INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Tips Kekeluargaan | Bangunkan Kreativiti Anak-Anak

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, February 07, 2013

SIFAT ingin tahu, spontan atau mempamerkan bakat semula jadi antara ciri yang ada pada anak-anak. Selain itu, anak-anak juga cepat tertarik pada perkara baru. Ibu bapa mungkin mengetahui atau menyedari ciri-ciri itu pada anak mereka dan tidak keterlaluan jika dikatakan si anak mempunyai kreativiti secara semula jadi.

Jika menyedari anak memiliki sifat sedemikian, apa salahnya mencari kaedah mendidik di samping mempertahankan kebolehan mereka. Ada di kalangan ibu bapa menjerit-jerit apabila si anak menconteng dinding atau mencalar buku kakak dan abang semata-mata menunjukkan minat melukis.

Ibu bapa harus mengembangkan atau membawa hala tuju anak-anak ke arah yang lebih positif supaya mengenal pasti minatnya yang sebenar.

Panduan berikut mungkin dapat membantu ibu bapa menangani atau mengenal pasti sifat anak-anak sehingga dapat mengembangkan bakat mereka ke peringkat maksimum.

- Adakah kita menerima segala kelebihan dan kekurangan anak?
 - Adakah kita menghargai kelebihannya dan membantu anak mengatasi kelemahannya?
– Adakah kita menyedari setiap individu unik, tidak sama dan tidak akan dapat disamakan dengan anak orang lain?
- Tahukah anda kreativiti mempunyai banyak dimensi dan mungkin dimensi kreatif anak anda tidak sama dengan anda?
- Sudahkah anda mengenal pasti minat dan bakat anak anda satu persatu?
- Adakah anda memberi dorongan apa yang dilakukan si anak atau marah kepada mereka?
- Adakah anda memberikan perhatian kepada apa yang mereka buat, contohnya cuba melakukan aktiviti bersama?
- Adakah anda sering memperkenalkan perkara baru kepada mereka atau rela menyembunyikannya?
- Adakah anda berinteraksi dengan anak-anak sama ada cara santai atau buat-buat marah?
- Adakah anda memberi ruang waktu, tempat dan kemudahan termasuk bahan-bahan supaya anak menjadi lebih kreatif?
- Pernahkah anda memberikan projek khusus berkaitan minat supaya daya kreatif mereka dapat dipraktikkan?
- Adakah selama ini anda berminat dengan hasil projek mereka atau sekadar minat dengan proses mereka saja?
- Adakah anda menilai hasil tangan mereka dari sudut pandangan anda tanpa menggunakan perspektif penilaian anak-anak?
- Adakah anda membantu menguatkan lagi kebolehan mereka?

Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi mempertahankan kreativiti anak-anak. Antaranya ialah membangunkan keperibadian anak dengan kasih sayang bersandarkan kasih sayang, ibu bapa akan menerima anak seadanya. Jangan memaksa mereka menjadi orang lain memandangkan setiap individu unik. Contohnya, Saidina Umar dan Abu Bakar meskipun berlatar belakang agama yang kuat, mereka tetap berbeza. Bagaikan bintang, semuanya akan bergemerlapan. Terang atau tidak sesuatu bintang itu tidak akan menggelapkan cahaya bintang yang lain.

Seperti yang diperhatikan di kalangan sahabat baginda Rasulullah saw, mereka semuanya kreatif tetapi dimensinya berbeza. Salman Al-Farisi misalnya mahir dalam perang parit dan Umar Al-Khattab mahir dalam tertib lalu lintas. Abu Bakar As-Siddiq pula mahir dalam ekonomi Islam manakala Khalid Al-Walid mahir dalam perang moden. 

Memberi motivasi dan semangat

Sama seperti berpuasa dan solat berjemaah bersama, mengapa tidak melakukan ibadat berkenaan bersama anak-anak untuk mengembangkan lagi bakat mereka?Ibu bapa boleh membantu anak melaksanakan sistem yang dapat mengembangkan bakat dalam dirinya.

Misalnya, memberi ruang waktu mencukupi, tempat atau bilik selesa dan menyediakan bahan diperlukan untuk menampung bakat mereka.Ibu bapa juga boleh membabitkan diri secara bergilir-gilir kerana ada masanya mungkin anak mahu bersendirian membuat kerja mereka dan ada masanya mereka memerlukan anda.Suasana harmoni juga harus dipelihara supaya tidak menyekat kebolehan anak-anak.Apabila segala keperluan sudah disediakan, ibu bapa harus bersikap rasional.

Pastikan tidak menilai anak mengikut perspektif sendiri. Jangan terlalu cerewet kerana ia boleh membantutkan perkembangan anak-anak. Contohnya, apabila anak boleh mengira daripada satu hingga 10, berikan pujian padanya dan ganjaran walaupun dia mungkin mengambil masa untuk mencapai kemajuan itu.

0 Response to "Tips Kekeluargaan | Bangunkan Kreativiti Anak-Anak"

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR