Setiap orang mempunyai bakat yang dilahirkan secara semulajadi. Sesiapa sahaja pasti ada bakat pada dirinya. Apakah bakat anda? Adakah anda tahu tentang kegunaan bakat anda dalam membangunkan diri, ekonomi dan juga keluarga?
Kebanyakan peserta kursus motivasi yang saya anjurkan apabila ditanya tentang bakat mereka, banyak yang menjawab tidak tahu. Tergaru-garu kepala dan ada yang berfikir merenung kembali ke dalam diri. Mengapa terjadi begini ya? Ada pula yang bertanya kembali kepada saya, bagaimana mengetahui bakat yang kita ada. Pelbagai cara sebenarnya. Saya akan ceritakan kemudian mengenai cara-caranya.
Baiklah, kita kembali kepada persoalan bakat semulajadi. Awal frasa saya ada mengatakan bakat ini seumpama benih yang telah ditanam. Ia perlu disemai, dibajai dan disirami dengan secukupnya. Jika benih yang ada dibiarkan begitu sahaja ia tidak akan menjadi apa-apa. Tiada perubahan dan pengembangan yang berlaku. Fikirkanlah..
Benih yang telah ditanam hendaklah dijaga dengan teliti. Mungkin anda tertanya-tanya, mengapa saya ibaratkan bakat seumpama benih. Saya memang tamsilkan bakat dengan benih kerana tidak satu penafian dapat dilakukan dalam diri kita secara semulajadi, lumrah atau fitrahnya terdapat bakat yang perlu direalisasikan secara realiti. Anda setuju?
Semaian, baja dan disiram merupakan penerapan ideal bakat dengan sepenih hati, iaitu bermaksud gabungan hati, hasrat, impian, kehendak, target serta cita-cita. Gunakan air yang secukupnya ketika melakukan siraman. Baja pula gunakanlah baja yang bermutu tinggi dan berkualiti. Jangan lupa sinaran matahari mestilah secukupnya ya. Jangan disembunyikan di tempat gelap dan terselindung. Seperti tumbuhan hijau jelas terserlah kehijauannya apabuila diberikan sinaran matahari secukupnya. Bayangkanlah, tumbuhan berseri-seri dan tersenyum indah (seperti dalam kisah dongeng indah).
Apakah air, baja dan matahari yang patut digunakan? Berdasarkan tulisan Dr. HM Tuah Iskandar dalam bukunya Membina Imaginasi Cemerlang, air itu adalah ilmu, baja itu pengalaman dan matahari adalah aktiviti. Elemen-elemen penjernihan bakat tadi akan menjadikan benih diri akan cepat bertunas dan bercambah tumbuh dengan cepat. Jadi, jagalah dengan sebaik-baiknya dan seelok-eloknya. Mahukah kita lihat benih diri (Bakat) tumbuh menjadi pepohon atau pokok yang yang rimbun, berbunga dan berbuah menjadi bukti keindahan dari benih yang dipelihara.
Jadi, buktikan benih diri peribadi kita dapat dibuktikan menjadi pepohon yang indah dan segar memberikan erti KEJAYAAN BERTERUSAN. Saya yakin jika anda dapat mengenalpasti bakat yang ada pada diri kejayaan yang kita mahukan akan tercapai. Realisasikan bakat semulajadi anda untuk menggapai impian. Serlahkan kejayaan anda. Buktikanlah kerana semua ini datang dan bermula daripada minda kita sendiri. Yakin dan percayalah anda mampu dapat lakukan. Anda semua ada BAKAT! Serlahkan dan buktikanlah.
You can do it !
0 Response to "Bakat Semulajadi"
Post a Comment