Beliau mengusahakan tanaman pisang di tanah berkeluasan anggaran 35 ekar (Subhanallah). Varietinya adalah pisang helang dan pisang berangan.
Dibantu oleh 3 orang pekerja daripada Indonesia, tanamannya kini berusia 5 bulan. Dijangka akan mula kutip hasil sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Pelbagai cabaran dan dugaan telah beliau hadapi dengan tabah dan cekal. Sesungguhnya pemerhatian saya sendiri beliau seorang anak muda yang bersemangat waja dan berwawasan. Beliau telah berhabisan beratus-ratus ribu untuk membangunkan ladang ini, hanya hasil yang menanti. Pasaran sudah ada jangkaan kasar minimum RM1.2 juta akan diperolehi nanti.
Anak muda seperti inilah yang perlu dicontohi oleh anak-anak muda yang terpelajar di universiti untuk benar-benar berjaya. Bukankah 99% punca rezeki daripada perniagaan.
Mudah-mudahan inspirasi hebat seperti beliau dapat jadi contoh sebenar.
Jika berusaha pasti berjaya!
NOTA: Selepas kutip hasil beliau bercadang untuk usahakan cili padi di tanah 15 ekar (ladang fasa pertama). Untuk makluman beliau usahakan tanah 15 ekar dahulu kemudian bakinya.Malah beliau akan buka lebih banyak ladang.
