 |
Gambar: Bot-bot nelayan di Jeti Serkam. |
Antara topik yang saya paling minat semasa menuntut ilmu ekonomi adalah perkara membasmi kemiskinan.
Petani, nelayan, kerja kampung antara kumpulan yang terdedah kepada kemiskinan walaupun hari ini jika bergaji RM3000 di bandar juga dikategori sebagai miskin.
Inovasi sosial perlu dilakukan.
Pagi tadi dapat berbicara dengan seorang nelayan berusia 30-an yang baru pulang dari laut.
Hasil tangkapan hari ini hanyalah 3 ekor ikan mayong, 3 ekor ikan senangin dalam kadar masa 4 jam. 1 ekor ikan mayong untuk makan sekeluarga. Ikan senangin telah ditempah orang lain. 2 ekor lagi ikan mayong saya beli dengan sekilo RM10 dengan jumlah harga RM23 (Jika dipasar harganya akan lebih lagi).
"Semalam dapatlah RM30, sehari sebelum RM20. Ikut nasib juga jadi nelayan."
Jika lebih hasil, dapatlah mereka lebih gaji harian.