INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Kesungguhan Seorang Wanita

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, March 09, 2010

Siapa Datin Paduka Sharifah Mazlina?

Datin Paduka Sharifah Mazlina dilahirkan pada 23 May 1965 dan menerima pendidikan tinggi di UPM dalam bidang Pengajian Fizikal sebelum menyambung pengajian Masters dari Montreal, Canada. Beliau merupakan seorang pelajar yang aktif dengan penglibatan beliau dalam kegiatan sukan seperti hoki, merejam lembing dan olahraga. Selepas belajar, Sharifah menjadi pensyarah di UiTM dalam bidang psikologi sukan dan terkenal sebagai seorang pendidik yang memperkenal dan memperkayakan pemikiran dan minda positif dalam menghadapi cabaran hidup.

Nama Sharifah Mazlina mula menjadi sebutan apabila dia berhasrat untuk melakukan aktiviti ekspedisi solo ke kutub selatan (Antartika) pada tahun 2004 yang bakal menjadikan beliau rakyat Malaysia pertama dan wanita Asia pertama melakukan cabaran tersebut. Hasrat yang pada mulanya ditentang oleh ahli keluarga akhirnya mendapat restu dan juga harapan dari seluruh rakyat Malaysia.

Dalam usahanya menakluki Antartika menggunakan ski-sailing, pelbagai cabaran terpaksa diharunginya sehingga beliau ditimpa kecederaan apabila ditiup ribut salji dan diheret sejauh 50 meter. Mazlina menolak bantuan kecemasan dan meneruskan perjalanan demi untuk mencapai hasratnya. Akhirnya beliau berjaya menyeberangi Antartika dan dalam masa yang sama telah memecahkan rekod dunia dengan mengembara selama 22 hari. Rekod sebelumnya ialah 24 hari dan dilakukan oleh seorang lelaki warganegara Britain. Pengembaraan epik Sharifah Mazlina merangkumi jarak sejauh 1100 kilometer.

Pada tahun 2007, sekali lagi Mazlina membawa harapan negara dalam usahanya untuk menakluki kutub utara (Artik) pula dalam usaha untuk melengkapkan misi kutub ke kutub (pole to pole mission), cabaran yang jauh lebih sukar berdasarkan keadaan cuaca yang tidak menentu serta kehadiran dan ancaman beruang kutub. Untuk tujuan keselamatan beliau dibekalkan dengan sepucuk pistol Revolver. Sekali lagi Sharifah Mazlina menjadi wanita Asia pertama yang melengkapkan cabaran tersebut. Beliau menjejakkan kaki di paksi kutub utara pada 17 April 2007 jam 8.25 malam waktu Malaysia. Beliau tiba di Malaysia dengan keadaan muka yang ‘comot’ setelah berdepan dengan pelbagai cabaran, termasuk digigit ‘frost bite’.

Datin Paduka Sharifah Mazlina telah membukukan pengalaman beliau sewaktu mengembara ke artik dan antartika untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia yang ingin meneroka kemampuan diri dan menyahut cabaran yang mendatang.

KECEDERAAN di lutut hampir memusnahkan impian. Kesakitan dan masalah tiada angin turut menjejaskan perjalanan. Kala itu, apa yang mampu dilakukan hanyalah berdoa dan memohon kekuatan daripada Allah.

Sambil menahan sakit, teringat pula untuk menelefon ibu mencurahkan segala kesakitan yang ditanggung. Si ibu, Sharifah Mariam Syed Mohamad, turut merasakan penderitaan yang ditanggung si anak. Seperti ibu lain, apa yang mampu dilakukan adalah memberi kata perangsang dan semangat.

"Jangan pulang dengan kegagalan. Jadilah anak bangsa yang baik dan tamatkan ekspedisi. Jangan putus asa,'' begitu pesan si ibu.

Sebaik meletakkan telefon, dia mengumpul semangat dan bertekad, perjuangan mesti diteruskan. Bersandarkan harapan, doa, kecekalan serta pesan ibu yang bagaikan penawar, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, 39, akhirnya berjaya merealisasikan ekspedisinya itu sekali gus mencipta nama menjadi wanita Asia pertama berjaya merentasi Antartika secara solo menggunakan kaedah meluncur ski.

Kepulangannya disambut meriah, sebaik menjejak kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas subuh 14 Januari lalu, tiada kata-kata yang mampu beliau lahirkan, kecuali rasa sebak yang teramat sangat.

Di sebalik senyum manis melayanimereka yang hadir menyambut ketibaannya, Sharifah Mazlina menyembunyikan rasa sebak dan terharu dengan sambutan besar-besaran yang tidak pernah beliau harapkan.

