INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Filem Pilihan: 3 Idiots

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, May 21, 2010
Justify Full"Aal izz Well". Inilah kata-kata utama dalam filem 3 Idiots. Jangan risau kepada sebarang masalah dan tenangkanlah diri. Segalanya pasti akan menjadi lebih baik.

Apakah kisah sebenarnya dalam filem ini sebenarnya? Jika berdasarkan kepada tajuknya ia seolah-olah menggambarkan filem yang mengisahkan tiga orang budak dungu. Jika ini yang difikirkan anda perlu tonton dan cuba fahaminya dengan jelas. Jangan terkejut yang mana filem ini adalah produk 'Bollywood' bukannya 'Hollywood'. 110% filem ini adalh filem yang terbaik bagi saya.

Pertama sekali saya galakkan anda semua menonton filem ini. Bagi saya ia adalah filem yang sangat hebat yang pengisiannya dan olahannya berkenaan kepada sistem pelajaran dan juga pembelajaran.
Nanti saya ulaskan lagi.

Pelakon utama filem ini adalah Aamir Khan dengan watak Rancho (Pungshuk Wangdu). Kisahnya merupakan beliau bersama-sama sahabat bernama Raju dan juga Farhan. Watak lain adalah Chatur aka Silencer, Virus, Pia, milimeter dan lain-lain lagi.


Filem ini baru sahaja ditayangkan di Malaysia pada bulan Mei 2010 walhal filem ini sudah ditayangkan sejak Disember 2009 di negara lain seperti India, Amerika. Ia merupakan filem yang amat berjaya sekali. Filem ini merupakan antara filem yang kurang adegan percintaan lebih kurang 10% sahaja. Antara lain nyanyian juga kurang.


Mengapa saya pilih filem ini ya? Pasti ada yang tertanya-tanya mengapa pertama kalinya di blog saya yang sarat dengan inspirasi dan motivasi. Alasannya adalah kerana filem ini mempunyai pelbagai mesej yang perlu kita jadikan pengajaran.
Ia berkisarkan kepada bagaimana sepatutnya kita belajar dan menentukan masa hadapan kita.

Kita masa kini terlalu tumpukan kepada menghafal apa yang ada di buku dan mendapat A sedangkan ia perlu lebih jauh daripada itu. Apakah faedahnya jika kita sekadar belajar dan menghafal penuh tetapi tidak memahami dan menggunakan serta aplikasikan apa yang belajar. Kerana itulah kita perlu menggunakan teori selari dengan praktikal. Jika tidak digunakan ianya hanyalah teori sahaja.

Mengapa perlu belajar? Ini persoalan yang wujud dalam filem ini. Belajar sememangnya penting untuk menambah ilmu pengetahuan dan membawa kita kepada pembangunan pengetahuan. Namun, ilmu dan kepandaian bukan mencerminkan masa hadapan yang gemilang. Perkara penting adalah bakat.

Fenomena terbesar di India adalah ramai pelajar meninggal bukan kerana sakit atau wabak tetapi kerana stres dalam sistem pendidikan. Sistem pendidikan menghargai pelajar yang sentiasa mendapat A tetapi tidak meraikan pelajar untuk mendalami bakat semulajadi untuk menjadi lebih kompetitif.

Bakat perlu diraikan dan digunakan untuk masa hadapan yang lebih cemerlang dan meriah. Ia tidak perlu disia-siakan kerana dengan mengetahui bakat, ia memberikan ekonomi engin yang sangat berkesan.

Banyak pengajaran dalam filem ini membuatkan saya tersenyum puas menontonya. Kisah setiakawan dan mengharapkan yang terbaik kepada sahabat menjadi elemen paling penting. Seorang sahabat yang baik adalah memberi inspirasi kepada sahabat-sahabat yang lain cara berjaya sebenar. Bakat yang ada perlu diraikan jangan dibazirkan.

Mari kita sama-sama raikan BAKAT!

----------------------------------

Sinopsis

Untuk sinopsis cerita, ia berkenaan dengan tiga orang sahabat iaitu, Rancho, Raju dan Farhan, mereka adalah pelajar Imperial College of Engeneering yang sama-sama mendaftar sebagai pelajar di situ. Mereka bertiga adalah sahabat sebilik. Rancho merupakan seorang pelajar yang sangat bijak dan dapat menggunakan ilmu yang dipelajari kepada dunia realiti.

Rancho datang daripada keluarga yang kaya.Manakala, Raju datang daripada keluarga yang susah dan Farhan daripada keluarga sederhana. Ibu dan bapa Farhan serta Raju amat mengharapkan mereka menjadi seorang Jurutera (Engineer). Namun, Farhan sebenarnya amat berbakat kepada bidang fotografi terutama foto kehidupan liar (wild life).

Surat yang ditulis untuk diposkan kepada jurugambar antarabangsa disimpan sahaja kerana dia yakin ibu bapanya tidak akan bersetuju dengan keputusannya. Sejak dia lahir ibu bapanya telah menetapkan dia mesti menjadi seorang jurutera.

Mr Viru (Dikenali sebagai Virus) memandang Racho sebagai pemusnah kepada masa hadapan Raju dan juga Farhan. Atas kerana ini, beliau mengarahkan Raju untuk berpindah bilik untuk bersama-sama belajar dengan Chatur.

Chatur yang berasal dari Uganda telah dipilih untuk menyampaikan ucapan dalam bahasa India klasik sempena Hari Guru dihadiri oleh ahli parlimen. Untuk membuktikan kepada Raju yang mana menghafal tanpa memahami adalah bahaya, rancho telah menukar beberapa perkataan di teks ucapan Chatur. Kerana itu habis satu dewan gelak tanpa henti. Nampaknya Chatur telah merosakkan majlis dengan ucapan yang dihafalnya.

Dengan kerana itulah Chatur telah mencabar Rancho dan sahabatnya untuk melihat siapa yang akan lebih berjaya pada 10 tahun akan datang dan berjumpa kembali pada 5 September.

Dengan kehadiran Rancho banyak mengubah sikap dan pandangan Raju dan Farhan tentang kejayaan. Kejayaan perlu berdasarkan kepada bakat dan kemahiran bukan sekadar cemerlang dalam pelajaran. Bahkan Raju dan Farhan sering mendapat tempat ke-dua terakhir dan terakhir dalam ujian. Manakala Rancho sering mendapat tempat pertama menewaskan Chatur di tempat ke-dua.

Namun, tragedi berlaku di mana ketika mereka semua menceroboh rumah Viru untuk mencabar Rancho meluahkan rasa cinta kepada Pia. Ketika inilah Raju ditangkap dan diberi pilihan sama ada dibuang kolej atau mendedahkan Rancho bersamanya. Akibat keliru, Raju mengambil keputusan terjun dari tingkat bilik Viru.

Nyawanya masih panjang kerana Rancho dan Farhan sempat membawanya ke hospital. Dia koma dalam keadaan separa sedar. Raju perlu diberikan motivasi dan peransang untuk terus semangat. Inisiatif Rancho yang menghiburkan Raju, dia sedar kembali.

Setelah sembuh Raju dan Farhan perlu menghadiri temuduga kerja. Tetapi Farhan diajukan dengan kejutan yang mana surat yang telah lama ditulis rupa-rupanya telah diposkan oleh Rancho dan jurugambar antarabangsa telah menerima Farhan sebagai pembantunya mengambil gambar haiwan di Brazil. Farhan terkejut dan gembira tetapi risau memikirkan reaksi ibu bapanya.

Atas sokongan sahabat-sahabatnya, Farhan pulang juga ke rumah untuk memberitahu ibu bapanya untuk menjadi seorang jurugambar profesional. Pada mulanya ayahnya begitu marah atas apa yang Farhan lakukan, tetapi atas penjelasan dan membuktikan azam dan bakatnya serta nasihat Rancho untuk terus berjaya dan jangan putus asa, ayahnya berubah fikiran untuk membelikan Farhan kamera. Bakatnya tidak mungkin disia-siakan.

Raju pula dengan sifat jujur, berani dan tegasnya pada mulanya tidak diterima oleh ahli panel syarikat untuk diterima namun kerana jelas tetap menegaskan mahu terus bersifat begitu beliau ditawarkan kerja dengan gaji boleh dibincangkan.

Viru tersangat bengang atas apa yang berlaku. Misainya habis dicukur pembantunya kerana cabaran kepada Rancho yang mana jika Raju atau Farhan mendapat kerja ganjarannya adalah misainya dicukur. Dia berazam untuk menggagalkan Raju.

Atas desakan Pia, Rancho dan Farhan mengambil tindakan terburu-buru untuk mengambil kertas solan di bilik Viru. Ini kerana Viru sendiri yang menulis kertas soalan terakhir dengan tujuan Raju gagal. Namun, Raju semakin matang dan tidak menerima kertas soalan yang dicuri.

Langit tidak selalunya cerah. Ketika ingin bertanya Pia di mana kertas soalan dengan menghubungi telefon bimbit Pia, Mr Viru terkejut kerana nombor yang terpapar adalah nombor pejabatnya. Disebabkan itulah Rancho diarahkan keluar dan dibuang dari ICE serta dikehendaki keluar dari situ segera.

Malam itu juga kakak kepada Pia sudah ampai masa untuk melahirkan. Atas sebab banjir, jalan tidak dapat dilalui dan ambulan juga tidak dapat membawanya ke hospital. Rancho melalui kawasan itu dan segera mengambil keputusan untuk membawanya ke dewan rekreasi an menghubungi Pia apa yang perlu dilakukan. Pia yang sedih dengan perbuatan ayahnya telah membawa diri ke hospital untuk mencari ketenangan.

Pia sebagai pelajar perubatan memberikan arahan apa yang perlu dilakukan melalui webcam. Setelah berusaha, bayi tidak dapat dikeluarkan kerana akak Pia keletihan. ia perlu menggunakan pam vakum untuk membantu mengeluarkan bayi. Rancho mendapat idea untuk menggunakan pembersih vakum. Malang pula kerana elektrik terputus. Inverter yang dicipta oleh Rancho digunakan untuk menghidupkan elektrik. Atas kreativiti dan sifat Rancho yang cepat belajar, mereka berjaya membantu bayi dilahirkan dengan selamat.

Dengan perasaan gembira, Mr Viru terharu dan mengucapkan terima kasih dan memberikan pen yang amat istimewa yang dicipta untuk angkasawan menggunakannya di angkasa. Ia diceritakan pada awal cerita yang mana pen itu kosnya berjuta-juta dollar dan diberikan oleh pensyarah Mr Visu. Amanatnya adalah jika ada Mr Visu yang kedua yang bijak, Mr Visu perlu memberikan pen itu kepadanya.

Rancho menjadi pelajar paling cemerlang ICE. Namun sejurus selepas majlis graduasi Rancho membawa diri seolah-olah melarikan diri. Selama 10 tahun Raju dan Farhan tidak mendengar khabarnya. Mereka mencarinya setelah Chatur mendapat informasi demi memenuhi cabaran 10 tahun lepas.

Rupa-rupanya Rancho adalah bukan 'Rancho' yang sebenar. Ia hanya ke ICE menggunakan nama orang lain ke universiti atas kena minatnya yang mendalam kepada ilmu. Ia hanyalah anak seorang tukang gaji. Pencarian sahabat-sahabat Rancho berjaya setelah mendapat tahu Rancho berada di satu tempat bernama Ladakh beralamatkan sekolah.

Setiba di sana, mereka melihat pemandangan pelajar-pelajar yang menggunakan bakat dan kemahiran dengan melakukan pelbagai perkara seperti membuat invensyen, berpakaian angkasawan, melukis, membuat aplikasi sains dan macam-macam lagi.

Rupa-rupanya Rancho adalah Pungshuk Wangdu iaitu saintis yang mempunyai 400 paten ciptaan. Dia adalah seorang saintis dan juga seorang guru. Chatur sekali lagi membuat kesilapan dan nampaknya perancangannya silap kerana dia sepatutnya bertemu dengan Mr Wangdu untuk mendapatkan kontrak untuk syarikatnya.

For me to get a good job, I need good grades (is it true?)

Never study to be successful, study for self efficiency

Without understanding, if you cram things, this will be the result

If I become engineer, I will become bad engineer.


Whatever you enjoy doing, make that your profession!

Live your Live

----------------------------

Soalan trivia: What is MACHINE?

Keseluruhannya FANTASTIC! Saksikan 3 IDIOTS..

Filem yang hebat adalah filem yang mempunyai mesej yang membina..

0 Response to "Filem Pilihan: 3 Idiots"

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    IKUT BLOG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR

    Post Terbaru

    Komen Terkini