Sekolah dan juga universiti pasti mempunyai iltizam untuk menggalakkan para pelajar menjadi seorang usahawan. Kerana itu ditubuhkan kelab-kelab dan persatuan usahawan di setiap sekolah dan universiti.
Namun terlalu kurang menggalakkan setiap pelajar menjadi usahawan tani. Pendedahan potensi pertanian terlalu sedikit malah ada yang 'zero'. Kerana itu jugalah pelajar mengganggap kerja bertani sebagai kerja yang berpendapatan rendah.
Sampai bila kita perlu import produk pertanian negara luar sedangkan kapisiti dan tanah kita ada. Dan juga tidakkah terlalu banyak tanah yang tidak diusahakan di sekitar kita?
Menjadi inspirasi untuk memberikan pendedahan dan inspirasi kepada setiap pelajar sekolah dan menengah berkaitan industri tani. InsyaAllah mereka akan lebih nampak jelas keseronokannya dan potensinya. Bahkan kreativiti dan inovasi dan pertanian kita boleh bentuk dari pelbagai aspek.
Saya akan membentuk pasukan untuk kita lebih memberi nafas baru yang kreatif dan inovatif kepada industri tani kita.
Ada sahabat yang berminat, jom!

0 Response to "USAHAWAN TANI : PELAJAR SEKOLAH DAN UNIVERSITI"
Post a Comment