
Di sini, saya kongsikan bahagian pengenalan hasil tulisan untuk buku berbentuk kepimpinan.
Pengenalan
“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang pemimpin Negara adalah pemimpin kepada rakyatnya dan dia bertanggungjawab kepada mereka, seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang wanita adalah pemimpin dan dia bertanggungjawab terhadap rumahtangga suaminya dan bertanggungjawab terhadap pimpinannya.”
Hadis Riwayat Bukhari Muslim, Abu Daud, Al-Tirmizi dan Ahmad

Bagaimana pula dengan saintis membuat kajian? Saintis jika ingin tahu punca atau sebab sesuatu perkara berlaku pasti mereka akan membuat ujikaji dan kajian menyeluruh. Sebagai contoh jika ada sesuatu penyakit yang baru muncul seperti selsema burung, saintis berhempas pulas dan bekerja keras untuk menghasilkan ubat-ubatan untuk merawat penyakit tersebut. Hasilnya terbukti dengan terhasilnya ubat yang mampu merawat penyakit yang timbul.
Masih tertanya-tanya apakah itu eksplorasi? Jangan bimbang, saya akan jelaskan sepenuh-penuhnya dalam bab seterusnya berkenaan dengan apa itu eksplorasi. Teruskan membaca sehingga selesai ya.
Salah satu soalan yang asas dan selalu ditanyakan ialah, adakah seseorang pemimpin itu memang sejak dia dilahirkan dia sudah memiliki bakat-bakat yang diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin apabila dia besar kelak? Ataupun, adakah bakat memimpin itu sebenarnya bukan bakat semula jadi, sebaliknya ia adalah kemahiran-kemahiran yang boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja yang bercita-cita hendak menjadi pemimpin?
Kita semua tahu, setiap individu mempunyai bakat semulajadi tersendiri.
Setiap individu adalah pemimpin. Namun, pemimpin yang bagaimana perlu ditunjukkan. Dengan bakat, pemimpin yang berkarisma dan mempunyai aura kepimpinan lebih dapat ditonjolkan dengan jelas.
Kita perlu elakkan, 'jika seseorang menjadi pemimpin dia menjadi pemimpin yang teruk.' Bakat kepimpinan jika dilatih dengan betul bakal melahirkan seorang individu yang berkemampuan memimpin dan dipimpin pada bila-bila masa sahaja. Setiap hari kita adalah pemimpin. Tentang gaya dan cara kepimpinannya terpulang dengan dirinya tersendiri.
Saya percaya kita perlu mendefinisikan bakat kepimpinan terlebih dahulu. Eksplorasi Bakat Kepimpinan menjelaskan kepimpinan dari segi aspek bakat. Ia perlu dieksplorasi dan dijelajah sedalam dan sejauh mana yang mungkin.
“Menerajui Kepimpinan Masa Hadapan”
Sejauh manakah persiapan kita untuk meraikan bakat kepimpinan masa hadapan? Apa yang telah kita lakukan? Kita perlu bermula mulai hari ini. Ini kerana kitalah generasi masa hadapan yang akan mencerminkan bagaimana bentuk dan acuan masa hadapan. Masa hadapan bermulai daripada hari ini.
Siapa lagi pemimpin jika bukan kita sendiri. Kita adalah pemimpin yang mempunyai banyak kuasa, visi dan misi. Kita pasti akan dapat persiapkan diri kita dengan bakat kepimpinan.
Wira-wira serta panglima-panglima perang untuk berjuang di medan peperangan akan membuat persiapan awal dari segi fizikal, mental, emosi dan peralatan. Strategi disusun dengan tertur untuk mengelakkan kemusnahan dan kerosakan kepada seluruh batalion. Arah utara, timur, barat dan juga selatan perlu diketahui dengan baik. Formasi pasukan perang juga perlu betul. Prinsip peperangan adalah tidak mengaku kalah dan terus berjuang mempertahankan apa yang perlu.
Pakar persilatan dan ilmu pertahanan diri di seluruh dunia akan persiapkan diri dengan ilmu dengan kuat. Gaya yang seimbang dengan setiap pergerakan betul mencerminkan kehebatan sesuatu ilmu pertahanan diri.
Bagaimana pula dengan kita. Adakah kita bersedia? Kita juga perlu persiapkan diri kita dengan lengkap terutamanya dengan bakat kepimpinan.
Mari kita mulakan eksplorasi..
INFO: Buku ini dalam proses penulisan terakhir. Di jangka akan diterbitkan di bawah terbitan PTS Publications & Distributions Sdn Bhd. Akan Datang..