"Saya merasa amat sebak dan terharu. Sambutan yang diberikan di luar dugaan. Ia cukup sentimental berbanding kali pertama saya kembali dahulu. Terima kasih di atas segalanya,'' katanya.

Dua tahun bersusah payah, menepis pelbagai gosip dan mengharungi ujian yang bukan calang-calang akhirnya hajat untuk menakluk Antartika menggunakan kaedah meluncur ski secara solo berjaya dicapai.

Tarikh 29 Disember 2004 menyaksikan wanita kental ini menamatkan ekspedisi solonya tepat pukul 10.45 malam waktu Malaysia, 10 hari lebih awal dari jadual.

Kejayaan tersebut turut mencatat rekod baru yang melayakkan beliau muncul sebagai wanita pertama Asia meluncur ski secara solo di Antartika dalam masa 22 hari bermula dari Kutub Selatan sehingga melepasi garisan penamat di Hercules Inlet.

Lebih manis, kejayaan tersebut telah diiktiraf oleh Ekspedisi dan Logistik Antartika (ALE), iaitu badan yang mengurus dan mengendalikan ekspedisi itu.

Pun begitu, bukan mudah baginya mencipta rekod tersebut. Selain keseorangan di tempat terasing, Sharifah Mazlina juga terpaksa menanggung kesakitan akibat empat kali terjatuh. Kecederaannya serius di bahagian lutut dan buku lali.

Berserah

Kecederaan itu juga menyebabkan perjalanannya terpaksa ditangguh beberapa hari. Beliau terpaksa berkhemah dan tinggal di dalamnya dengan hanya merangkak untuk melakukan aktiviti harian. Mujur pengalaman masa lalu banyak memberi pengajaran. Sharifah Mazlina bertindak mencari bahan-bahan keras untuk dijadikan anduh bagi menampung kesakitannya. Syukur usaha itu membantu dan beliau berjaya meneruskan perjalanan sambil terus berdoa supaya kesakitan itu akan reda.

"Sakitnya tidak terkira. Saya hanya berserah kepada Tuhan. Kekuatan dan semangat mengatasi segala. Sepanjang meluncur, saya tidak putus-putus memanjatkan doa agar misi saya tidak patah di tengah jalan,'' ceritanya.

Seperti anak-anak lain, Sharifah Mazlina turut teringatkan ibunya, Sharifah Mariam Syed Mohammad ketika dalam kepayahan. Begitu juga saudara mara dan kawan-kawan yang memberi perangsang dan galakan.

"Ibu menjadi tempat saya mengadu. Biarpun pada awalnya ingin berjimat tidak mahu guna banyak telefon satelit,akhirnya saya terpaksa melanggar peraturan itu kerana inginkan seseorang untuk berbual. Pesan ibu adalah penawar. Ibu minta saya teruskan usaha, tabah dan jangan kembali dengan kegagalan. Suara dan pesan ibu mengembalikan kekuatan mental dan fizikal saya. Kepada ibu saya luahkan hajat minta beliau melakukan solat hajat supaya saya diberi kekuatan meneruskan ekspedisi saya ini,'' jelasnya.

Begitu juga dengan kawan-kawan seperti Pengurus Projek, Hazimah Zainuddin dan lain-lain.

"Saya minta mereka baca yasin untuk kesejahteraan saya disamping saya sendiri melakukannya di tengah-tengah bumi Antartika yang sejuk, sepi damai dan menyimpan sejuta rahsia ciptaan Allah Yang Maha Esa. Sambil meluncur, saya berselawat ke atas nabi... setiap hari, setiap saat. Syukur Allah mendengar permintaan saya,'' jelasnya.

Katanya lagi, dalam keadaan itu, beliau mengambil sikap positif dan meletakkan semangat juang sebagai asas utama beliau berada di Antartika.

"Saya teringatkan komitmen saya terhadap penaja serta mereka yang memberi bantuan dan sokongan sehingga saya berada di Antartika. Saya bertekad tidak akan pulang dengan kegagalan.'' tambahnya.

Kata-kata ibu yang mahu anaknya pulang sebagai anak bangsa yang berjasa turut memberi kekuatan tambahan kepadanya menamatkan ekspedisi.

Di sebalik kejayaan itu, Sharifah Mazlina turut mencatat rekod sebagai orang pertama menanam Kapsul Masa di Antartika.

