Mari raikan bakat dan potensi masa hadapan.
Di kesempatan ini sejuta kemaafan dan kasih sayang dipohon kepada semua. Disusun sepuluh jari sebagai tanda kemaafan. Jika ada kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan sama ada sengaja atau tidak sengaja, minta dimaafi.
Semoga kita sentiasa dirahmati dan dikasihi sentiasa dengan kesih sayang Allah. Jadikan lebaran ini sebagai tanda kesyukuran sentiasa.
Selamat Datang Bulan Ramadhan……….
Do’a Malaikat Jibril menjelang Ramadhan:
“Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad,
apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut :
Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami istri;
Tidak berma’afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan amiin sebanyak 3 kali.
Dapat kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah
dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
Tanpa Disedari
11 bulan
banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan
tak semua menyejukkan,
11 bulan
banyak perilaku dan Sikap yang kita perbuat tak menyenangkan,
11 bulan
banyak keluhan, kebencian, kebohongan, kesombongan
menjadi sebahagian dari diri,
saatnya istirehat dalam pemuasan nafsu duniawi
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,
saatnya mensyukuri indahnya kemurahanNya
saatnya memahami makna mensucikan diri

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kitaPada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercintaAmanah yang diberi
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Perjuangan untuk kesejahteraan bersama adalah matlamat terutama. Dirinya hanyalah untuk melihat kejayaan anak bangsa demi masa depan gemilang. Dedikasi dan matlamat yang diterapkan untuk mendidik menjadi tujuan teguh. Cinta mereka kepada pelajar-pelajar dijadikan sebagai adik-adik atau anak-anak sendiri. Dicurahkannya sepenuh perhatian sama rata.
Puji dan marahnya seorang guru adalah bersebab. Tiada niat mereka untuk mencari kesalahan yang dilakukan bagi seorang pelajar. Pada para pelajar hormatilah guru kerana mereka menyampaikan ilmu yang berguna. Hikmah pelajaran yang ditunjukkan membawa ke arah kecemerlangan.
Sama-sama kita renungkan bait-bait puisi di bawah;
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Profesor petah bersyarah
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini seorang Doktor pakar segala
Jika hari ini seorang Akauntan hebat kira-kira
Jika hari ini seorang Eksekutif syarikat ternama
Jika hari ini seorang Jurutera yang berjaya
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca!
Tanpa guru… siapalah kita, siapalah kita hari ini.
Bagi guru teruslah berjuang dengan mendidik generasi kini dan mendatang. Kami tetap memberi sokongan dan sentiasa merindui serta mengingati jasamu. Syukur dipanjatkan ke atas ilmu yang dikau curahkan menjadikan kami kenal siapa diri kami.
Janji kami adalah untuk berbakti kepada agama, diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Kami doakan guru-guru bahagia dan gembira selalu. Sekalung budi kami sampaikan kerana madah ilmu. Ilmu yang diberikan akan dijadikan panduan demi kejayaan.
Terima kasih guru.
SELAMAT HARI GURU
Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharapkan rahmat Allah dan kedatangan Hari Kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah.12 Rabiul Awal tahun gajah merupakan kelahiran utusan Allah yang terakhir untuk seluruh umat manusia. Nama diberi Muhammad bin Abdullah. Dilahirkan oleh seorang ibu bernama Aminah. Tiada pernah melihat siapa ayahnya kerana ayahnya telah meninggal dunia sebelum baginda dilahirkan. Halimatussaadiah menjadi ibu susuannya. Ini adalah budaya kaum Arab untuk seseorang bayi yang dilahirkan untuk dicari ibu susuan.Surah Al Ahzab: 21
Setelah umur baginda 6 tahun, ibunya pula meninggal dunia di satu kawasan bernama Abwa'. Semasa itu baginda dan ibunya dalam perjalanan pulang ke Mekah dari Madinah. Tiada terkira sedihnya baginda menjadi anak yatim. Kehilangan ayah dan ibu semasa kecil merupakan satu kehilangan yang besar.
Namun, baginda tetap di jaga oleh datuk baginda Abdul Mutallib. Beliau adalah seorang pembesar Quraisy yang mashyur dan disegani. Dijaga baginda dengan penuh rasa kasih sayang tanpa berbelah bahagi bagai menatang minyak yang penuh. Baru sekejap merasa kasih sayang dari seorang datuk, Abdul Mutallib pula meninggal dunia. Kehilangannya amat dirasai bukan sahaja kepada baginda, tetapi juga kepada seluruh penduduk mekah.
Selepas itu baginda dipelihara oleh bapa saudara baginda yang bernama Abu Talib. Beliau merupakan pengganti kepada datuknya iaitu sebagai pembesar kaum Quraisy. Bagai anak sendiri, baginda dicurahkan dengan penuh rasa kasih sayang.
Meningkat dewasa baginda di ajar ilmu perniagaan dan dagangan. Baginda juga diriwayatkan seorang pengembala kambing. Baginda sentiasa mengikut bapa saudaranya berdagang. Dari situlah baginda mempelajari segala ilmu dagangan. Dikatakan juga dalam perjalanan pergi ke tempat dagangan bersama bapa saudara baginda, seorang pendeta menyampaikan sesuatu. Dilihatnya Muhammad sebagai manusia terpilih dan teragung. Diperkatakannya agar Abu Talib menjaga baginda sebaik-baiknya.
Bertemu baginda dengan seorang wanita bernama Siti Khadijah. Khadijah merupakan seorang pedagang wanita yang berjaya. Beliau amat disegani ramai kerana sifatnya yang mulia dan seorang dermawan. Baginda membantu Khadijah dalam dagangannya. Oleh kerana tertarik dengan sifat baginda yang jujur Khadijah meminta saudaranya untuk meminang baginda. Baginda bersetuju untuk bernikah dengan Khadijah. Bermulalah satu hubungan suci yang sentiasa bersama-sama baginda mengharungi kehidupan mendatang.
Diriwayatkan Baginda tidak pernah bersama-sama dengan kaum arab yang di ketika itu melakukan aktiviti yang merosakkan. Sebagai contohnya membunuh anak perempuan, tidak menghormati hak wanita, minum arak dan berjudi, menyembah berhala dan lain-lain lagi. Baginda amat tidak menyukai perilaku-perilaku kaum baginda. Ada kisah menyatakan ketika baginda remaja ada satu pesta keramaian. Baginda merancang untuk menghadirinya namun ketika hampir ke pesta baginda ditidurkan sehingga pesta selesai. Ini menunjukkan baginda sentiasa dipelihara.
Salah satu peristiwa sejarah besar adalah ketika Mekah dilanda bah besar. Kaabah rosak teruk dan perlu diperbaiki. Ketika meletakkan Hajaratul Aswad atau batu hitam, ramai pemimpin-pemimpin bergaduh. Semuanya ingin menjadi orang yang meletakkan semua Hajaratul Aswad ke tempat asalnya. Setelah berbincang baginda di pilih untuk meletakkan Hajaratul Aswad.
Di masa ini baginda mengemukakan agar dihamparkan kain besar dan Hajaratul Aswad diletak di tengah-tengah hamparan kain. Dengan kebijaksanaan baginda semuanya berkemampuan mengangkat Hajaratul Aswad. Melalui peristiwa ini baginda digelar 'Al-Amin' yang membawa masud 'Yang dipercayai'. Ini menunjukkan ketokohan baginda menyerlah sejak baginda masih muda remaja.
Ketika keadaan kaumnya yang semakin teruk baginda mengambil keputusan untuk bersendirian di gua Hira'. Peristiwa inilah permulaan baginda diangkat menjadi Rasul utusan Allah. Dalam baginda bersendirian, baginda didatangi Malaikat Jibril untuk menyampaikan wahyu pertama kepada baginda iaitu suran Al-'Alaq.
Ketakutan baginda didatangi Jibril. Jibril bersuara "Akulah Jibril ditugaskan Allah untuk menyampaikan wahyu kepadamu. Dikau merupakan utusan Allah yang terakhir." Menggigil-gigil baginda apabila mendengarkan ucapan baginda. Seterusnya Jibril berkata, "Bacalah". "Aku tidak tahu membaca", Jawab baginda. Setelah beberapa kali Jibril menyeru "Bacalah", baginda tetap menjawab "Aku tidak tahu membaca". Sehinggalah apabila Jibril meneruskan pembacaan barulah baginda dapat menyambung ayat. Begitulah kurniaan Allah kepada baginda. Daripada tidak tahu membaca kepada fasih.
Berlari ketakutan baginda keluar dari gua Hira' setelah menerima wahyu daripada Allah. Khadijah tetap menjadi peneman baginda di setiap masa. Inilah ciri-ciri yang diperlukan pada seorang isteri. Begitu besarnya peranan yang diberikan untuk suami tercinta. Diselimutkan baginda seperti seorang yang berada dalam kesejukan. Di ketika itu juga diwahyukan kepada baginda wahyu kedua iaitu surah Mudatsir.
Bermulalah tugas baginda untuk menyebarkan ajaran Islam yang tercinta. Pelbagai ugutan serta ancaman diterima oleh baginda. Namun, sokongan daripada Khadijah dan sahabat baginda menguatkan lagi semangat untuk berjuang menyebarkan dakwah kepada semua. Bapa saudaranya mempertahankan baginda agar tidak di apa-apakan anak saudaranya. Tetapi ini tidak bermakna Abu Talib telah Islam.
Apakan daya, setiap yang bernyawa pasti akan meninggalkan kita. Itulah yang beralaku kepada Abu Talib. Setiba masa untuk beliau pergi buat selama-lamanya, baginda Rasulullah menziarahinya. Baginda tetap mengajak bapa saudaranya memeluk Islam. Namun begitu, beliau tetap tidak mengucap dua kalimah syahadah. Telah dinyatakan bahawa hanya hidayah Allah boleh menyebabkan seseorang itu menerima Islam. Begitulah maksud surah Al-Baqarah: 256 dalam erti tiada paksaan untuk seseorang menerima Islam. Begitu indahnya ajaran Islam.
Memohon baginda agar Allah memasukkan bapa saudaranya ke dalam syurga. Hakikatnya, Allah tidak membenarkannya. Apa yang dikurniakan Allah adalah meringankan siksaannya. Menangis kesedihan baginda atas pemergian bapa saudara yang dikasihi. Pemergiannya seorang bapa saudara yang menjaga baginda sedari kecil sehinggalah menjadi utusan Allah. Seorang yang juga mempertahankan baginda daripada kaum kafir yang ingin menghapuskan baginda.
Satu lagi peristiwa yang menyebabkan baginda bersedih berlaku. Isteri tercinta Saidatina Siti Khadijah pula meninggalkan baginda. Khadijah adalah wanita yang banyak membantu baginda memperluaskan ajaran Islam. Segala aspek diserahkan kepada baginda baik dari segi moral, motivasi, harta dan segalanya. Beliau jugalah penghibur baginda pada bila-bila masa. Perjuangan baginda pasti akan disertai Khadijah.
Inilah masa-masa yang ditunggu-tunggu musuh Islam untuk menjerat dan menghancurkan baginda. Pelbagai taktik dan perlaksanaan dirancang untuk menjatuhkan baginda Rasulullah. Namun, kesabaran dan kekuatan iman menjadi tera utama dalam usaha dakwah.
Pada 27 Rejab tahun ke 11 sesudah baginda diangkat menjadi Rasul, satu lagi peristiwa besar iaitu mukjizat kepada baginda berlaku. Ianya adalah Isra' Mi'raj. Berlakunya perjalanan dari Mekah ke BaitulMaqdis , terus ke langit ke tujuh dan Sidratul Muntaha hanya pada satu malam sahaja. Di situlah baginda menerima perintah tentang Solat Lima Waktu. Sejarah memperkatakan bahawa solat sebenarnya lebih daripada lima waktu. Namun, atas prihatin kepada umatnya, dimohon kepada Allah untuk mengurangkannya sehinggalah hanya kepada lima waktu sahaja.
Peristiwa ini bukan sahaja untuk membuktikan keagungan Allah, namun ianya menguji keimanan umat Islam untuk mepercayai kekuasaan Allah. Bagi pihak kaum kafir Quraisy ianya menjadi salah satu senjata untuk menjatuhkan keimanan umat Islam. Hanya mereka yang benar-benar beriman mempercayainya. Inilah ujian bagi umat Islam dalam keimanan.
Hari demi hari, tiada terperinya penyeksaan dikenakan ke atas umat-umat Islam. Hijrah perlu dilakukan. Inilah titik permulaan tahun hijrah iaitu penghijrahan baginda serta umat Islam dari Mekah ke Madinah. Salah satu peristiwa penting diperingati dari masa ke semasa. Mujahirin Mekah diterima baik oleh Ansar Madinah.
