INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Kursus Pembangunan Insan Cemerlang siri 35/2009

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, July 24, 2009


Selama empat (4) hari tiga (3) malam penulis menetap di Coral Bay Resort Pulau Pangkor bermula dari 19 Julai 2009 sehinggalah ke 22 Julai 2009. Tujuan utama adalah untuk mengendalikan kursus Pembangunan Insan Cemerlang anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Seramai 39 peserta mendaftarkan diri pada kursus kali ini yang mana ianya dihadiri oleh kakitangan sokongan KPM terdiri daripada beberapa sekolah di kawasan utara seperti Perak, Kedah, Penang dan juga Perlis.

Bersama Asrul dan Hadi, penulis mengendalikan kursus sebegini berdasarkan kepada pembahagian FITRAH iaitu Nilai Fitrah, Nilai Intelek, Nilai Tertib, Nilai Rohani, Nilai Amal dan yang terakhir Nilai Hati. Alhamdulillah segalanya telah berjalan dengan lancar dan jayanya.
Konsep kursus yang dijalankan adalah dengan persembahan interaktif ceramah, latihan dalam kumpulan (LDK) dan juga permainan 'games'.

Keseluruhannya mengatakan kursus ini adalah yang terbaik berbanding kursus yang mereka telah sertai. Antara komen para peserta yang dapat dicoretkan di sini adalah;

Sangat bagus kerana dapat banyak ilmu yang belum kita ketahui. Diharapkan supaya kursus seperti ini dapat diteruskan
-Nurul Nazirah bt Ali
SEMPURNA!
- Muhammad Yuhan Wahyudi
Slot ceramah diselangi dengan sesi muhasabah dan motivasi diri patut dikekalkan. Syabas kepada para penceramah kerana berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya
Amat baik. Dengan adanya kursus ini, saya dapat belajar banyak perkara yang berkaitan dengan kehidupan. Saya amat bersyukur kerana berpeluang mengikuti kursus ini.
Kursus ini telah mengubah (melembutkan) hati saya yang keras, dapat mengawal hati menjadi sabar dan dapat mengenali diri sendiri.

Semoga segalanya mendapat intipati yang cemerlang berterusan daripada kursus ini.

SEMOGA SEMUANYA BERJAYA DAN CEMERLANG!

1 Response to "Kursus Pembangunan Insan Cemerlang siri 35/2009"

  1. NuryaMohd Said,

    alhamdulillah...keep it up k...

     

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR