INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Puzzle of Life

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, January 11, 2010
Dalam hidup ini banyak teka-teki sebenarnya yang perlu dijawab. Betul atau tidak? Siapakah yang perlu menjawab soalan teka-teki itu? Kita sahajalah yang mampu memberikan jawapan yang terbaik. Jalan-jalan kehidupan kita perlu sentiasa kita renungkan setiap masa. Jangan sesekali kita terlepas pandang atas apa yang kita lakukan. Namun, benarlah kita ini hanyalah insan yang lemah sahaja. Pasti atau tidak kesilapan dan kesalahan akan berlaku. Tiada siapa yang sempurna dalam hidup ini.

Lumrah manusia untuk sentiasa ingat mengingati antara satu dengan yang lain. Itulah peranan setiap manusia. Siapa yang lupa kita ingatkan. Siapa yang melakukan kesilapan kita tegur. Bagaimana cara untuk tegur? Caranya adalah dengan berhikmah. Lakukan dengan cara yang juga mengingatkan diri kita.

'The Maze'

Pernahkah anda pernah melalui laluan the maze? Mungkin sukar mencarinya di Malaysia ini. Tetapi saya yakin anda pernah melihatnya dalam filem-filem. Diperlihatkan kepada kita bahawa amat sukar untuk mencari jalan keluar. Ia juga digelar jalan yang tiada penghujung (A road without the end). Hanya ada satu jalan masuk dan satu sahaja jalan keluar. Mahukah anda melaluinya?

Tempat permulaan iaitu jalan masuk ditempuh untuk mencari jalan keluar yang satu. Jika tersalah pilih jalan akan sesatlah nampaknya. Amat menarik sebenarnya kerana ia amat menguji. Ujian bagaimana ya? Ujian kesabaran, kecekalan, ketabahan, kesungguhan juga ketajaman minda. Maksudnya di sini ia melibatkan spiritual, fizikal, emosional dan juga intelektual. Jika kita benar-benar dapat membayangkan atau membuat imaginasi, sudah pasti kita mampu menemui jalan keluar. Jangan pula buntu dan mati akal ya.

Jalan Hidup

Jadi, apakah pengajaran yang anda dapat tentang the maze? Ia berkaitan dengan jalan hidup. Matlamat jika sudah dimulai perlu disudahkan dengan kejayaan. Namun harus diingat yang mana jalan hidup kejayaan akan dipenuhi dengan pelbagai onak duri, ranjau mahupun berliku-liku. Bukan senang untuk berjaya dan bukan susah untuk gagal. Tetapi janganlah pula kita memilih jalan kegagalan.

Pastinya pelbagai persoalan hidup yang dihadapi yang menyebabkan ramai yang berputus asa, tidak yakin dengan diri sendiri dan juga takut untuk mencuba. Contoh persoalan yang wujud adalah, "Mampukah aku untuk mencapai matlamat?", "Layakkah aku berjaya", "Aku give up", "Tak perlulah aku berangan-angan ni. Cukuplah hidup sekadar sahaja sudahlah".

Selesaikan Masalah

Inilah contoh masalah yang wujud dalam diri. Awal-awal lagi sudah meletakkan perkara negatif. Tetapkan mindset untuk merasakan diri kita mampu. Penuhkan minda dengan perkara-perkara positif. Bagaimana caranya untuk menghadapi masalah? Di sini saya sediakan tips untuk kita segera menghadapi masalah:
  1. Selidik masalah yang wujud. Ingat, jangan lari daripada masalah!
  2. Senaraikan informasi dan juga fakta berlandaskan kepada masalah. Berbincang dengan pakar dan orang yang berpengalaman.
  3. Senaraikan langkah menyelesaikan masalah. Senaraikan cara yang sesuai untuk counter. Buat pelan tindakan.
  4. Take Action. Amat penting untuk bertindak. Jika tidak sia-sia sahaja tips 1-3. Disiplinkan diri untuk sentiasa lakukan apa yang dirancang.


Puzzle mesti diselesaikan dengan segera dan lakukan dengan cemerlang!
Bersama kita menuju kejayaan dan merentas masa hadapan.

0 Response to "Puzzle of Life"

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR