Aduh..sekali lagi memperkatakan tentang cinta. Semalam selepas solat maghrib bersama sahabat aku pegi berbuka puasa (sebelum maghrib minum air jerk). Bermacam-macam perkara kami bualkan. Xperlah..CINTA itu fitrah manusia.Terutamanya tentang CINTA. Terdetik di kala selepas subuh ini nak menulis tentang CINTA.
Pengertian CINTA~ Bab Carian Pasangan ~
CINTA adalah fitrah setiap manusia. Benarkah kenyataan ini? Jawapan: Benar. Kerana di setiap hati manusia telah dititipkan perasaan CINTA di dalam hati masing-masing. Tetapi benarkah setiap perasaan CINTA di dalam hati setiap insan benar-benar suci dan datangnya daripada kurniaan ALLAH. Perasaan CINTA ini sebenarnya tersangat 'complex'. Hanya si penerima sahaja yang mengetahui adakah perasaan CINTA itu suci daripada ALLAH.
Dari segi ini hendaklah di amati dan diteliti tentang perasaan masing-masing. Apakah CINTA yang hadir itu benar-benar suci. Berbaliklah kepada ALLAH dan mintalah jawapan daripadaNya sebagai contoh melakukan Istikharah kepada ALLAH. itulah yang sebaik-baiknya. Tetapi sejauh mana kekuatan kita untuk melakukan istikharah kepada ALLAH. Pelbagai jawapan dan persoalan diterima oleh hati kita sendiri. Ada yang berkata "Aku perlu minta pendapat orang lain, kemudian aku akan tapis pendapat itu mengikut pendapat aku sendiri". Ada juga yang berkata, "Pendapat aku lebih bernas dari orang lain" atau "aahh, pedulikan apa pendapat orang lain hati aku aku punya, suka hati akulah". Nah, bermacam-macam kata hati. Ingatlah, mintalah petunjuk dan jawapan ALLAH kerana itulah yang terutama. Minta kepada ALLAH untuk tetapkan hati kita.
Berbalik kepada kisar CINTA. Ingatlah hanya sesungguhnya mengingati ALLAH (CINTA kepadaNYA) lebih utama dari segala CINTA di hati kita.
CINTA kepada ALLAH..
CINTA kepada Rasulullah..
CINTA kepada Ibu Bapa..
CINTA kepada Ummah..
CINTA kepada insan yang lain sepatutnya terletak jauh di belakang cinta ALLAH, Rasulullah dan Ibu Bapa. Ingatlah sebelum mencintai manusia CINTA lah yang terdahulu iaitu ALLAH. Seringkali di dengar "Aku mencintai dirinya kerana ALLAH". Alhamdulillah jika begini niatnya hendaklah disertai untuk mendirikan rumahtangga, nikah dan ijabkabul. Itulah CINTA kerana ALLAH. Betapa indahnya pecintaan. Tetapi haruslah diingat, tidak perlu bercinta sebelum nikah cukuplah dengan berkenal-kenalan. Fitrah manusia mempunyai rasa suka, duka, CINTA, sengsara. Bercintalah sebenar-benarnya selepas diijabkabulkan atau Nikah.
Niatkanlah diri untuk mendirikan rumahtangga. Kerana Rasulullah sendiri pernah bersabda barangsiapa yang menidakkan penikahan dia buakn sebahagian dari umatnya. Lihatlah, betapa pentingnya pernikahan.
Seringkala kita disogokkan dengan kata CINTA pandang pertama atau "First Sight Love". Entah apa yang dipandang pun x tau. Rasulullah pernah bersabda,
"Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara. kerana kekayaannya, kedudukannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal agamanya. Maka untunglah kedua-dua tangan Mu."Riwayat Bukhari dan Muslim.
Telah tepatlah panduan shariah. Kebangsawanan, hartawan dan rupawan hanyalah nilaian mata. Sesungguhnya kekayaan pada lapang di hati, Rupawan pada indahnya budi, bangsawan pada kerendahan budi. Yang sering sujud di telapak Illahi. Bila pilihan lantaran agama kekal setia untuk selamanya. (Di petik dari Narration Album Damba Kasih-Inteam)
Nah, kita lihat di sini jika CINTA itu hadir di jiwa biarlah kita mencintai agamanya. Itu lebih terbaik kerana dia akan menjaga apa yang ada untuk kita. Terpikir tiba-tiba novel Ayat-Ayat Cinta atau yang telah diadaptasikan ke filem (Walaupun kurang dalam olahan filem) bagaimana taaruf patut dilakukan dalam perkenalan dengan seorang wanita. Di sini tidak dinafikan bibit-bibit CINTA pastikan hadir. Tetapi biarlah hadir melihat agamanya. Jangan terpesona hanya kerana kecantikannya kerana itu tidak kekal. Sesungguhnya hanya Allah yang kekal.
Pedoman di dalam diri melalui keCINTAan kepada ALLAH hendaklah diluahkan terlebih dahulu. Perkenalan itu terserah kepada Allah jika benar dia merupakan jodoh dan telah dijadikan untuk kita melalui lambung kiri seorang lelaki. Bagi seorang pemuda pemudi islam hendaklah sentiasa berusaha mencapai maghfirah Allah iaitu yang terutama.
Terdetik sekali lagi bagaimana kisah yang terjadi pada zaman dahulu yang mana seorang pemuda terasa sangat bersalah memakan epal yang dialirkan oleh sungai. Subhanallah begitu prihatinnya pada setiap perbuatan nya pada alam. Berjumpa dengan pemilik kebun dan ingin meminta halal memakan epal itu. Melihat ketinggian budi si pemuda pemilik kebun ingin menguji keIKHLASan si pemuda. Jika ingin dihalalkan hendakalh menjadi pekerja di kebunnya dalam masa tertentu. Selesai masa yang ditetapkan si pemuda di beri syarat lagi untuk menikahi anak perempuannya. Yang dikhabarkan anaknya seorang yang tidak sempurna rupa, anggota zahirnya lumpuh semua, mata buta dan banyak lagi kekurangan. Timbul rase terkejut dan hiba dalam dirinya. Tetapi tetap REDHA pada ketentuan ALLAH. Mungkin itulah jodohnya. Asalkan diri wanita itu punyai iman sudah cukup padanya.
Setelah dijabkabulkan si pemuda ingin berjumpa dengan isterinya. terkejut sekali lagi benarkah yang dilihat didepannya adalah isterinya. Subhanallah, Allahuakbar teramat cantik rupanya. Terus si pemuda meluru keluar bertanya pada bapa mertuanya. Jawapan yang diberikan: Zahirnya tak sempurna kiasan saja. Memberi makna sucinya diri dan wanita solehah terpelihara. Lumpuh kerana tidak melakukan maksiat buta kerana tidak melihat yang lagha. Tertunduk SYUKUR si pemuda.
Melalui cerita di atas jelas membuktikan IKHLAS, JUJUR, REDHA, SYUKUR pasti di berikan ALLAH satu nikmat yang sangat besar. Dalam hadir tidak perlulah rasa CINTA baru hendak berkahwin. Lihatlah pada agamanya dan teruslah pilih agamanya. Jika benar jodoh kita bersamanya pasti tidak akan ke mana. InsyaAllah, dalam bab atau hal carian pasangan carilah yang beriman.
Ingat, Cinta itu Suci jangan dicemarkan dengan maksiat.
Terapkan dalam hati dan luahkanlah seperti kata-kata yang diluahkan Imam Nawawi:
"Aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, Jika dikau hilangkan agama pada dirimu, hilanglah CINTAku padamu"
Bersambung di nukilan akan datang..InsyaAllah..dalam bab lain pula..
Masya-Allah damainya hati membaca coretan.. Indahnya dan aman dunia andai ramai yg berfikiran sama, n mengambil sejarah nabi-nabi serta orang2 soleh sebagai panduan menjalani hidup di dunia sebagai khalifah Allah.. Pastilah kepincangan keluarga dan pelbagai masalah keluarga yang sering didengar pada zaman ini tidak akan wujud.. Cintalah kerana agama.. Tanpa agama tiada cinta pada sesiapa.. Cukuplah hanya cinta Allah mengisi jiwa.. Pasti hidup kan aman bahagia.. Bukan hanya di dunia tapi juga di akhirat sana... Semoga kita sentiasa dalam redha-Nya..
Semoga kita sama-sama memahami pengertian cinta sebenar dan bukan mengambil luaran sahaja