Membina pasukan sebenar bertaraf kelas dunia adalah satu kepentingan dalam mencapai objektif dan tujuan yang jelas. Bagaimanakah ia perlu dibentuk? Ia terhasil daripada perlaksanaan kerjasama yang berkesan. Membentuk persefahaman yang berwawasan. Bukan itu sahaja. Elemen yang pelbagai terutama perkara positif perlu ada. Pasukan yang bertaraf kelas dunia adalah saling bersangkut paut satu dengan yang lain.
TEAMWORK.
Setiap daripada ahli saling tolong-menolong serta bantu-membantu tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Bertoleransi satu dengan yang lain. Setiap memainkan peranan tersendiri tetapi tetap dalam satu pasukan. Visi dan misi yang sama perlu digarap.
Setiap tugasan yang perlu diselesaikan mestilah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan rasa tanggungjawab. Kesungguhan serta keazaman yang teguh dan jitu pasti akan memberikan hasil yang terbaik.
Mendidik diri dengan ilmu pasukan mantap dan disegani. Belajar dan terus belajar menjadi landasan utama dalam memantapkan diri individu dengan ilmu yang terbaru serta terkini. Bukankah hidup ini perlu sentiasa belajar?
Membuktikan kejayaan berterusan dengan perancangan yang diteliti pada setiap masa dan ketika.
MOTIVASI PASUKAN
Satu pasukan yang kuat adalah sentiasa membangunkan diri dan melahirkan motivasi dalam setiap agenda. Motivasi didefinasikan kepada perkara pembangunan diri yang menjurus kepada melakukan sesuatu ke arah perkara yang baik dan memberikan manfaat dan bersesuaian.
Pasukan kelas dunia menjadikan motivasi sebagai perkara yang amat penting dalam membentuk perpaduan dan kebaikan dalam setiap ahli dalam pasukan itu sendiri. Diri secara luaran dan dalaman memberikan impak yang terbaik demi mencapai kejayaan bersama.
BERFIKIR DAN BERJIWA BESAR
Berfikirlah sebagai juara dari segala-galanya. Setiap ahli mempunyai minda dilengkapi dengan matlamat dan kualiti yang jelas. Setiap individu dalam pasukan dilengkapi dengan satu 'sistem diri' yang jelas ke arah yakin dan percaya. Setiap tindakan dilakukan dengan mempunyai matlamat dan pandangan jelas, teliti dan tepat.
Berfikir dan berjiwa besar akan menjadikan setiap ahli pasukan melakukan tindakan dengan lebih efisien dan produktif. Ia pasti akan menjana kehebatan dan kekuatan kepada pasukan keseluruhan sebagai pasukan kelas dunia.
TEORI
Teori EfPQ, Efficient + Productivity Quotient, perlu digunapakai untuk melengkapi konsep perpaduan dalam segala hal serta mencapai produktiviti jelas dan efisien.
Meletakkan diri sebagai satu kumpulan keluarga besar yang bertindak seperti SATU. Diperkatakan dalam pepatah Melayu 'cubit peha kiri, peha kanan juga terasa sakitnya'.
ALL FOR ONE, ONE FOR ALL- Musketeers.
Konsep dan teras kepimpinan mesti diterapkan pada setia individu dan ahli.
L= Listen
E=Explore
A=Action
D=Define
Membina kreativiti dan inovasi yang unggul. Membina potensi pasukan ke arah kecemerlangan dan kegemilangan yang tanpa sempadan.
Setiap perkara perlu diambil berat. Berilah penghargaan ke atas apa sahaja yang dilakukan. Pujian perlu diberikan kepada semua ahli terlibat.
"The best teamwork means appreciating and embracing differences"
Assalamualaikum. Wah kali ini membina pasukan kelas dunia? Memang hebat sekali penulisannya. Semoga berjaya.