"Usaha kreatif ini mendapat pujian pihak pengurus Antartika. Mereka positif dengan apa yang kita buat. Saya mengharapkan selepas ini ada rakyat Malaysia yang akan ke sana dan mengambil Kapsul Masa yang berisi amanat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk dibaca kepada seluruh rakyat Malaysia pada tahun 2020,'' Sharifah Mazlina mengharap.

Kejayaan dan pengalaman yang beliau lalui, bakal dicurahkan kepada generasi muda Malaysia melalui pelbagai program rakan muda dan motivasi untuk remaja yang sedang dirangka.

Ilmu

"Saya mengharapkan dalam masa terdekat ini ilmu dan pengalaman yang saya peroleh ini boleh dikongsi dengan generasi muda untuk melakukan ekspedisi seperti ini pada masa depan. Saya berharap menjelang tahun 2020 ada generasi muda Malaysia akan kembali ke Antartika untuk mengambil Kapsul masa itu. Jika boleh biarlah mereka mencipta rekod baru dengan mencatat perjalanan yang kurang daripada apa yang telah saya lakukan,'' pintanya penuh harapan.

Ketika nama sedang menjulang, Sharifah Mazlina turut menerima khabar gembira kerana dipelawa oleh Liv Arnesan, wanita pertama merentasi Antartika pada 1994 untuk menyertai sepasukan wanita melakukan ekspedisi yang sama ke Antartika pada tahun 2011.

Ekspedisi yang dijadual menggabungkan wanita profesional dari seluruh dunia itu mengambil sempena sambutan memperingati manusia pertama sampai ke Antartika.

"Saya diajak sebagai mewakili wanita Asia. Mereka mahukan golongan profesional, saintis serta wanita yang mempunyai latar belakang akademik yang tinggi menyertai ekspedisi itu. Selain mengulangi sejarah, ekspedisi itu juga bakal melakukan kajian bagi mencari maklumat yang boleh dikongsi bersama oleh seluruh dunia,'' tambah Sharifah Mazlina.

Ditanya sama ada beliau masih punya kekuatan dan keinginan untuk melakukannya, sambil tersenyum Sharifah Mazlina berkata, segala-galanya kerja Tuhan.

"Saya tidak mahu merancang. Faktor umur, kesihatan mungkin menjadi penghalang. Tetapi saya akan berusaha memastikan, ada wanita Malaysia yang akan ikut ekspedisi itu. Walaupun saya masih ada hati untuk ikut sama tetapi seperti yang saya kata, segala-galanya di tangan Tuhan. Saya akan berusaha tetapi biarlah Allah yang tentukan.'' katanya.

Berada di tanah air setelah melaksanakan cabaran yang hebat untuk negara, Sharifah Mazlina tidak melupakan kesihatan dirinya. Walaupun keseluruhan tubuhnya sihat tetapi lututnya masih terasa sakit.

"Saya telah menjalani rawatan dan pemeriksaan ke atas lutut dan buku lali saya. Dalam masa terdekat ini saya akan segera melakukan pemeriksaan akhir,'' tambahnya.

Semasa ekspedisi, Sharifah Mazlina kehilangan berat badan sebanyak 7 kilogram tetapi sekarang sudah kembali meningkat.

Mengenai pemakanan pula, kini beliau telah kembali menikmati segala jenis makanan kegemarannya seperti nasi lemak dan masak asam pedas.

Pengorbanan

"Apabila mendapat tahu saya rindukan nasi lemak dan asam pedas kawan-kawan dan saudara mara asyik menghidangkan saya masakan tersebut setiap hari.. dan puas makan,'' katanya sambil tersenyum.

Usaha telah berhasil, pengorbanan telah berbayar, yang tinggal kini adalah untuk mencurah ilmu kepada mereka yang memerlukan.

Bagi memenuhi impian itu kata Sharifah setiap orang yang bercita-cita dan punya impian harus memulakan langkah pertama.

"Jangan hanya merancang tetapi kemudian duduk diam. Takut nanti apa yang dirancang hanya tinggal angan-angan kosong. Jika telah merancang dan ingin mencapainya, elok teruskan usaha. Saya yakin setiap usaha akan mendatangkan hasil. Apa sahaja yang kita lakukan, jika berusaha dan diizinkan Allah, insya-Allah akan berjaya. Pokoknya usaha dan disiplin diri. Jangan putus asa , jangan jemu dan mesti ada sikap positif, pasti berhasil,'' ujarnya.

.................................................................

Kepada semua wanita yang sememangnya amat berharga. Untukmu wanita.

Anda semua hebat.

0 Response to "Kesungguhan Seorang Wanita"

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR