Pada 12-15 Januari 2009 telah berlangsungnya Kongres Ekonomi Islam ke-3 (KEI-3) di Putra World trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Pelbagai presenter dari institusi-institusi bertauliah serta pakar-pakar ekonomi Islam membentangkan kertas kerja mereka. Antara yang pernah mengajar penulis adalah Prof. Muhammad Aslam Haneef dan Prof. Ahamed Kameel Mydin Meera.
Sememangnya mereka adalah pakar-pakar yang terbaik boleh didapati di negara kita pada hari ini.
Penulis sememangnya ingin mengikuti program seperti ini yang mana pasti memperbincangkan mengenai Ekonomi Islam. Tetapi selepas mencari info mengenai KEI-3, penulis mendapati peserta program ini terdiri daripada jemputan sahaja.
Agak merasa terkilan juga apabila menemukan info sebegini. Tetapi, untuk KEI-4 tahun hadapan 2010 penulis berazam akan menyertai program ini.
Maksudnya di sini, penulis akan berjuang agar dijemput menghadiri KEI-4 nanti. InsyaAllah, penulis amat yakin akan berjaya kerana strategi untuk memartabatkan diri sendiri telah di atur. Perancangan rapi akan diteliti semula untuk memastikan diri ini berjaya.
Pelbagai Perancangan dan perlaksanaan akan dirancang terutamanya di dalam bidang penulisan dan juga penerbitan. Tidak terlepas juga untuk memartabatan 'Event Management' yang akan diuruskan oleh penulis dan sahabat seangkatan.
Berbalik kepada KEI-3, penulis merasakan program sebegini adalah usaha yang sangat baik dalam memartabatkan Ekonomi Islam. Sememangnya Ekonomi Islam adalah sesuatu yang masih baru dan pelbagai usaha, program dan perlaksanaan perlu dilakukan untuk menaik taraf Ekonomi Islam itu sendiri. Semua pihak perlu bersama-sama menerapkan impian agar Ekonomi Islam berkembang dan dihormati.
Sesungguhnya aspek perlaksanaan Ekonomi Islam perlu diperjelaskan kepada semua pihak. Apa yang terpenting adalah permudahan dalam perlaksanaan, takrifan serta penyelesaian masalah. Persoalan-persoalan pasti akan timbul sesama kita dalam Ekonomi Islam ini. Yang terpenting pada ketika ini adalah perpaduan umat Islam dalam menyelesaikan kemelut Ekonomi Islam.
Penulis yakin jika Ekonomi Islam 'kuat' dan jelas, ia akan disegani oleh semua lapisan masyarakat domestik mahupun antarabangsa. Kesilapan dan kelemahan di dalam sistem Conventional seperti Capitalis, Sosialis perlu diperjelaskan kepada semua orang. Ekonomi Islam adalah sistem yang sememangnya adil untuk semua. Ini adalah pasti kerana Islam sendiri tidak mengambil kira kepentingan peribadi dan pihak-pihak tertentu.
Sebagai contoh dalam kemiskinan. Ini adalah masalah yang masih belum selesai sehingga ke hari ini. Sepatutnya umat Islam khususnya dan semua penduduk amnya tidak patut menghadapi satu penyakit yang memudaratkan iaitu kemiskinan itu sendiri. Hadis rasulullah ada menyebut "Kemiskinan membawa kepada kekafiran". Ini adalah asas yang terpenting perlu diperhati.
Seterusnya berkaitan tentang Islamization of Knowledge (IOK) atau dalam erti kata lain Islamisasi Ilmu Pengetahuan. Mengenai isu IOK masih sedikit perbincangan dilakukan. Perkara ini perlu diperluaskan skop-skop nya kerana ia melibatkan perkara yang amat penting iaitu ilmu pengetahuan.
Makluman semua bahawa Finance atau kewangan di anggap cabang yang besar dalam Ekonomi Islam. Ini adalah benar tetapi Ekonomi Islam itu teramat luas bidangnya. Kewangan Islam hanya satu skop yang kecil sahaja.
Sebenarnya banyak lagi perbincangan yang perlu dilaksanakan. Aspek-aspek perbincangan perlu diperbanyakkan dan diperjuangkan. Perjuangan dalam memartabatkan hendaklah dibuat dari semasa ke semasa.
Pakar-pakar Ekonomi Islam perlu dilahirkan kepada setiap generasi. Ini kerana usaha memperkenalkan dan menjelaskan tentang Ekonomi Islam masih tidak mencukupi. Pensyarah-pensyarah terutamanya yang mempunyai ilmu sebenar tentang Ekonomi Islam masih tidak mencukupi. Maksud penulis di sini adalah usaha melahirkan pakar atu tidak pun pendidik yang mempunyai ilmu Ekonomi Islam perlu dipertambahkan.
Institusi-institusi berkaitan seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hendaklah mempergiatkan subjek-subjek berkenaan Ekonomi Islam. Selain itu, pelajar-pelajar juga perlulah memupuk kesedaran dalam diri untuk memperjuangkan Ekonomi Islam. Apa yang menyedihkan adalah pemikiran pelajar-pelajar itu sendiri. Mereka tiada inisiatif untuk terus berjuang dalam mendalami Ekonomi Islam.
Dalam pemerhatian penulis, ramai pelajar selepas menjadi graduan lupa ilmu-ilmu yang dipelajari. ini mungkin skop kerja yang mereka lakukan tidak menepati apa yang mereka belajar semasa di universiti. Atau, mungkin juga mereka belajar hanya untuk mendapat keputusan cemerlang dalam pembelajaran dan mendapat kerja yang baik dengan pointer yang baik. Ketelusan dalam mendalami ilmu perlulah diperbetulkan. Seperti kata bijak pandai "Ilmu yang tidak diamalkan adalah seumpama pepohon yang tidak berbuah".
Di sini, penulis menyeru kepada semua pembaca khusunya dan semua orang amnya agar mendalami apa yang kita mahu perjuangkan dalam hidup. Biarlah gagal tetapi teruskanlah berjuang. Penulis berjanji pada diri untuk memperjuangkan ilmu yang ada pada penulis iaitu Ekonomi Islam itu sendiri. Walauapapun masih banyak yang penulis perlu berlajar dan selidiki.
Untuk Makluman semua pada 22-26 Januari 2009, Yapeim akan menganjurkan i-fest di Midvalley Convention Center. Marilah beramai-ramai kita ke sana. InsyaAllah penulis akan postkan detail program ataupun boleh terus ke website yapeim.
"Satu ketika, Kejayaan akan hadir jika kita terus berusaha"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Kongres Ekonomi Islam ke-3"
Post a Comment