1. Mengingat (Remember)
Permulaan kepada semua pembelajaran adalah menghafal dan mengingat. Kita disuruh menghafal sifir ataupun tarikh-tarikh penting seperti tahun kemerdekaan Tanah Melayu ataupun tarikh Parameswara datang ke Melaka. Proses ini menjadikan kita banyak maklumat tetapi tidak tahu fungsi dan objektif semua maklumat itu.
2. Memahami (Understand)
Peringkat kedua adalah menggunakan semua maklumat itu supaya diproses membentuk kefahaman. Apabila kita faham maklumat ataupun ilmu, kita tidak menghafal secara buta-buta sahaja. Ramai pelajar gagal melalui proses kedua ini kerana mereka belajar bagi menjawab peperiksaan dan bukannya bagi memahami. Kita mampu bezakan orang yang benar-benar faham ilmu dengan orang yang sekadar menghafal sahaja.
3. Menggunakan (Apply)
Peringkat ketiga adalan proses menggunakan kefahaman itu dalam bentuk yang berguna. Ilmu yang berbentuk fakta dan konsep dapat digunakan bagi tujuan yang berguna. Ramai orang belajar sehingga peringkat universiti, faham apa yang diajarkan tetapi tidak tahu cara menggunakannya. Kefahaman dalam bentuk kemahiran teknikal dan skil lebih jelas cara menggunakannya.
4. Menganalisa (Analyize)
Peringkat keempat adalah proses yang memerlukan kita menganalisa idea-idea sedia ada. Pertanyaan bagaimana, mengapa, siapa dan apa perlu dijawab dengan sebaik-baiknya.
5. Menilai (Evaluate)
Proses menilai adalah proses yang terarah kepada cara idea ataupun bahan itu dihasilkan. Sama ada ia baik, lemah ataupun menarik, semuanya terletak pada proses yang kelima ini. Ia proses penting bagi mendapatkan inovasi yang betul-betul dapat diguna pakai dan memberi manfaat kepada orang ramai.
6. Mencipta (Create & Innovate)
Pada abad ini, tujuan mutlak kita ke sekolah adalah membina keupayaan, membangunkan bakat dan mewujudkan kemahiran menjadi inovator. Cabaran kita adalah melalui proses pembangunan minda inovasi ini secara sedar dan mencapai tahap keenam.
Assalamualaikum.
Definisi, maksud atau makna menjadi kata carian yang paling popular untuk blog http://helmisuhaimi.blogspot.com.
Hari ini saya ingin hadiahkan salah satu bab buku 'SAYA REMAJA INOVATIF' iaitu 'APA ITU INOVASI?' Mudah-mudahan dapat memberi manfaat kepada semua dalam mendalami inovasi.
............................................
Definisi inovasi secara mudah ialah penghasilan perkara baru yang memberikan manfaat, nilai serta faedah kepada semua orang. Ia melibatkan proses ciptaan seperti produk, proses, sistem, struktur organisasi dan model perniagaan baru ataupun yang diubah suai.
Perkara yang terlibat dalam inovasi adalah menjawab soalan, membuat keputusan dan mempermudahkan hal melalui pelaksanaan kreatif. Penglibatan inovasi menyeluruh dalam pelbagai perkara dan keadaan. Ia tidak terhad kepada satu perkara sahaja.
Sebenarnya inovasi berlaku di mana-mana sahaja. Sama ada di rumah, sekolah dan sebagainya. Selagi perkara ataupun ciptaan itu layak dan sesuai dengan definisi di atas, maka ia inovasi.
Orang kampung juga ada inovasinya sendiri. Pernahkah kita melihat pemerah air tebu yang digunakan orang kampung pada zaman dahulu? Ini sebelum mesin air tebu dihasilkan. Ia inovasi orang kampung sama seperti bubu (buluh penangkap ikan) dan lain-lain lagi.
Di sekolah juga banyak inovasi yang pernah dihasilkan guru dan pelajar. Beberapa pelajar Sekolah Teknik Kuala Kerai, Kelantan menghasilkan penyapu elektrik menggunakan bahan terbuang seperti penyapu, mesin kipas angin dan besi buruk. Ini membuktikan inovasi ada di mana-mana sahaja.
Kita perlu tahu inovasi bukan sekadar produk tetapi juga melalui perkhidmatan, pelajaran, perniagaan, kepimpinan, pembentukan pasukan dan lain-lain lagi.
......
Dalam proses belajar, kita sebenarnya melalui enam proses. Lebih tinggi tahap kita, semakin baik kualiti dan kesan pembelajaran kita. Proses itu adalah seperti berikut:
Untuk lebih jelas dalam mengenali dan mendalami inovasi, untuk permulaan bolehlah dapatkan buku 'SAYA REMAJA INOVATIF' di kedai-kedai buku berdekatan tempat tinggal saudara.
Masa Untuk Inovasi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
May I know, Inovatif ialah perkataan daripada dasar kata inovasi? Dan definisinya sama ke tidak??