INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Bersabarlah...Ujian ALLAH

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, October 10, 2008
Sekali lagi..Alhamdulillah..Masih lagi dikurniakan ALLAH kehidupan di dunia ni..InsyaAllah akan dipenuhi dengan amalan..tapi kusedar diri ni banyak melakukan kesilapan dan kealpaan..Syukur kepada ALLAH kerana masih diberikan peluang kepadaku membuat amal di dunia ni.. Pagi ni InsyaAllah akan saya menulis tentang Tajuk "Besabarlah..Ujian ALLAH"..Besar makna bagi saya tajuk ni..InsyaAllah manfaat untuk semua..

Erti Cinta~Bersabarlah..Ujian ALLAH~






SABAR. Satu perkataan yang sangat penting dalam kehidupan kita sebagai hamba ALLAH dan khalifah di muka bumi yang indah ini. Sabar melibatkan hati kita dalam menahan sesuatu perasaan yang tidak elok berlaku atas diri kita. Berbagai-bagai persoalan ditanya mengenai sabar. "Bagaimana aku nak bersabar?". Persoalan begini mesti hadir di dalam hati yang sedang dalam kesedihan. Sesungguhnya persoalan sebegitu fitrah ketika dalam kesedihan. Ia melibatkan sebenar-benarnya ujian.Tidak kiralah sebagaimana ujian yang menimpa pasti berlaku kesedihan kerana kita adalah manusia yang fitrahnya juga lemah tetapi kta hendaklah selalu mengharapkan rahmat, hidayah dan pertolongan ALLAH. Sesungguhnya sabar itu adalah sifat yang mulia, sebaik-baik sift dan sebahagian daripada IMAN.

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.

Al-Anfal: 46


Remaja di masa kini banyak dan ramai yang bercinta. Realiti ini memang sudah lama berlaku. Islam mengajar kita supaya rasa cinta itu biarlah sekadarnya dan utamakanlah cinta pada ALLAH. Untuk menghadapi realiti ini, samalah kita ingat mengingati tentang Islam dan ALLAH. Itulah sebaik-naiknya. Telah saya terangkan di masa sebelum ini bahawa bantulah sesiapa yang dalam kesukaran dan kesusahan tertutama kesukaran dalam agamanya.


Pelbagai ragam remaja bercinta. terdengar saya kepada kata-kata seseorang, "Bakal isteri tak boleh disentuh, perempuan lain bolehlah untuk geli-geli". MasyaAllah. Jika inilah konsep bercinta remaja zaman sekarang maka hancurlah generasi Ilmiah mendatang. Hendaklah kita perbetulkan pemikiran mereka. Bersabarlah dan tegurlah dengan Hikmah. Doakan mereka mendapat hidayah dan rahmat kepada Allah kerana sesungguhnya ALLAH sahajalah pemberi hidayah dan rahmah. Kita cuma mampu berusaha.


Bagi kita teruskanlah berusaha dan berdoa untuk sentiasa merasai kemanisan IMAN daripada ALLAH;




"Ya ALLAH, janganlah Dikau palingkan hatiku setelah Dikau kurniakan Hidayah dan rahmat kepadaku. Sesungguhnya Dikaulah yang Memberi Hidayah"


Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Al-Imran: 8



Kita sering gembira bila mendapat sesuatu yang kita inginkan dan kita impikan, tetapi adakah kita akan redha jika nikmat yang diberikan kepada kita diambil semula oleh ALLAH? Adakah kita akan merungut dan mengatakan "Hidup ini tidak adil"? Persoalan begini sering dilafazkan di masa dalam kesempitan atau kesusahan. Sedari dan ketahuilah yang itu cuma dan hanyalah ujian dari ALLAH.ALLAH ingin menguji kita sejauh mana kita yakin dan berserah kepadanya. Janganlah hanya sekelumit kesakitan, kesusahan, perpisahan dan masalah menyebabkan kita lupa siapa diri kita yang sebenarnya.


Soalan: Siapakah diri kita yang sebenarnya? Jawapan: Kita hanyalah hamba ALLAH yang menumpang di dunia ini. Kehidupan yang sementara akhiratlah yang kekal selamanya. Oleh itu kejarlah akhirat. Berusahalah untuk ke syurgaNya yang dipenuhi dengan segala kebaikan. Berdoalah dan jauhi perkara yang tidak elok di dunia ini untuk di hindarkan dari neraka. Sentiasalah berdoa mendapat rahmat dari Allah. Suhanallah Walhamdulillah Wallahuakbar.


Segala di dunia ini adalah milik ALLAH. Nah, jadi ujian yang ditimpakan kepada kita dan musibah yang berlaku berbaliklah kita kepada ALLAH. InsyaAllah, bagi yang bagi sabar ucapkanlah




"Innalillahi wa innalillahi rajiu'n"



Sesungguhnya kita ini milik ALLAH dan akan kembali juga kepada ALLAH


Telah dikatakan jika ada satu kesulitan di sana ada dua jalan, iaitu jalan kemuliaan.


Berbalik kepada persoalan CINTA di sini di mana kita kisarkan tentang soal CINTA remaja, ramai sahabat mengatakan cinta itu fitrah. Ya benar. Biarlah mencintai seseorang kerana Allah. Kadangkala berlakulah perpisahan di antara mereka samada disengajakan atau tidak sengaja. Merancanglah kamu tetapi ketahuilah rancangan ALLAH lebih tepat untuk dirimu.


Ramai yang bersedih kerana berlakunya perpisahan. Sedarilah jodoh, pertemuan dan perpisahan semuanya berlku di tangan ALLAH. Itulah Qada' Qadar yang ditentukan (InsyaALLAH akan bincang lebih jelas tentang CINTA kepada KEIMANAN). Berserahlah kepada ALLAH. Terdengar kata-kata seperti "Aku benci hidup ni, Fed up lah, mane aku boleh hidup tanpa kamu, Aku rasa nak bunuh diri". Jangan..Janganlah berkata begini. Istighfarlah, diri ini faham kamu dalm kesusahan dan tak boleh terima perpisahan yang terjadi. Tentang hidup kita, janganlah sampai membunuh diri "Jika hidup lebih baik untukku hidupkanlah aku, Jika mati lebih baik untuk ku matikanlah aku". Janganlah hanya dugaan sekecil ini kita sudah putus asa dengan rahmat ALLAH. Sesungguhnya nyawa kita milik ALLAH. Walaupun kamu telah berpisah dengan nya, kamu tetap mempunyai ALLAH. ALLAH sentiasa menunggu kamu kembali padaNya. CINTAilah DIA kerana CINTANYA pasti kekal tetapi tidak CINTA manusia.


Berbahagialah kepada yang bercinta selepas nikah. Cintailah suamimu. Semoga suamimu itu memberikan tanggungjawab yang patut diberikan kepada kamu. InsyaALLAH, selalulah menuju ke Maghfirah ALLAH. Serahkanlah CINTA kita kepada ALLAH sebenar-benarnya. Berusahalah!




Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.


Al-Baqarah:216



Baik buruk perpisahan hendaklah diserahkan kepada ALLAH. Janganlah kita lupa kepadaNya sehinggakan kita jadi lemah.




Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) , jika kamu orang-orang yang beriman.




Al-Imran:139



Alhamdulillah, sudah nyata kesusahan itu dan dugaan itu amat payah untuk dihadapi tetapi ALLAH hanya menurunkan ujian kepada insan yang mampu dan sanggup menerimanya tetapi hendaklah sentiasa berserah kepadaNYA. Banyak insan di dunia ini ditimpakan kesusahan, dugaan, ujian bukan hanya kita seorang sahaja. Perhatikan persekitaran kita. Bagaimana dengan insan yang di timba musibah lagi besar seperti kebuluran, tsunami, peperangan dll. Jelas mereka lagi kuat di uji. Tetapi perhatikanlah ketabahan mereka.




"Hanya kepada ALLAH aku memohon Hanya kepadaMu aku bergantung. Berikanlah rahmatMu.Kepada ALLAH kita datang kepada ALLAH lah kita kembali"



Semoga kita selalu di jalan ALLAH dan sentiasa bersyukur di masa kita sedih, di masa kita gembira, di masa ditimpakan ujian, di masa mendapat kejayaan. Ingatlah dan bersyukurlah kepada ALLAH setiap detik, setiap saat..setiap masa.

“Gunakanlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara:

1.hidup sebelum mati,

2.sehat sebelum sakit,

3.waktu luang sebelum sibuk,

4.muda sebelum tua,

5.kaya sebelum miskin.”



Jangan kita lupakan ALLAH ya..


0 Response to "Bersabarlah...Ujian ALLAH"

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR