�Perubahan adalah satu perkara mencipta sesuatu perkara yang lain dari perkara yang asal atau sebelumnya. Saya lebih gemar fokuskan kepada memberikan makna nilai kepada diri kita sendiri. Ia merupakan proses yang sangat bermakna demi kejayaan sebenar.
Saya yakin semua orang pasti mempunyai rasa untuk berubah. Sejahat mana mahupun seorang pernjenayah 'terkenal' pasti terdetik untuk melakukan perubahan kepada diri sendiri. Mungkin jauh di lubuk hatinya sahaja tersimpan secara mendalam.
Perubahan seumpama seekor ulat beluncas yang berubah menjadi seekor rama-rama yang cantik.
Mengapa Perlu Berubah?
�Ramai orang mahu dan perlu berubah. Tiada sesiapa akan mahu diri mereka statik sahaja. Tetapi adakah mereka tahu sebab-sebab perlu berubah ya? Keutamaan diberikan untuk melakukan penambaikan daripada perkara asal.
Perubahan perlu untuk menjadikan diri kita lebih baik dari hari semalam. Bermula hari ini kita berubah untuk menjayakan masa hadapan. Di sinilah saya memperkatakan konsep merentas masa hadapan.
Pernahkah kita terfikir siapakah dan bagaimanakah keadaan kita pada 10 tahun akan datang? Cuba kita sama-sama reningkan. Jika boleh catatkan segala apa yang kita fikirkan. Ia menjadikan manifestasi perubahan kita lebih dekat dan jelas.
Bagaimana Untuk Berubah?
�Ramai yang berkata, jika anda tidak tahu kelemahan diri ia akan menghalang anda berjaya. Benar atau tidak? Adakah mengubah atau 'polish' kelemahan ia akan menjadi kepada kekuatan yang menentukan masa hadapan anda?
�Dalam modul sekolah bakat, kelemahan akan diurus supaya tidak menjadi risiko kerugian. Kelemahan diri boleh diperbaiki tetapi ia tidak akan menjadikan diri kita hebat. Contohnya saya seorang yang lemah dalam membuat keputusan detail, kalaupun saya mampu memperbaikinya dengan latihan dan amali harian, saya tidak akan menjadi sehebat 'eagle eyes'.
Jadi bagaimana caranya? Caranya mudah sahaja kenal pasti kelemahan diri dan kurantin kelemahan itu supaya tidak merugikan diri.Dari menangguh kepada lakukan sesuatu dengan segera. Lakukan secara konsisten dan langkah demi langkah.
Ego dalam diri mesti dielakkan untuk perubahan bermula dan menampakkan hasil serta impak positif. Ikhlaskan dan jujurkan diri.
Bila Masa Untuk Berubah?
�Masa untuk berubah tiada waktu yang spesifik. Bila-bila masa sahaja boleh berubah dari biasa kepada hebat. Segala-gala ditentukan berdasarkan apa yang kita lakukan untuk merealisasikan perubahan sebenar. Adakah kita melakukan perubahan dengan bersungguh-sungguh dan cara yang sebenar.
Biarlah perubahan itu kekal secara berterusan dan berpanjangan bukan sekadar dalam masa-masa tertentu sahaja. Saya tertarik dengan kisah Nabi Musa dengan ahli-ahli sihir. Cuba kita renungkan kisah yang dinyatakan dalam Al-Quran itu. Bagaimana ahli-ahli sihir yang begitu bongkak bertuhankan Firaun tiba-tiba berubah dan terus beriman kepada Allah. Segalanya berkaitan dengan hidayah Allah. Apa yang kita mampu lakukan adalah berusaha secara berterusan mengikut apa yang kita mahu ubah.
Lakukan Yang Terbaik & Hebat
�Setelah kita tahu bagaimana dan bila untuk berubah, lakukan yang terbaik dalam segala aspek untuk menjadikan kita lebih berjaya. Jangan sekadar melakukan sekerat jalan dan ala kadar sahaja. Cuba beri makna dan nilai tinggi kepada sesuatu perubahan yang ingin dilakukan.
Sukar merealisasikan perubahan jika tida kesungguhan dan konsisten. Untuk menjadi yang terbaik dan hebat, rancangan dan pelan perlaksanaan perlu tepat dan strategik. Kata kuncinya adalah usaha dan FOKUS. Percaya diri serta yakin kita mampu juga perlu. Maksudnya di sini segalanya berasal darip minda kita.
Perubahan Bermula Dengan Diri Sendiri
�Segalanya terpulang kepada diri sendiri untuk mencipta perubahan diri. Set your positive mindset, and look for bright future. Fokuskan kepada kehebatan diri dan bakat yang memberikan impak kejayaan sebenar.
Satu soalan pernah diajukan kepada saya, "Orang kata, kita akan berusaha sebab ada motivasi diri. Kalau dia tahu kelemahan diri tetapi tiada yang memberi motivasi kepadanya untuk berubah, bagaimana ya? Adakah semua bergantung kepada diri sendiri?
Pada saya, sememangnya diri perlu menjadi keutamaan. Pihak lain hanya memberikan bantuan dari segi jalan perubahan seperti perunding motivasi. Perkara yang memotivasikan adalah terpulang atas apa sahaja pada diri kita juga. Gunakan penetapan minda sebagai prospek perubahan.
Visualisasikan ke arah apa yang kita mahu jadi. Yakin dan percaya kita mampu merentas masa hadapan.
Komited dan Komitmen Untuk Berjaya
�Melakukan perubahan memerlukan komitmen yang berterusan (istiqamah) yang mana dimulai dengan langkah sedikit demi sedikit dan langkah demi langkah.
Walaupun ke ahir hayat kehidupan ini, diri ini tidak akan berputus asa dan mengalah. Di tangan ini masih terdapat benih untuk ditanam dan disemai. Semoga segalanya dipermudahkan kita menjadi jalan bagi merentas masa hadapan dengan jayanya.
Usah Menyerah Kalah
�Ada yang bertanya kepada saya mengenai mereka cuba untuk berubah, namun tetap sama sahaja. Tiada apa-apa yang berlaku. Semuanya seolah-olah biasa sahaja. Tiada kehebatan yang dirasakan kepada dirinya.
Teruskanlah berusaha untuk merealisasikan perubahan kepada diri untuk menjadi lebih hebat. Masa akan menentukan bila kita betul-betul akan berjaya. Jangan sesekali menyerah kalah. Ada yang mengambil masa hampir 10 tahun untuk berubah dari biasa kepada hebat. Ada juga yang sekejap sahaja sudah berubah. Seperti yang saya katakan, segalanya bermula dengan diri kita sendiri.
Bersabarlah dan jangan sesekali berputus asa. Hidup ini sendiri merupakan perubahan. Tiada jalan pintas untuk berjaya melainkan merealisasikan perubahan.
Jangan berharap terjadi perubahan kalau kita sendiri enggan berubah dan jangan berharap terjadi perbaikan kalau kita tidak memperbaiki diri.
Buka minda, Buka Fikiran..
0 Response to "Merealisasikan Perubahan"
Post a Comment