Di bawah ini ada beberapa soalan yang ditanya serta jawapan yang saya telah berikan
Persoalan dan Jawapan
"Saya kadang-kadang keliru antara minat dan bakat. Saya minat mengarang puisi tapi saya tak tahu saya berbakat atau tidak. Mungkin tidak. Saya juga minat menulis cerpen dan saya telah publish cerpen2 saya di iLi untuk dapatkan feedback. [boleh bukak profile saya..] Ada yang puji dan ada juga komen. Tq semua. ^^,Persoalan bakat untuk diri saudari perlu dijawab dengan segera. Ini kerana jika kita sendiri keliru dengan bakat kita ia sendiri akan menjadi 'pembunuh' kepada bakat kita. Pada masa ini kita perlu revolusi bakat yang ada pada diri kita. Perlu menjawab 4 soalan yang pernah saya kemukakan terdahulu.
Macam mana nak tahu kita ada berbakat atau tak? Ada ke istilah 'mengasah bakat'?
Ada tak sesiapa di sini tahu apa bakat saya?"
Untuk menjawab persoalan saudari tentang bagaimana nak tahu bakat atau tidak, 4 soalan itu saudari sendiri perlu jawab dengan jujur kepada diri sendiri.
Istilah mengasah bakat ada. Ini kerana bakat yang tidak diasah akan menjadi sia-sia sahaja. Contohnya jika kita tahu bakat kita dalam bidang apa tapi tidak diasah ,ia akan berkarat. Bakat itu akan kembali terendam dan terpendam saja. Maksudnya di sini bakat sahaja tidak mencukupi. Proses memahami dan mendalami bakat perlu berterusan. Kita lihat bagaimana orang yang telah berjaya menggunakan bakat mereka.
Mengenai apa bakat saudari perlu dilihat oleh diri saudari sendiri. orang lain mungkin boleh membantu tetapi diri saudari sendirilah yang tentukannya. Seperti saya hanya berikan guideline sahaja.
"sama la saya pun..saya minat melukis..yang pasti saya minat melukis sebab masa darjah tiga tengok kawan lukis perempuan pakai baju pengantin..cantik..jadi sendiri mula melukis..tapi nak belajar lukisan mana peluang.kat sekolah pun belajar lukisan takat gitu2 je..kebanyakan masa saya cuma tahu sketch tapi bila masuk mewarna rosak habis."Maaf jika saya katakan pelajar zaman sekarang tidak mengambil jurusan dan juga belajar sesuatu di universiti tidak berdasarkan bakat yang ada. Ini kerana di Malaysia bakat tidak dititikberatkan sejak dari kita kecil lagi. Bahkan kita mengambil kos mengikut orang lain ataupun disuruh oleh orang lain.
Proses pengenalan bakat perlu diberikan pendedahan.
"Pendengar yang baik pun bakat jugak ke?"Ya betul. Ia merupakan salah satu bakat yang tidak ramai orang boleh buat. Kita lihat bagaimana seseorang itu boleh menjadi kaunselor yang hebat. Dia gunakan bakat yang ada dengan sebaik-baiknya untuk membantu ramai orang.
Dia terbalik sebenarnya. Minat akan datang jika ada bakat. Bukan minat dahulu.
"setuju...sebab mak memang paling tak suka saya dan adik melukis..kata mak tu kerja tak berfaedah..bukan mengata mak..logik la emak fikir macam tu sebab mak nak anak2 dia belajar..lagi2 adik saya kalau dah melukis semua benda dia lupa..Ibu bapa perlu melihat skop kejayaan dari skop yang luas. Jika ada bakat melukis kita boleh gunakan lukisan sebagai economic engine. Letakkan bakat di tempat yang betul, berfaedah dan bermanfaat. Sebagai contoh architect. Ia memerlukan bakat melukis. Kita lihat bagaimana arkitek-arkitek hebat membuat pelan lukisan yang hebat. Dan juga bagaimana pelukis-pelukis menjual lukisan dengan harga lebih 10,000 ringgit.
lagi satu mentaliti saya pun kuat kata , kalau jadi pelukis susah cari makan..orang kaya boleh la ada duit nak keluar modal..hehe..
yang pasti sekarang melukis jadi hobi untuk time bosan2.tapi pernah terlintas juga nak buat komik kalau boleh komik yang bebentuk dakwah sebab ramai orang suka baca komik..hehe termasuk saya..suki desu.."
Benar. Mentaliti perlu tepat dan berlandaskan dunia sebenar. Sebab itu saya katakan kita perlu diterangkan konsep bakat supaya kita dapat pandu masa jadapan kita berdasarkan bakat yang wujud dalam diri.
Apa pula bakat anda? Anda yakin dengan bakat anda?
Apa bakat anda?
0 Response to "Soal Jawab Bakat di Forum iLuvislam"
Post a Comment