sendiri. Dengan mengetahui diri kita sendiri kita akan lebih berusaha untuk lebih berjaya. Harapan saya agar Azli akan berusaha sedaya mampu untuk merubah diri ke arah bermasyarakat, bersahabat serta mempunyai yakin diri yang tinggi.

Apa Bakat Anda?

Di kesempatan ini saya ingin bertanya kepada Azli, apa bakat anda? Untuk pengetahuan Azli bakat jika disedari dan digunakan dengan sebaik-baiknya akan menjadikan kita lebih terarah kepada kejayaan dan Azli pasti akan hilang sifat ketidakyakinan. Tuliskan bakat Azli.

Saya sekadar membantu apa yang terdaya kerana 'Allah tidak akan merubah nasib seseorang kecuali dirinya merubah sendiri'. Azli boleh membaca artikel motivasi di blog saya untuk lebih yakin diri. terima kasih.

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Senyumlah!

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, January 21, 2010 0 comments
‘Smile at each other, smile at your wife, smile at your husband, smile at your children, it does not matter who it is and that will help you to grow up in greater love for each other.‘

Ayuh Kita Senyum!


Saya mengajak anda semua senyum bersama-sama. Banyak manfaat jika kita mengamalkan semyum sebenarnya. Tiada mudarat jika tersenyum. Ia adalah satu amalan yang baik dan menunjukkan budi bahasa yang teramat mudah.

Kadang-kadang saya tertanya-tanya, mengapa ya orang sukar senyum. Asyik mahu bermasam muka sahaja. Kita tanya diri sendiri, adakah aku sentiasa tersenyum atau bermasam muka ya? Silakan kita sama-sama menjawab. Pastikan jawapan adalah datang dari perasaan sendiri ya.

Adakah anda percaya haiwan dan tumbuh-tumbuhan juga sentiasa tersenyum? Kucing juga mampu senyum.Ini bukan fantasi. Ini realiti ya. Jika anda tidak percaya sila perhatikan betul-betul. Anda akan mendapat jawapannya.

Senyum Adalah Penawar

Mengikut kajian, senyum boleh menjadi penawar yang paling mudah sekali. Tidak perlu untuk mencari ubat jika sakit? Bukan, maksud saya senyum akan menjadikan hati kita senang dan gembira. Kita juga akan terhindar dari merasa marah dan kecewa dengan diri sendiri. Jangan cepat marah ya. Mengapa perlu marah sedangkan kita mampu gembira.

Senyuman adalah manifestasi diri untuk sentiasa sihat. Pernahkah kita melihat orang yang terlantar sakit jika mereka selalu tersenyum ia akan memudahkan mereka kembali sihat. Jika ditanya mereka tidak pernah merasa diri mereka sakit.

Satu lagi situasi yang menarik perhatian saya. Jika ada seseorang sedang marah kepada anda, janganlah bermasam muka dan kembali marah. tenangkan hati anda dan tersenyumlah. Biarkan satu pihak sahaja yang marah. Bukankah kemarahan itu adalah api. Jadi senyum menggambarkan sebagai air. Ia akan menyejukkan hati orang yang sedang marah.

Senyum Adalah Sedekah

Semua perlu menghulurkan sedekah untuk memperbaiki hati. Kita kadang-kadang secara tidak sedar akan melakukan kesilapan dan kesalahan. Jadi, di sini saya mahu berkongsi dengan anda bagaimana menghulurkan sedekah yang tanpa mengeluarkan duit walaupun sesen. Juga tiada tenaga perlu dikeluarkan. Yang pastinya tiada peluh perlu dititiskan.

Ia adalah sentiasa tersenyum. Setiap senyuman yang kita pamerkan sebenarnya kita telah menghulurkan sedekah kepada sesiapa sahaja yang memandang. Kajian menunjukkan jika kita senyum sesiapa yang memandang akan sejuk hati.

Senyum Penyeri Wajah

Tidak perlu susah-susah untuk mencari krim penyeri wajah. Malah ada yang mencari bomoh untuk menyerikan wajah. Konon-kononnya membantu menaikkan seri dan meningkatkan aura diri. Dikatakan orang akan memandang akan terpesona.

Mari saya jadi bomoh untuk anda semua. Mudah sahaja. Tidak perlu susah-susah untuk memberi pengeras mahupun mengeluarkan modal yang banyak. Simpan sahaja modal anda untuk hal yang lain. Apa caranya? Senyumlah! Saya yakin wajah anda akan lebih berseri-seri dan aura positif anda akan terpamer. Sejuk sahaja mata yang memandang.

Senyum akan menjadikan kita sentiasa kelihatan muda. Awet muda lah katakan.

Cara Mempamerkan Senyuman

Bagaimana cara untuk mempamerkan senyuman? Cara yang paling hebat adalah senyum itu perlu dilakukan secara ikhlar. Lahir dari hati lahiriah kita sendiri. Tidak perlu senyum kerana semata-mata mengharapkan balasan. Bak kata orang, senyum buat-buat.

Kita boleh kenali siapa yang senyum ikhlas dan juga siapa yang buat-buat sahaja. Ada caranya. Senyum yang ikhlas dan betul-betul dia lakukan adalah mengikut kajian senyuman bibir berserta senyuman mata. Mata yang senyum akan lebih indah. Pasti anda tertanya-tanya, bagaimana pula mata hendak senyum? Cuba anda perhatikan orang yang tersenyum dengan sebenar-benarnya matanya akan tertutup sedikit. Ada juga yang tertutup terus.

Jenis-Jenis Senyuman

Ada empat jenis senyuman yang sering dipraktikan oleh ramai orang. Apakah senyuman itu ya? Ia adalah senyuman 1,2,3,4. Cuba anda lakukan setiap jenis senyuman yang saya katakan. Ayuh lakukan sama-sama!

Anda sudah lakukans emua jenis senyuman? Senyuman yang paling baik adalah senyuman 4. Senyuman 1,2 dan 3 ada makna tersendiri. Cuba anda teka makna senyuman itu. Say yakin anda mampu tafsirkan.

Marilah kita senyum nescaya dunia akan senyum kepada kita.

Buka minda, Buka fikiran.
Merentas Masa Hadapan


Berangan-Anganlah Seperti Mat Jenin

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, December 04, 2009 0 comments
Proses pencerahan minda.


MAT JENIN: Anda kenal siapa dia ini yang bernama Mat Jenin? Tidak syak lagi. Saya pasti semua rakyat Malaysia mengenalinya. Dia adalah satu nama yang digambarkan seseorang yang amat gemar berangan-angan. Persoalannya di sini adakah beliau berjaya? Jika dilihat kembali kepada kisah Mat Jenin melalui yang sering diceritakan, beliau menemui ajal kerana terjatuh dari pokok kelapa kerana beliau terlalu banyak berangan semasa di atas pokok kelapa memetik buah kelapa milik saudagar.

Adakah ini benar-benar berlaku? Atau semata-mata ditamatkan kisahnya oleh pihak penjajah dan direka-reka untuk 'membunuh' orang Melayu dari sentiasa memasang serta mempunyai impian yang besar. Pernahkah kita terfikir berkenaan hal demikian? Jika dilihat, kisahnya merupakan satu kisah yang menarik dari gaya dan kisah Mat Jenin memasang impian.

Mari saya ceritakan kembali kisah impian Mat Jenin. Kisah ini saya olah kembali agar kita mudah difahami. Begini kisahnya..
Mat Jenin bermula dengan mengambil upah memetik kelapa dari seorang saudagar. Dari upah tersebut beliau ber'angan-angan' membela dua ekor anak ayam, seekor jantan dan seekor lagi betina. Selepas ayamnya membesar, yang jantan pasti akan tertarik kepada yang betina dan oleh kerana itu yang betina pasti akan bertelur. Sebahagian telur itu Mat Jenin akan jual dan sebahagian lagi dibiarkan untuk menetas. Setelah beberapa ketika, ayam-ayamnya pasti akan bertambah dari semasa ke semasa.

Kemudian ayam-ayamnya dijual dan Mat Jenin bercadang membeli kambing pula. Mat Jenin menggunakan proses yang sama seperti mula-mula beliau membela ayam. Pada satu ketika pasti kambing belaannya membiak dan terus membiak. Sebahagiannya dijual dan sebahagian dibiarkan terus membiak. Langkah seterusnya Mat Jenin beralih kepada lembu pula. Mat Jenin tetap menggunakan proses yang sama. Mat Jenin yakin dia pasti akan menjadi kaya dengan bisnes yang dia jalankan. Impiannya untuk berkahwin dengan puteri raja.

Baiklah. Dari kisah 'angan-angan' Mat Jenin di atas apakah pengajaran yang kita dapat ambil? Pada hemat saya Mat Jenin menggunakan konsep pepatah Melayu yang berbunyi 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit'. Secara implikasi konsep inilah yang perlu ada dalam fikiran kita untuk membentuk kejayaan. Adakah anda semua ingin berjaya? Saya yakin semuanya mahu berjaya. Langkah permulaan untuk berjaya adalah dengan memasang impian.

Mengapa tidak kita menjadi seperti Mat Jenin. Sentiasa memikirkan masa hadapan bermula dengan hari ini apa yang kita lakukan. Terbukti apa yang dikatakan angan-angannya itu jelas atau detail. Ini menjelaskan apa yang dia mahukan pada masa hadapan.

Ramai yang mengatakan 'angan-angan' sesuatu perkara yang sia-sia. Sehinggakan jika kita mahukan sesuatu kejayaan masa hadapan dan bila kita luahkan pasti ada sahaja kata-kata yang 'membunuh'. Bunyinya mungkin seperti ini, 'Tak perlukan kau berangan-angan' ataupun 'Kau ni berangan-angan saja, macam Mat Jenin'. Mereka menghapuskan impian yang kita telah bina dan ingin lakukan. Oleh itu, saya mengajak anda semua, ayuh, marilah berangan-angan.

Mengapa agaknya saya mengajak anda semua berangan-angan? Mungkin ada yang mengatakan, 'Buat apa nak berangan-angan ni, membazir saja'. Adakah anda yang sedang orangnya? Saya berharap serta yakin anda yang sedang membaca adalah seorang yang berfikir dan berjiwa besar. Anda pasti sedang berkobar-kobar mahukan kejayaan secara jelas.

Hakikatnya impian semalam merupakan hakikat hari ini andai dibajai dengan usaha dan perancangan yang sebenar-benarnya. Jangan biarkan ia sia-sia hanya sekadar impian yang tidak pernah untuk diusahakan. Setiap suatu perkara perlu di dahului dengan satu impian. Tidak salah untuk kita berimpian besar kerana andai tidak di capai impian itu, sekurang-kurangnya akan ada impian-impian kecil tercapai dalam perjalanan kita untuk mencapai impian yang besar.

Ayuh, mari kita telusuri suatu kisah yang bagi saya mampu mendorong kita semua untuk memasang impian yang besar. Kisah ini adalah kisah seorang sahabat Rasulullah iaitu Saidina Umar Al Khattab.

Suatu hari Umar al Khattab r.a. sedang duduk berbicara dengan sahabat-sahabat beliau. Maka Umar berkata kepada sahabatnya, “Impikanlah”. Maka salah seorang sahabat yang hadir berkata, “Saya berangan-angan untuk memiliki banyak wang dan akan saya belanjakan untuk memerdekakan hamba dalam rangka meraih lebih redha Allah.”Seorang yang lain menyahut, “Kalau saya, saya mengimpikan memiliki harta yang banyak lalu saya belanjakan fi sabilillah”. Yang lain menyahut, “Kalau saya mengangankan mempunyai tubuh yang kuat lalu saya abdikan diri untuk memberi air zam zam kepada jemaah haji satu persatu.”

Setelah mendengar semua itu, maka Umar berkata, “Aku mengimpikan akan ada pemuda-pemuda seperti Abu Ubaidah al Jarrah, Musab bin Umair yang mana akan menegakkan agama ini di muka bumi.”

Apakah pula pengajaran yang anda dapat dari kisah ini? Jawapannya pastilah BERIMPIANLAH. Tiada salah untuk berimpian besar untuk merentas masa hadapan. Umar sendiri memandang jauh ke hadapan melangkaui zamannya. Bahkan Umar menggemari orang yang mempunyai impian besar. Apa tunggu lagi? Mari membuat impian yang bakal mengubah diri kita demi memberi impak kejayaan.

Segalanya boleh menjadi kenyataan. Namun, ianya hanya menjadi realiti jika kita berusaha untuk mendapatkannya. Janganlah hanya duduk diam tanpa melakukan apa-apa. Bagaikan 'pungguk rindukan bulan' serta 'bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba'. Lakukan sebaik mungkin tanpa menyerah kepada kegagalan. Ini kerana 'Anda adalah apa yang anda fikirkan'.

Hayatilah..

Realisasikan angan-angan yang ada. Jangan abaikan ya.!Ada mampu jadikan kenyataan. Percayalah dan serlahkan!

*seterusnya kisah tiga adik beradik yang sangat berbakat dan mempunyai impian besar

Menggapai Bintang!

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, November 30, 2009 0 comments
"Aduh, susahnya nak ambil bintang. Tingginya, tak tercapai.."

BINTANG: Kerlipannya amat indah sekali. Adakah anda bersetuju dengan saya? Berbagai ungkapan diberikan kepada bintang-bintang. Malah seseorang yang hebat dan popular diberi jolokan superstar. Jika dulu semasa rancangan 'sinaran' juga sering pengacara bertanyakan kepada juri 'Berapakah bintang yang diberikan kepada peserta?'. Ingat lagi? Lagi banyak bintang diberikan lagi hebatlah persembahan yang telah ditunjukkan. (ketika itu tiada lagi sistem sms seperti sekarang)

Kita berbalik kepada masa lepas kita. Semasa kita sentiasa mengharapkan bintang. Bilakah masa yang anda rasakan? Cuba imbas kembali. Ya, benar. Ianya semasa kita di alam kanak-kanak. Inilah masa yang paling indah sekali. Sering tertunggu-tunggu berapa bintang yang cikgu berikan atas hasil usaha kerja rumah yang kita siapkan. 'Awak dapat berapa bintang? Saya dapat lima bintang.' Dibeza-bezakan pula dengan sahabat sekelas. Bintang pemberian guru menaikkan semangat untuk terus maju ke hadapan.

Spesifikasi Bintang

Bintang dalam erti kata lain adalah digambarkan kepada sesuatu yang amat indah. Cahaya malam ditemani bulan dan bintang amat menyenangkan dan mententeramkan jiwa. Bahkan jika dahulu bintang menjadi elemen yang amat penting kepada mereka yang berkelana terutama nakhoda kapal. Bintang menjadi panduan arah ke mana destinasi mereka seterusnya yang perlu dituju. Ini membuktikan bintang bukan sahaja indah di mata namun amat berguna sekali. Anda setuju?

Pembentukan dan penciptaan bintang juga amat menakjubkan. Anda tahu bagaimana bintang terjadi? Mengikut kajian, bintang terhasil setelah berjuta-juta tahun ia berada di angkasa. Ia bermula dengan tiada kerlipan dan cahaya indah langsung. Dapat anda bayangkan? Ianya bagaikan pudar dan kelam. Namun, masa tidak mengira hasil kini. Apabila ia bersinar, berkerlipan, berkilau ia memberikan manfaat. Walaupun jauh berjuta-juta batu ia tetap memberikan yang terbaik untuk keseluruhan alam.

Pengajaran Bintang

Kita cuba ambilkan pengajaran dan tujuan penghasilan bintang itu. Kita selitkan dengan kejayaan dan juga impian mendalam. Setiap orang meninginkan kepada kejayaan. Anda semua setuju? Tiada siapa yang mahukan kegagalan. Kejayaan membuktikan hidupnya bersinar-sinar dengan kecerahan. Untuk mendapat kejayaan mulakanlah dengan impian. Sebelum saya teruskan, saya ingin bertanya. Apakah impian anda? Nyatakan dengan semangat. Dengan itu membuktikan anda benar-benar mahukannya. Nyatakan juga dengan jelas ya. Jawapannya bukan sekadar 'Saya ingin berjaya dalam hidup'. Ia perlu lebih komprehensif dan detail. Bagaimana yang anda maksudkan dengan berjaya. Itu yang saya mahukan.

Impian yang dinyatakan dengan tegas, semangat, jelas membuktikan kejayaan akan benar-benar berlu. Percayalah, ia akan dapat direalisasikan. Sebagai contoh jika anda mahukan 10A+ (sistem baru mulai tahun 2009) dalam SPM maka luahkan dan tuliskan. Realisasikan impian juga dengan usaha berterusan dan smart. Jelas sekali jika sekadar berimpian tanpa berusaha ia akan di bawa terbang oleh angin yang kuat sekali.

Impian Menjadi Kenyataan

Dikongsikan di sini kisah Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masri. Siapa yang kenal beliau? Saya yakin akan semua kenal akan nama ini (walaupun tidak pernah bersua). Sinonim sebgai Angkasawan Negara. Sebagai angkasawan pertama di hantar oleh Malaysia menjelajah angkasa, beliau mempunyai cerita tersendiri. Seawal umut 10 tahun lagi. Wow! Hebatnya. Nampaknya impian menggapai bintang telah dicapai. Dikisahkan ketika itu beliau melihat gambar di sebuah buku. Jelas, impiannya telah menjadi kenyataan untuk menggapai bintang.

Banyak lagi kisah-kisah insan yang menetapkan impian seawal usia mahupun di tengah-tengah usia untuk mencipta kejayaan. Susah payah, penat jerih terpaksa dilalui demi kejayaan. Tidak disangkal lagi jika menyebut nama Prof. Dr Sidek Baba, Prof. Ungku Aziz, Syed Mokhtar Al-Bukhary, Azizi Ali, Dr Irfan Khairi dan banyak lagi*. Cubalah kita contohi mereka dan cipta kejayaan tersendiri.

Sekarang setelah kita tanya diri kita, tanyakan pula pada anak-anak kita, adik beradik, sahabat-sahabat mahupun pelajar-pelajar apakah impian mereka? Lihat pada jawapan mereka:____________________________(Isikan tempat kosong). Apakah agaknya impian mereka ya?

Let us reach for the star above!
*Nanti saya ceritakan tentang mereka.
Selepas ini...Imaginasi Cemerlang (sequel kepada menggapai bintang..._)

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, November 17, 2009 1 comments
Kepada Adik-Adik yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulakan langkahmu dengan sentiasa bersemangat cemerlang.
ALL THE BEST!
Doa dipanjatkan agar segalanya mendapat kejayaan yang cemerlang. Teruskan berusaha demi mencipta impian yang diidam-idamkan.

Pohon restu ibu bapa, guru-guru agar mendapat keberkatan dari mereka.
Teruskan berjuang dan berusaha! Jadikan SPM sebagai landasan untuk kita terus menuntut ilmu terutamanya ke peringkat yang lebih tinggi.

SPM ini sememangnya titik permulaan untuk kita menentukan halatuju yang dibina. Namun, berjaya atau gagal bukan merupakan hala tuju masa hadapan yang sebenar. Teruskan berdoa, berusaha, istiqamah dan tawakal.


Tanamkan keyakinan dan percaya yang kita mampu untuk lakukan yang terbaik.
Jangan mudah mengaku kalah. Usaha dan terus berusaha. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Sentiasalah bersyukur.

Pesanan:
Jadikan ilmu yang dituntut diamalkan untuk mencapai satu langkah menuju kehidupan selama-lamanya. Ingat, peperiksaan bukanlah pengakhir segalanya. Satu lagi perkara adalah belajr atau menuntut ilmu bukanlah sekadar untuk menghadapi peperiksaan. Fikirkanlah!

Eksplorasi Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, November 06, 2009 1 comments
Anak-anak perlu tahu bakat yang mereka ada demi merentas masa hadapan cemerlang


Discover and explore the special TALENT within you! With that you'll know what you are capable to do for future success.

BAKAT yang disemai membuahkan hasil yang tumbuh merendang dengan kejayaan berterusan. Bakat adalah sesuatu yang perlu diambil berat demi kita dapat melakukan sesuatu secara berkesan, produktif serta effisien.

Setiap orang pasti ingin menetapkan matlamat bagaimana untuk merentas masa hadapan. Menetapkan halatuju untuk terus berjaya dalam merentas masa hadapan yang lebih berwarna warni merupakan tindakan bijak. Perancangan perlu jitu berdasarkan bakat yang ada pada diri. Semailah bakat sehingga bercambah tumbuh merendang.

Adakah anda tahu APA BAKAT ANDA? Setiap daripada kita pasti mempunyai BAKAT. Inisiatif untuk kita mengenali dan mengetahui BAKAT yang ada pada diri perlu dilakukan demi menjamin kejayaan yang sebenar-benarnya di atas landasan yang betul.


Pelbagai jenis bakat pasti ada pada diri kita. Sama ada sedar atau tidak sahaja. Inilah yang dikatakan perlu dieksplorasi. Ada seseorang bertanya; Saya meminati memasak dan yakin memasak adalah salah satu bakat dalam dirinya. Namun, saya tidak mahu membuka restoran. Jawapannya mudah sahaja. Memasak juga adalah satu bakat. Mungkin jika tiada minat untuk berniaga atau membuka restoran, boleh juga menggembirakan insan sekeliling sebagai contoh ibu bapa, sahabat dan lain-lain dengan masakan anda.

Banyak lagi bakat-bakat yang ada. Kepimpinan, bersukan, penulisan dan lain-lain lagi adalah merupakan bakat. Benar atau tidak, bakat menjadi teka-teki kepada diri sendiri. Saya ingin bertanya, Apakah bakat anda? Cuba tanya diri kita sendiri apakah jawapannya.

Banyak lagi bakat dalam diri yang perlu kita lakukan eksplorasi melalui pembelajaran dan penyelidikan dan juga latihan. Sama ada kita tahu (sedar) atau tidak sebenarnya ada bakat yang ada pada diri kita yang kita lakukan sehari-harian.

Dan juga pasti ada bakat dalam diri kita untuk dijadikan landasan kejayaan yang sebenar.

Selamilahlah dan lakukanlah eksplorasi. Ketahuilah bakat anda!

Bersabarlah

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, September 25, 2009 2 comments

Dugaan dan cubaan adalah lumrah dalam setiap kehidupan manusia. Dijadikan segala ujian adalah untuk menduga kesabaran dan juga mengajar erti ketabahan diri.

Sememangnya teramat sukar untuk menerapkan rasa sabar kecuali bagi orang yang berfikir. Biasanya ramai yang akan menyalahkan takdir ketentuan Qada' Qadar Allah. Ini terjadi disebabkan oleh rasa hati tiada memikirkan hikmah kejadian dan ketentuan ketetapan atas apa sahaja yang berlaku.

Pintalah kekuatan daripada Yang Hak ditetapkan hati kita untuk sentiasa sabar dan tabah atas segala apa yang mungkin akan berlaku. Terutamanya kegagalan dalam apa jua perkara. Inilah yang diberikan atas ketetapan Yang Hak tertakluk atas perancangannya.

Sabar sememangnya memerlukan sokongan dan bantuan dari segenap diri mahupun sekeliling. Kita mungkin mampu berbicara dengan diri sendiri, namun jika diminta bantuan pasti akan membantu.

"Bukankah ketentuanNya lebih tepat berbanding dengan perancangan kita hambaNya. Namun teruslah merancang serta berusaha dengan kuat secara berterusan"

Sabar dan redha menjadi intipati kepada kekuatan diri, minda serta fizikal. Diri yang sentiasa berfikir dan menghayati segala ilmu yang ada di dada pasti memberikan impak positif kepada semua perkara. Ia pastinya memerlukan penghayatan berterusan dan melihat jauh ke hadapan melanghkui atas apa yang terjadi.

Jangan pernah mengatakan perkara yang telah terjadi tidak adil kepada kita. Ia seakan-akan menyalahkan ketetapan dariNya. Apa yang penting kita berdoa agar segala urusan kita dipermudahkan dan diberkati. Menangislah jika dirasakan perlu. Namun begitu titiskanlah air matamu berpada-pada dan sekadarnya. Kesedihan juga adalah lumrah bagi setiap insan.

Terapkanlah rasa redha dan tawakkal dalam diri. Serahkan segala ketentuan masa akan datang kepadaNya. Jangan berhenti berdoa, berusaha, istiqamah, tawakkal serta syukur kepadaNya. Jangan menyesal atas usaha yang telah dilakukan. Bukanlah sedikit ujian ini dihadirkan untuk menguji kita agar sentiasa mengingatiNya.

Berusahalah sedaya upaya atas apa yang kita hajati. Selagi umur dan nyawa kita masih ada jangan pernah berhenti berusaha. Kegagalan atau musibah yang berlaku perlu diambil iktibar dan diperbaiki untuk berjaya di masa hadapan.

Tetapkanlah hati kita untuk terus bersabar dalam membina langkah maju dalam merentas masa hadapan yang cemerlang. Apa yang berlaku telah berlaku dan ia sememangnya tidak mungkin akan berpatah kembali ke belakang.

Sering ramai yang tertanya-tanya cara untuk bersabar. Di sini disenaraikan sedikit langkah yang dirasakan mampu untuk membina rasa sabar.
  1. Mengetahui rahmat dan kasih sayang tercipta
  2. Yakin dan percaya janji Allah yang mana dalam satu kesulitan mempunyai dua kemudahan
  3. Memohon pertolongan dari segala hal
  4. Teruskan berusaha dengan kesungguhan
  5. Beriman kepada ketentuannya dengan ikhlas dan taat

Itu ketentuannya .. Maka Bersabarlah.

(* Dihasilkan tulisan ini ketika ramai saudara mara dalam keadaan kesedihan kerana seorang insan yang dikasihi, bapa saudara, Jais bin Deros (Adik kepada bonda) sedang terlantar di wad ICU Hospital Sultan Abdul Samad kerana kanser paru-paru. Dikatakan oleh doktor peluang sudah tiada. Wallahualam. InnalillahiWainnaIlaihiRaji'un)


Jangan Pernah Berputus Asa

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, September 23, 2009 0 comments
'PUTUS ASA'.

Merupakan satu perkataan negatif yang akan memberi kejatuhan dan kerendahan diri kepada diri setiap insan yang ada pada diri mereka. Termaktub dalam Al-Quran bahawa manusia sering patah hati, mengalah dan berputus asa. Berputus ada dan cepat mengalah sendiri adalah penyakit hati yang perlu diubati.

Namun perlu diingatkan kepada diri sendiri bahawa setiap cubaan dan dugaan yang hadir adalah merupakan ujian untuk memperlihatkan ketekunan dan kesungguhan kita melakukan sesuatu pekerjaan mencipta masa hadapan. Tiada perlu putus asa dengan kesusahan yang sedikit ini. Teruskan bersyukr. Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakkal dan syukur.

Apabila berada dalam kesakitan mahupun dalam kegagalan teruslah berusaha untuk mencari penawar penyakit dan melepaskan diri dari kegagalan seterusnya menuju ke arah kejayaan.

Jangan pernah berhenti berusaha.
Kata-kata positif menjadi satu langkah untuk terus berusaha. Jadikan impian sebagai perangsang untuk mengecapi apa yang diusahakan. Letakkan matlamat diri di tempat-tempat yang mudah dilihat dan diperhatikan oleh kita setiap hari. Ia adalah menifestasi yang amat berkesan apatah lagi untuk mengelakkan kita cepat mengalah dan berputus asa.

Maxwell Maltz dalam bukunya Psycho-Cybernetics menyatakan “jangan pernah menyerah pada kelemahan-kelemahan Anda.” Maksudnya di sini adalah tukarkan kelemahan kepada kekuatan. Diperlukan perubahan mendadak untuk mengelakkan kelemahan dalam diri yang mana bakal dijadikan ancaman. Namun, seelok-eloknya lakukan perubahan sedikit demi sedikit mengikut kemampuan. Jangan pernah berputus asa!

Kata-kata adalah doa untuk terus tidak mengalah dan berputus asa. kesilapan orang kita adalah apabila dalam keadaan sakit asyik berkata. 'Aku sakit. Entah bilalah hendak sembuh'. Perkataan yang asyik diulang adalah sakit sahaja. Ia menjadikan dirinya akan terus sakit.

'InsyaAllah dengan usaha yang aku lakukan pasti aku akan sembuh. Doakan aku bersama-sama.' Manifestasi diri ke arah diri lebih positif akan menjadikan diri semakin yakin dan percaya ke arah lebih baik serta positif.

Sekali kita mengalah atau berputus asa, akan menjadikan kita terlepas dari peluang untuk mendapat perkara yang lebih baik untuk masa hadapan. Bukankah kita semua tahu bahawa semua apa yang terjadi pasti mempunyai hikmah tersendiri. Dalam erti kata lain ianya pasti mempunyai kebaikan yang sama ada kita sedar atau tidak.

Jadilah seperti Rasulullah yang tidak mengenal kalah dan berputus asa dari pelbagai rintangan dan cubaan melanda kepada diri baginda. Baginda tetap meneruskan usaha dan perjuangan baginda memartabatkan agama Islam yang tercinta. Tetaplah bersabar dan terus berusaha.

Cuba kita fikirkan bagaimana sekiranya pencipta-pencipta sebelum ini jika mereka mengalah dan berputus asa atas hakikat percubaan mereka. sebagai contohnya Thomas Alva Edison dalam penciptaannya yang memberikan sinar cahaya kepada semua. Apakah yang beliau ciptakan? Ianya adalah mentol. Diperkatakan yang mana belaiu telah gagal beribu-ribu kali banyaknya. Ada yang menjelaskan beliau telah menghadapai 99% kegagalan sebelum mendapat kejayaan 1%. Ada pula yang mengatakan 1000 kali beliau gagal dan cuma kali ke 1001 barulah beliau berjaya dalam penciptaannya.

Kita sememangnya diuji dengan pelbagai dugaan. Bersabarlah. Gagal bukan bermaksud kamu akan gagal buat selama-lamanya. Mungkin masanya akan tiba tanpa kamu sedari. Ambil pengajaran daripada kegagalan yang telah berlaku. Ubah strategi perlaksanaan dari apa yang kamu lakukan sebelum kamu gagal itu.

Gunakan 'trial and error approach' ataupun dalam erti kata lain mencuba dan terus mencuba.


Bersemangatlah dan teruskan berusaha. Bertemu kita di mercu kejayaan.

Mari merentas masa hadapan..

(*nantikan ulasan seterusnya daripada Helmi Suhaimi)

Be A Star!

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, September 19, 2009 1 comments

Jadilah bintang yang bersinar-sinar menerasi pelusuk hari tiap insan yang sering tercari-cari kepada cahaya kegelapan malam. Menyinari seluruh alam yang gelap gelita, memancarkan cahaya indah berseri-seri. Menjadi petunjuk jelas bagi para pengembara dan pelayar-pelayar yang sedang berkelana. Indahnya setiap ciptaan di muka bumi dan galaksi ini. Ia bersangkut paut dan mempunyai kelebihan masing-masing yang perlu banyak lagi dipelopori.

Pembuktian kepada kejayaan yang setelah lama diusahakan. Kejadian bintang yang jutaan tahun daripada gumpalan asap tebal membuktikan susah payah untuk menjadi sesuatu yang bersinar.

Daripada susah payah dan usaha berterusan sahaja yang akan menjadikan kejayaan yang diharap-harapkan dan sering diingini akan terbukti. Lihat sahaja daripada asal usul kejadian bintang. Bukan mudah untuk menjadi sesorang yang bakal menyinar dan menerangi diri sendiri serta insan lain. pelbagai rintangan dan onak ranjau yang perlu diharungi. Kekalkanlah rentak usaha untuk terus menjadi seorang juara.

Walaupun sedikit sahaja, terangilah hari-hari sekalian insan yang berada berhampiran dengan kita mahupun sekalian lain. Jadikanlah hari-hari mereka dengan suasana ceria dan gembira sentiasa. Murahkanlah dirimu dengan senyum mesra yang membawa kepada kebaikan dan kasih sayang. Genbirakanlah hati yang gundah gelana dan sedang berada dalam kesedihan hati yang celaru.

Jadikan segala masalah kepada 'situasi yang menarik'. Bukan mudah sebenarnya untuk mengekalkan momentum kecerahan dan keharmonian dalam diri. Perlu sentiasa muhasabah diri dan memperingati diri. Bahkan bintang di angkasa juga akan menjadi debu yang berterbangan kerana ketidakstabilan dalam dirinya. Konsisten dan berterusan untuk berusaha menerangi setiap ketika adalah salah satu metod untuk sentiasa terus bersinar.

Yakin dan percayalah yang mana setiap dan semua daripada kita adalah mampu untuk menjadi bintang. Kita dilahirkan untuk menyinari tiap ketika hari-hari setiap insan. Harga kuasa positif yang dikekalkan pada dalam diri memberikan aspirasi serta inspirasi dalam tiap kehidupan.

...bersambung..

Hatiku PadaMu

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, August 20, 2009 0 comments


حسبي ربي جل الله
ما في قلبي غير الله
نور محمد صلى الله,
لا اله الا الله

Cukuplah Bagiku HanyaMu ALLAH
Tiada Di Hatiku Melainkan ALLAH
Cahaya Muhammad Pesuruh ALLAH
Tiada Tuhan Melainkan ALLAH

Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR