INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

JUAL AYAM GORENG

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, January 03, 2014 0 comments

Seorang penjual ayam goreng, dapat menghabiskan jualan sehari dalam masa paling lama enam jam sahaja. Mula buka pada jam 3.00 petang.

Sehari beliau menjual 30 ekor ayam, di mana seekor dapat sembilan ketul (jumlah besar 270 ketul). Seketul ayam goreng dijual dengan harga RM2.00 sahaja.

Antara produk jualan lain adalah bubur nasi ayam dengan harga RM2.50. Sehari beliau dapat habiskan 200 bungkus bubur.

Hanya berniaga di stall sahaja.

InsyaAllah mendatang saya akan kongsikan gambar anak muda tersebut, Ajid World Ayam Goreng, Telok Mas, Melaka.

Enam Topi Pemikiran

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, January 03, 2014 0 comments

Putih - fakta, angka, dan maklumat yang objektif
Merah - emosi dan perasaan
Hitam - logik pemikiran negatif
Kuning - positif pemikiran konstruktif
Hijau - kreativiti dan idea-idea baru
Biru - kawalan topi lain dan berfikir langkah

Kita jika di organisasi yang mana satu?

Bila ia perlu dipakai?

Kebiasaannya organisasi yang besar akan memakai topi yang berlainan ketika mesyuarat dibuat.  Ia menjadikan mesyuarat lebih ada keputusan dan 'terus buat'.

Soalan tambahan. Berapa lama mesyuarat yang berkesan.

Jawapannya adalah 30minit.

 

Nelayan Dibelenggu Kemiskinan?

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, January 01, 2014 0 comments
Gambar: Bot-bot nelayan di Jeti Serkam.
Antara topik yang saya paling minat semasa menuntut ilmu ekonomi adalah perkara membasmi kemiskinan.

Petani, nelayan, kerja kampung antara kumpulan yang terdedah kepada kemiskinan walaupun hari ini jika bergaji RM3000 di bandar juga dikategori sebagai miskin.

Inovasi sosial perlu dilakukan.

Pagi tadi dapat berbicara dengan seorang nelayan berusia 30-an yang baru pulang dari laut.

Hasil tangkapan hari ini hanyalah 3 ekor ikan mayong, 3 ekor ikan senangin dalam kadar masa 4 jam. 1 ekor ikan mayong untuk makan sekeluarga. Ikan senangin telah ditempah orang lain. 2 ekor lagi ikan mayong saya beli dengan sekilo RM10 dengan jumlah harga RM23 (Jika dipasar harganya akan lebih lagi).

"Semalam dapatlah RM30, sehari sebelum RM20. Ikut nasib juga jadi nelayan."

Jika lebih hasil, dapatlah mereka lebih gaji harian.

Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR