

Kumpulan sasarannya adalah pelajar tingkatan tiga beberapa buah sekolah di kawasan Kedah. Jumlah para peserta yang hadir adalah lebih 200 orang yang mana mereka disertai oleh beberapa guru pengiring.
Perjalanan saya bersama sahabat Mohd Afiq adalah pada hari Jumaat jam 8 malam. Keseluruhannya ia mengambil masa dalam 5 jam. Jemputan dari beberapa ahli Tradesy amat dihargai. malam itu kami menetap di Hotel UUM yang diberi nama EDC.
Pada hari program keesokan harinya, slot saya akan bermula pada jam 11 pagi kerana pada permulaan slot pagi ia diisi oleh ceramah motivasi oleh Timbalan Consellor UUM sendiri. Saya sendiri akan mengisi dua slot iaitu pada 11.00pagi-12-30 tengahari serta 2.30petang-5.00 petang.
Slot pertama lebih banyak terarah kepada Strategi Pembangunan Bakat, manakala slot kedua di isi dengan Kerjaya Impian. Sememangnya bila memperkatakan tentang kerjaya, ia tidak dapat lari dengan bakat seseorang. Di sinilah saya memperkenalkan kepada seluruh peserta dan para hadirin dengan konsep bakat.
Seperti biasa apabila diajukan pertanyaan, 'Apa bakat anda?' semua masih terpinga- pinga dan seolah-olah sebelum ini tidak dideahkan dengan perkara berkaitan dengan bakat. Inilah realiti yang perlu diambil berat oleh semua pihak. Setiap orang amat penting untuk mengetahui bakat semulajadi yang ada pada diri masing-masing. Ini kerana bakat dapat memberikan seseorang memacu masa hadapan seseorang lebih cemerlang.
Dalam masa 1 jam setengah pertama, saya dapat lihat semua yang hadir amat memberikan tumpuan sepenuhnya. Saya pastinya memberikan yang terbaik untuk semua orang menjadi cemerlang dan sedikit sebanyak tahu dan kenal dengan bakat yang mereka punyai.
Setiap orang pastinya ada impian. Saya gemar untuk semua peserta saya mempunyai impian yang besar. Pembentangan daripada adik Mohd Tarmizi dan adik Syuhada memperlihatkan mereka mempunyai impian sejak dahulu lagi dan juga mempunyai impian masa hadapan.
Di sebelah petang pula, untuk slot yang ke-dua, ia lebih terarah kepada kerjaya impian masing-masing. Saya yakin setiap orang mempunyai impian kerjaya apa yang mereka mahukan. Inilah yang dikatakan merancang matlamat. Namun, ianya haruslah berdasarkan bakat yang mereka ada. Dengan inilah akan menjadikan bakat semulajadi kepada bakat kompetitif, strategik dan mapan.
Ujian-ujian personaliti dan perancangan matlamat telah disediakan kepada semua yang hadir untuk mereka lebih jelas matlamat sebenar bakat mereka. Ini adalah untuk mereka merancang daripada sekarang apa sebenarnya yang mereka perlu lakukan untuk mencapai matlamat mereka. Keutamaan kepada ilmu, perancangan strategik dan kemahiran adalah amat penting.
Secara keseluruhannya respons yang baik daripada para peserta serta guru memberikan harapan untuk mereka merentas masa hadapan. Harapan utama saya agar mereka semua dapat mendapat manfaat serta kebaikan atas apa yang saya telah kongsikan. Saya cuma berikan yang terbaik bagi memandaikan setiap orang.
Semoga seluruhnya mendapat kejayaan sebenar dan jelas atas kesungguhan dan keyakinan yang dipamerkan. Kepada para pelajar semoga mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR 2010 dan terus menerus merentas masa hadapan.
Untuk seluruh Tradesy, jutaan terima kasih atas jemputan yang amat menarik ini. Anda semua pasti menjadi fasilitator yang terbilang. Berdasarkan apa yang saya tahu semua daripada mereka bakal menduduki peperiksaan akhir semester satu minggu lagi. Semoga berjaya kepada semua saya ucapkan.
ALL THE BEST!

0 Response to "Ceramah di Universiti Utara Malaysia, Seminar Kerjaya Peringkat Negeri Kedah 10 April 2010"
Post a Comment