INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Jodoh Pertemuan

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, October 09, 2008
Alhamdulillah..pagi ni terdetik mengenai perkara sifat baik dan buruk dalam setiap insan. Ermm, ingin di lubuk sanubari memberi sentuhan coretan dan nukilan tentang perhubungan 'siapa untuk siapa'. Maksudnya di sini ia berkenaan jodoh ketentuan ALLAH. Siapalah kita untuk menilainya,,

Erti Cinta~ Jodoh Pertemuan ~






(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Surah An-Nur:26



Dari firman ALLAH di atas jelas ALLAH telah menjanjikan bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat (sama juga untuk pihak perempuan). Apakah definisi sebenar baik dan jahat dari segi Islam? Sebenarnya konsep baik jahat terletak kepada akhlak dan iman seseorang.


Seringkali terdengar perkataan merendah diri. 'saya tidak sesuai untuk awak kerana awak terlalu baik'. Ayat sebegini bagus kerana merendah diri, tetapi adakah lebih elok dikatakan 'InsyaAllah saya akan berusaha jadi lebih baik kerana ALLAH dan saya bersyukur mengenali awak'. Mengapa ia lebih elok? Jawapan: Menunjukkan kesyukuran kepada ALLAH kerana dipertemukan dengan seseorang yang beriman dan soleh atau solehah. Tidak perlu lah terlalu merendah diri sehingga seolah-olah tidak mahu berubah ke arah yang lebih baik. Alhamdulillah adalah perkataan yang sebaik-baiknya kerana memberi segala kesyukuran kepada ALLAH.


Jodoh pertemuan sebenarnya telah ditetapkan oleh ALLAH. Cuma adakah kita benar-benar mengharap kepada ALLAH. Beginilah, harapan kepada ALLAH itu suatu kemestian, tetapi hendaklah disertai dengan usaha. Bagaimana ingin berusaha? Jawapan: Carilah yang beriman. Kita semestinya tidak mengetahui siapakah yang menjadi milik kita (suami isteri) dan ia tetap menjadi rahsia ALLAH sehinggalah tiba saatnya.


Ungkapan yang suka saya lafazkan di sini adalah




" Seseorang yang BERIMAN pasti ia BAIK dan seseorang yang BAIK tidak semestinya BERIMAN. Pilihlah yang BERIMAN.Pasti berbahagia"


~Helmi Suhaimi~



Apa yang saya ingin lafazkan di sini ialah tentang konsep keimanan. Jika diperhatikan pada ayat surah AnNur ayat 26 di atas baik di situ bolehlah di kategorikan sebagai beriman. Ini kerana jika kita perhatikan baik adalah suatu perkataan yang meluas. Orang kafir ada yang baik. Sebagai contoh Bill Gates, mempunyai yayasan tersendiri untuk membantu orang-orang yang susah dan miskin. Mahatma Ghandi, dikatakan mempunyai akhlak yang baik dan sangat besederhana. Nah, banyak lagi contoh yang boleh kita katakan di sini. Tetapi keislaman dan keimananlah yang perlu dititikberatkan.

Konsep keimanan sendiri merupakan satu cabang kecintaan kepada ALLAH seperti yang kita pelajari di dalam Rukun Iman:


  1. Keimanan kepada ALLAH

  2. Keimanan kepada Malaikat

  3. Keimanan kepada Kitab-kitab

  4. Keimanan kepada Rasul-Rasul

  5. Keimanan kepada Hari Qiamat

  6. Keimanan kepada Qada' dan Qadar



Perhatikanlah tentang Rukun Iman di atas. Itulah keimanan sebenar. Persoalan: Benarkah kita telah benar-benar beriman dan menyerlahlah keimanan kita? Jawapan: InsyaAllah, perlihatkanlah keimanan kamu di mana-mana sahaja kamu berada walaupun di campakkan ke dalam api yang marak.

InsyaAllah di masa yang lain kita akan berbicara tentang konsep CINTA pada KEIMANAN.

Kembali kepada jodoh pertemuan. Kadangkala tanpa disangka-sangka kita bertemu dengan insan yang memberi inspirasi kepada kita untuk terus menerus memberi kebaikan kebaikan di muka bumi ini. (InsyaAllah berterusan Istiqamah dalam perjuangan biarlah kerana ALLAH kerana jadikanlah Insan inspirasi sekadarnya). Fitrah manusia menyukai seseorang yang menampilkan kata-kata yang baik, mengingatkan kepada ALLAH, mengajak kepada kebaikan dll kebaikan.

Kebaikan sememangnya wajib dilakukan oleh setiap insan. Tidak perlu berkata "alah, malaslah nak buat benda tue (cth sedekah), nanti orang kata menunjuk-nunjuk pulak" Lihat kepada kata-kata ini seolah-olah berbuat baik iaitu perkara disukai ALLAH boleh jadi menunjuk-nunjuk. Sebenarnya, teruskanlah berbuat perkara yang disukai ALLAH tanpa berpikir perkara lain. Untuk urusan lain biarlah ALLAH tetapkan. Sentiasalah berdoa kepada ALLAH untuk tetapkan hati. CINTAlah kepada perkara kebaikan walaupun kamu tidak tahu perkara itu baik untuk kamu atau tidak. Yang pasti kita telah mengerjakan perkara yang disukai ALLAH. InsyaALLAH pahala dan ganjaran tetap ada. InsyaALLAH..

Di sini saya akan tekankan bahawasanya yakinlah kepada ALLAH yang mana jika kita membuat kebaikan kerana keCINTAan pada keimanan sebenar pasti ALLAH akan mempertemukan kita dengan isan yang serupa dengan kita. Teruskanlah mempamerkan keimanan kamu. Berkatalah, Aku bangga menjadi umat ISLAM!.

Kadangkala timbul persoalan "aku banyak buat dosa adakah ALLAH akan beri ampun pada aku". Jika kita benar-benar ikhlas dalam taubat yang dilakukan pasti ALLAH tunjukkan sinar keimanan dalam hati kita. ALLAH Maha Pengampun, mintalah keampunan kepada ALLAH nescaya ALLAH akan ampun kan. Berusahalah untuk tidak mengulangi dosa-dosa itu. InsyaAllah berkekalan ke sinar cahaya. Manusia tidak terlepas dari melakukan dosa kerana kita adalah lemah, seperti surah An-Nisa':28
Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.

ALLAH akan memberikan rahmat di buka bumi dan syurga pada sesiapa sahaja yang di kehendaki. Selalulah berdoa "Ya ALLAH kurniakanlah daku hidayah di dalam hati ku dan berilah rahmatmu. Jadikan aku insan yang bersyukur".

Ada yang bertanya kepada saya "Aku telah telanjur, bagaimanakah aku nak cari lelaki yang baik. Ada ke lelaki boleh terima aku? Aku kotor dan jijik" Jawapan bagi saya adalah ya! pasti ada lelaki yang beriman (bukan saja baik) yang akan menerima anda jika anda betaubat dan tidak mengulangi perkara yang lalu. Lelaki yang beriman tidak akan mempertikaikan perkara yang lepas dilakukan oleh seseorang perempuan apabila dia telah benar-benar bertaubat. Hari ini dan hari mendatanglah yang patut di perhatikan. InsyaALLAH berbahagia selalu. Yakinlah kepada ALLAH nescaya dia akan temukan seseorang insan yang soleh dan menerimamu seadanya. 'Kotor dan jijik'. Satu sahaja yang boleh saya katakan bersucilah dengan taubat. InsyaAllah akan jadi suci dan bersih seperti kain putih yang suci tanpa kekotoran. Tidak dinafikan seseorang lelaki mahukan isteri yang tidak pernah disentuh oleh lelaki. Tetapi ingatlah wahai lelaki taubat dan keredhaan ALLAH lagi terutama. InsyaAllah ke syurga bersama.

Ramai pula yang inginkan lelaki dan perempuan yang baik (fitrah manusia). Tetapi mestila kita sendiri memperbaiki diri kita terlebih dahulu. Sucikan dan tambah ilmu dalam diri untuk medapat kurniaan rahmat dari ALLAH. Janji ALLAH pasti benar. Coraklah diri kita dengan kebaikan sebelum berniat dan berhajat untuk mendapat jodoh yang baik.

InsyaAllah semoga kita semua mendapat pasangan yang soleh solehah dan beriman. Sentiasa challengingly kita kepada ALLAH. Saling lengap melengkapi. Bersama cinta mencintai (suami isteri) kerana ALLAH. Pertemuan di mulakan dengan pernikahan. Sesungguhnya, jodoh pertemuan di tangan ALLAH dan ALLAH telah jadikan kita semua berpasang-pasangan.

Nukilan akan datang (InsyaALLAH);

  1. Bersabarlah..Ujian ALLAH

  2. Perpisahan.."Aku tidak boleh lupakan dia"?

  3. CINTA Ibu Bapa

  4. Impian..Realiti atau Fantasi

  5. CINTA Pandang Pertama

  6. CINTA kepada KEIMANAN

  7. CINTA..Yang Halal itu Halal, Yang Haram itu Haram

  8. Ikhlas aku padamu

  9. D.U.I.T

  10. Pesanan KEKASIH


Doakanlah...InsyaALLAH just terpikir tajuk-tajuk yang menarik..akan diusahakan menulis setiap hari selepas solat subuh.

"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"


- Saidina Umar Ibnul Khattab -



1 Response to "Jodoh Pertemuan"

  1. amoi.kiroro Said,

    Yuo R Right...when i faced one of the hardest moment in my life which i decided to leave him,ppl started to think narrow on me, as if saya lah yang jahat kerana meninggalkan dia. Tapi saya percaya janji tuhan, bukan bermakna dia baik, he is meant for me.If dia baik pun, tp berlaku curang pada saya berkali2, sy tak pasti samada lelaki ini yang Allah tentukan utk saya. pasti kerana lelaki ini belum merasakan saya yg terbaik utknya atau kerana dia ingin enjoy sepuasnya.Although he begging me to back to him, i am sure this time, Allah dh beri prtunjuk pd saya utk terus meninggalkan dia bdasarkan petandan solat istikharah..Alhamdulillah, my life is getting better now n i luv myself more than before.

     

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR