Nama yang bagaimana patut ibu bapa berikan kepada anak-anak? Berikan yang terbaik untuk anugerah yang sangat terbaik. Terutamanya adalah nama. Nampak mudah tetapi amat besar maknanya.
Islam sendiri menggalakkan ibu bapa untuk memberikan nama yang baik untuk anak-anak. Kita lihat perkara sebegini juga diambil berat oleh Islam. Mengapa agaknya? Ini kerana nama kita akan sering dipanggil di mana-mana sahaja kita berada.
Apabila ada nama yang elok, cantik dan indah maksudnya, ibu bapa panggillah dengan nama yang telah diberikan. Bukankah setiap kata-kata yang diucapkan kepada anak-anak merupakan doa-doa yang secara tidak langsung membina diri anak-anak sejak mula-mula nama diberikan.
Maksud Nama
Adakah anda tahu maksud dan makna nama anda? Jika sudah menunjukkan anda prihatin kepada diri sendiri. Jika belum cuba cari maksud nama anda. Sudah pasti nama-nama kita ada maksudnya. Jika tiada tidak mengapa asalkan nama itu tidak membawa maksud yang buruk.
Nama menggambarkan dan mencerminkan diri kita sendiri. Sebagai contoh jika kita diberikan nama yang bermaksud kelembutan, sopan santun insyaAllah sifatnya akan terarah kepada maksud nama itu sendiri.
Jangan pula memberikan nama yang membawa maksud yang membawa maksud buruk seperti Rozina, perempuan yang berzina, perempuan pembawa kayu api dan lain-lain lagi. Nama yang bermaksud buruk akan terarah kepada perilaku buruk. Perkara sebegini perlu diperhatiklan betul-betul oleh ibu bapa.
Cipta Semangat Dari Nama
Bagaimana? Sudah tahu maksud nama sendiri? Sekarang anda ambil sehelai kertas A4. Tuliskan nama anda ke bawah. Selepas itu lihat awalan nama contoh H= Hati yang ikhlas, E=Emosi yang stabil, L=Lakukan yang terbaik, M= Minda yang positif, I=Intelektual menjana diri. Tuliskan perkara-perkara yang baik dari nama kita sendiri.
Semoga apa yang kita lakukan terarah kepada realiti. Kita cuba ambil semangat dari nama. Untuk ibu bapa, cuba didik anak-anak untuk menghargai nama yang telah kita berikan. Ajar mereka untuk mendapat semangat yang hebat dari nama mereka. Ini bukan sahaja akan mengajar mereka berfikir kreatif bahkan meningkatkan kekuatan minda dan memotivasikan mereka sendiri.
Ada Apa Pada Nama?
Ada yang mengatakan ada apa pada nama. Mereka menganggap nama apa-apa sahaja pun tidak mengapa. Dengan nama kita dapat mengenal tentang diri kita sendiri. Nama memberikan implementasi yang sangat hebat kepada perjalanan kehidupan sehari-harian dan juga masa hadapan. Dinamakan manifestasi diri.
Kita panggil sesuatu dengan nama. Nama merupakan ekspresi diri yang amat bermakna. Kajian menunjukkan jika kita panggil sesuatu secara berulang-ulang ia akan menjadi mengikut apa yang dipanggil. Begitu jugalah dengan nama. Anak-anak akan lebih bersyukur jika mengetahui dengan jelas nama yang diberikan kepada mereka. Ibu bapa sebenarnya bersusah payah memberikan nama kepada anak-anak. Pelbagai perbincangan dilakukan.
Tips Memberikan Nama Terbaik
Di sini saya sertakan beberapa tip untuk kita memberikan nama yang terbaik kepada anak-anak. Harapannya agar nama yang telah diberikan akan terjadi sebagai doa yang terarah kepada kebaikan.
- Letakkan nama-nama yang berlandaskan ama' Allah iaitu asmaulhusna
- Namakan dengan nama-nama para nabi dan rasul
- Namakan dengan nama para sahabat atau para anbiya'
- Pastikan maksud nama adalah maksud yang elok dan baik
Assalamualaikum. Nampaknya ada perubahan dalam menulis sekarang. Baguslah. Nama adalah doa untuk diri sendiri. Ramai orang memberikan nama yang baik tetapi gagal memanggil anak-anak mereka dengan nama yang baik tersebut. Alangkah ruginya.
Waalaikumussalam. Perubahan bagaimana ya? Betul. Nama sendiri adalah doa.