INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Laman Web Rasmi INSPIRASI BAKAT

Posted by Unknown On Tuesday, April 02, 2013 0 comments


Alhamdulillah.

Laman web rasmi INSPIRASI BAKAT telah berjaya dihasilkan sepenuhnya. Dengan ini bertambah satu lagi medium perantaraan Inspirasi Bakat.

Langkah ini sejajar dengan perkembangan semasa media sosial.

Laman web ini dapat dicapai melalui http://www.inspirasibakat.com.my.

Jadi FIT [Kurangkan Berat Badan]

Posted by Unknown On Monday, April 01, 2013 0 comments
Ramai yang pasti mahu turunkan berat badan. Apa yang penting, jangan langsung tidak makan. Makan sahaja asalkan kawal kalori makan. Kalori yang diambil mesti kurang daripada kalori yang dibakar. Nasi boleh makan tetapi hanya segenggam sahaja sekali makan. Yang penting kira kalori. Sekali makan jangan lebih 600 kcal.

Nasi lemak dan roti canai sekali seminggu sahaja. Kalau boleh elakkan terus lebih baik.


Jika mahu ambil makanan tambahan boleh sahaja tetapi ia tidak bantu membakar lemak jika tiada usaha lain. Ia sekadar 'tambahan'.

Jangan lupa diet + kardio + workout. Beri inspirasi kepada diri sendiri. Untuk turunkan 1kg perlu bakar 7700 kalori.

Cara ini yang sedang diamalkan. Alhamdulillah sedikit sebanyak menunjukkan kesan positif. Setiap hari ke gym dalam 1 jam. Treadmill, cycling, weight lifting dibuat lengkap dengan HIIT untuk hasilkan afterburn effect. Bila di rumah buat Tabata.

Lakukan mengikut ebook karya Kevin Zahri yang telah dibeli. Juga inspirasi sahabat Khalid Abu Naim. Terima kasih.

InsyaAllah akan tunjukkan hasil nanti.


Sedikit tambahan.

Kita bukan nak jadi kurus tetapi menjadi fit. Ramai semata-mata nak jadi kurus, itu yang tahan lapar dan tidak makan nasi langsung. Memang akan kurus tetapi jisim otot dan badan akan turun. Jika mula tabiat makan semula akan naik berat badan semula.

p/s: Untuk yang kurus dan ingin tambah berat badan juga perlu pergi gym.

Inspirasi Seni Kreatif | BEN HEINE

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, March 29, 2013 0 comments


KREATIF!

Ben Heine merupakan seorang artis, inventor "Pen vs Kamera". Seorang yang sangat meraikan bakat visual.

Kita boleh lihat hasil di atas bagaimana beliau meraikan kreativiti menggunakan pen dan kamera. Karya "Pen vs Kamera" menggabungkan lukisan dan fotografi, imaginasi dan realiti. Ia dicipta pada tahun April 2010. 

Kata-kata daripada Ben:

"I just make art for people. I want them to dream and forget their daily troubles. I used to write poems many years ago, I want to convey a poetic and philosophical meaning into my pictures, each new creation should tell a story and generate an intense emotion, like a poem, like a melody".

Karya beliau boleh dilihat di website beliau.


Apakata kita hasilkan karya kita sendiri. Mari!


GAMBAR: BENGKEL KEPINTARAN PELBAGAI 23-24 MAC 2013

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, March 29, 2013 0 comments
| | edit post

BENGKEL KEPINTARAN PELBAGAI 23-24 MAC 2013

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, March 29, 2013 0 comments



Kita percaya setiap daripada kita mempunyai kebolehan tersendiri. Ia perlu dikenalpasti dan dibangunkan untuk menjadi kelebihan itu digunapakai sepenuhnya. Ia perlu bermula sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Ia perlu diraikan sepenuhnya.

Oleh itu, satu Bengkel Kepintaran Pelbagai inisiatif Saidina Smart Consultancy telah diadakan pada 23-24 Mac 2013 bertempat di ibu pejabat Saidina Smart Consultancy sendiri. Seramai 50 peserta telah turut serta bengkel ini. Kebanyakan para peserta terdiri daripada pelajar tahun 3, 4, 5 dan 6. 

Bengkel ini dianjurkan atas inspirasi Prof Howard Garner meraikan lapan (8) kepintaran pelbagai iaitu bahasa, muzik, logik & matematik, interpersonal, intrapersonal, visual, gerak badan dan alam semulajadi. 

Alhamdulillah, aktiviti-aktiviti yang berteraskan ke arah kelapan-lapan kepintaran telah dilaksanakan dengan jayanya. Ia disertakan dengan tontonan video yang membangkitkan kepintaran mereka. 

Keseluruhannya, para peserta sedikit sebanyak dapat ilmu baru dan kenal kepada diri sendiri yang mana satu kepintaran yang mereka perlu raikan. Mudah-mudahan didoakan mereka dapat amalkan sebaik-baiknya kepintaran-kepintaran yang dimiliki mereka.

p/s: Ramai juga suka kucing, menyanyi, tonton filem dan baca komik. Satu lagi semua tersangat aktif! Semua seronok...



Inspirasi Caine Kepada Usahawan

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, March 29, 2013 0 comments


Berikut merupakan 5 panduan kepada usahawan yang ditulis oleh Caine (budak 10 tahun) semasa dalam kapal terbang:

1 Buat baik kepada pelanggan
2 Buat bisnes yang menyeronokkan
3 jangan menyerah kalah. (Caine bulatkan dan garis sebanyak tiga kali)
4 Mulakan dengan apa yang kita ada
5 Gunakan barang terpakai

Penjenamaan KURSUS KREATIVITI DAN INOVASI

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, March 29, 2013 0 comments


Inventor dan inovator berbeza.

Menjadi inovator tidak semestinya perlu menjadi inventor.

Kita berinovasi untuk menjadi Inovator. Inovator yang mencipta nilai..

Kami bersedia memberi inspirasi kepada saudara untuk menjadi inovator..

INFO: Salah satu program diinspirasikan oleh Inspirasi Bakat. 
Penjenamaan bagi Kursus Kreativiti dan Inovasi



Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR