Sememangnya konsep berfikir positif perlu diterapkan ke dalam setiap minda diri kita semua. Malah konsep berfikir dan berjiwa besar lebih efektif jika diamalkan. Ia akan menjadi lebih hebat dari biasa. Inilah yang dinamakan from good to great.
Seorang pemimpin hebat sentiasa melakukan sesuatu bukan sekadar ala kadar. Segala-galanya akan berusaha untuk mempamerkan keterampilan dan ketokohan diri. Tujuan utama adalah kepada sesuatu yang dipimpin seperti kumpulan mahupun diri sendiri.
Bukankah kita semua adalah pemimpin?
Berani Mengambil Risiko
Padanya setiap apa sahaja di depan mata adalah peluang yang perlu diambil demi kejayaan. Beliau tetap memikirkan sedalam-dalamnya apakah ancaman yang bakal ia hadapi. Namun, begitu, pemimpin seperti ini melihat ancaman dalam krisis itu masih terdapat peluang. Inilah pemimpin yang hebat dan disegani. Ini kerana ia adalah seorang pemimpin yang berani mengambil risiko untuk berjaya.
Sesuai dengan satu legal maxim, tiada risiko tiada keuntungan. Lihat betapa pentingnya mengambil risiko. Namun, risiko perlu diminimakan. Bolehkah risiko menjadi minima? Ia terpulang ke atas diri kita sendiri. Kita boleh uruskan risiko sebenarnya.
Jika risiko yang kita ambil menjadikan sesuatu perkara berjaya, syukurilah. Jika gagal, teruskan usaha untuk mencapai matlamat sebenar. Usah menyerah kalah.
Sistematik, Kreatif dan Inovatif
Setiap keputusan dan tindakan yang diambil diselami sedalam-dalamnya. Ia akan berfikir secara sistematik, kreatif dan juga inovatif. Dapatlah kita ketahui yang mana maksud sistematik adalah mengikut tindakan langkah demi langkah serta mendahulukan apa yang utama atau step by step approach (langkah demi langkah).
Kreatif dan inovatif pula bermaksud mencetus kepada idea yang baru dan melaksanakan pembaharuan kepada sesuatu yang sedia ada. Ia adalah seorang pemimpin yang mempunyai wawasan yang jitu. Persepsi yang mudah dan jelas membuatkan orang lain lebih memahami apakah jalan dan matlamat perjuangannya.
Mulai hari ini lakukan sesuatu secara sistematik, kreatif dan inovatif. Anda pasti menjadi pemimpin hebat!
Berpandangan Helang
Kita lihat bagaimana seekor helang terbang tinggi. Kurniaan yang hebat bagi seekor helang adalah mempunyai sepasang mata yang sangat hebat. Cuba kita bayangkan, bagaimana seekor helang yang terbang tinggi di angkasa dapat melihat mangsanya seperti arnab yang berada di lapangan tanah. Dengan pantas dan hebat, si helang yang tadinya terbang tinggi akan menyambar mangsanya iaitu makanannya.
Ungkapan di sini mempamerkan yang mana seorang pemimpin itu sentiasa melihat sesuatu dengan berpandangan jauh. Pandangan jauh penting untuk menetukan matlamat masa akan datang melalui apa yang dipimpinnya. Segala apa yang berlaku pasti akan dicari penyelesaiannya dengan hebat. Ia melihat sesuatu perkara sebagai peluang yang hebat.
Jadi mulai sekarang hentikan dari melihat sesuatu untuk jangka masa yang pendek. Fikirkan apa yang berlaku jika keputusan yang kita ambil akan memberikan impak yang lebih hebat dari biasa. Jadilah setajam pandangan helang.
Buka fikiran, Buka minda.
0 Response to "Jadilah Pemimpin Berfikir dan Berjiwa Besar"
Post a Comment