Bakat adalah kelebihan yang ada pada diri anda yang mungkin lebih dari 10,000 orang di luar sana. Bukat bukanlah potensi mahupun minat. Bakat adalah perkara yang telah wujud sejak kita dilahirkan. Disebabkan itulah adanya ungkapan bakat semulajadi. Bakat akan mencipta minat dan seterusnya akan mencipta potensi.
Apa Bakat Anda?
Mengikut kajian dan pemerhatian saya ramai sebenarnya yang masih tidak tahu dan keliru dengan bakat masing-masing. Seperti rakyat Malaysia. mereka seolah-olah menganggap bakat hanyalah kepada hal berlakon, menyanyi, menari sahaja. Malah tidak lebih dari itu.
Benar, setiap manusia dikurniakan bakat tersendiri. Cuba nyatakan bakat anda.
Setiap apa bakat semulajadi kita perlu dibentuk dan diusahakan agar tidak menjadi bakat terpendam sahaja. Dalam diri kita terdapat banyak bakat-bakat semulajadi. Bukan sekadar satu sahaja. Perlu bangunakan semua bakat yang 'terpendam dan terendam'.
Seperti bakat melukis, memang benar perlu ada bakat dalam komunikasi. Ianya perlu untuk menerangkan konsep lukisan dan menjual lukisan itu kepada orang ramai. Seperti juga bakat bercakap. Jika bakat bercakap tidak digunakan sebaik-baiknya. Contohnya sekadar bercakap di kedai kopi sahaja, bakat itu akan terbazir. Maksudnya di sini adalah bakat perlu digunakan sebaik-baiknya untuk meningkatkan diri.
Apa bakat anda?
Pecahan Bakat
Bakat boleh memajukan diri untuk pemangunan diri sendiri. Ada bakat yang kita tahu hanyalah memberikan kepuasan kepada diri sahaja bukan untuk economic engine.
Bakat terdiri daripada 4 bahagian:
-Bakat SemulajadiAdakah bakat anda boleh menjadikan anda from Good to Great?
-Bakat Kompetatif
-Bakat Strategik
-Bakat Mapan
Lets think about it together.
Anda Yakin Bakat Anda?
Saya apabila anjurkan kursus seminar pembangunan bakat, suka saya bertanya kepada para peserta, apa bakat anda? Ramailah yang tergaru-garu dan seolah-olah pening kepala. yang menjawab pula saya tanya sekali lagi, anda yakin dengan bakat anda? Macam-macam ragam ditunjukkan. Juga tergaru-garu.
Adakah anda sebegitu? Harapan saya agar kita semua semakin yakin dengan bakat yang ada pada kita. Kepada yang masih tidak yakin perlu terus ekplorasi bakat masing-masing.
Mungkin ada yang berkata, "Ah, dah terlambat aku nak kenal bakat aku". Sebenarnya masih belum terlewar kerana kita semua masih ada masa selagi kita berada di muka bumi ini.
Adakah bakat anda boleh menjadikan anda from Good to Great?
Lets think about it together.
Jawab 4 Soalan Ini- Persoalan Bakat
Untuk lebih jelas bakat anda (mungkin ada yang masih keliru), sila jawab 4 persoalan ini:
Bagaimana? Sudahkah anda menjawab soalan-soalan di atas? Jika sudah saya ucapkan tahniah. Anda pasti boleh mengetahui bakat anda. Mulai hari ini majukan diri kita untuk terus berjaya.
1. Adakah anda lakukan dalam hidup perkara yang anda benar-benar minat?
2. Adakah apa yang anda lakukan perkata dalam hidup sesuatu yang mudah?
3. Adakah sesuatu yang kita lakukan memberikan kepuasan sepenuhnya kepada diri?
4. Adakah perkara yang kita lakukan itu berdasarkan 3 soalan di atas menjadikan diri kita lengkap dan seolah-olah bersatu
Buka Minda, Buka Fikiran
Merentas Masa Hadapan
tertarik dengan artikel nie..
bagi sy, daripada bakat, timbul matlamat yang ingin dikejar..btl tak?
mohon tunjuk ajar..
hafizulfaiz lan: Terima kasih diucapkan.
Apabila kita tahu bakat kita, kita akan fokus halatuju dan gunakan kelebihan serta kekuatan diri kita unruk menjadi lebih hebar dan berjaya. Kita akan fokus kepada matlamat sebenar menggunakan bakat kita.