Di sini baginda Rasulullah dilantik menjadi ketua pemimpin. Bermulahlah era pemerintahan Islam yang terbaik. Pejuang-pejuang Islam ramai dilahirkan dan Islam semakin berkembang. Masjid-masjid di bina dan semua kaum tidak kira umat Islam atau bukan Islam menerima hak yang sama rata. Tiada perbezaan dikenakan ke atas mereka. Para pendakwah semakin ramai merantau dan berhijrah ke seluruh pelusuk dunia menyebarkan ajaran Islam tercinta.
Pelbagai peperangan juga berlaku di antara Mekah dan Madinah. Mereka kaum mekah masih tidak berasa puas dengan menghalau baginda dari bumi mekah. Namun begitu, Islam tetap menang dari segala aspek. Pertolongan dari Allah serta terutama kesungguhan umat Islam berjihad menjadi aspek utama kemenangan Islam.
Syarat-syarat peperangan perlu dipatuhi semua pejuang. Ianya seperti tidak membunuh kerana nafsu, tiada membunuh bukan pejuang, wanita dipertahankan, rumah ibadah tidak dihancurkan, yang bersembunyi tidak dibunuh, tanaman tidak dirosakkan dan lain-lain lagi. Pada satu ketika sahabat Rasulullah semasa peperangan diludah musuh semasa pertarungan. Namun, tiada dibunuhnya si musuh. Ditanya si musuh, "Mengapa kamu tidak membunuh aku ketika kamu mempunyai peluang". Dijawabnya dengan jawapan, "Aku tidak membunuh kamu kerana ketika itu nafsu marah menyelebungi aku. Aku akan mendapat dosa jika membunuh kamu kerana nafsuku".
Perjanjian damai juga ada yang berlaku di zaman itu. Sehinggalah pada satu ketika baginda berserta umat Islam kembali semula ke Mekah untuk menunaikan Haji Wada' pada 25 Zulkaedah 10H. Di saat inilah pertama kali haji ditunaikan. Di ketika ini pada 8 Zulhijjah 10H, Rasulullah menyampaikan khutbah di bukit Arafah. Ini merupakan amanat terakhir baginda kepada umat Islam. Sejarah yang amat besar pada bulan Zulhijjah. Di sinilah bermulanya perlaksanaan haji kepada umat Islam.
Selepas beberapa bulan pulang menunaikan Haji, baginda Rasulullah diserang demam beberapa hari. Pada ketika itu baginda meminta Saidina Abu Bakar untuk menjadi imam. Umat Islam tertanya-tanya apakah yang berlaku kepada baginda Rasulullah. Ada yang tidak bersetuju dengan keadaan ini.
Ramai yang menjangkakan bahawa baginda Rasulullah tidak akan mati kerana baginda adalah utusan Allah. Namun, baginda sendiri adalah manusia biasa. Kematian adalah pasti bagi semua insan.
Pada usia baginda 63 tahun, tepat 12 RabiulAwal 11H tibalah detik dan waktu kewafatan baginda. "Ummati, Ummati". Inilah ucapan yang dilafazkan baginda ketika di saat-saat kewafatannya. Tiada berbelah baginya baginda memperingati umat-umat Islam. Dikasihinya tanpa memilih kasih. Inilah seorang pemimpin yang sentiasa mengambil berat semua orang tanpa mengira bangsa.
Perjuangan suci baginda dalam menyebarkan agama Islam sentiasa diperingati setiap masa. Ucapan selawat ke atas Rasulullah perlu dilafazkan setiap masa sebagai tanda cinta dan kasih kepada baginda. Ingatilah dan ikutilah setiap tindak tanduknya.
Sambutan tahun baru diadakan setiap tahun di mana-mana sahaja. Bergembira dan bersorak-sorakan dilaksanakan sesiapa sahaja. Cukuplah jika kita mengucapkan selamat kepada semua. Tidak perlulah menghabiskan masa dengan terlampau bergembira.
Bersyukurlah umur kita masih ada dan tetaplah membuat kebaikan serta mencegah kemungkaran. Berdoalah agar kita dipanjangkan umur untuk terus membuat amalan untuk agama, diri, keluarga, masyarakat dan seluruhnya.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Di sini, penulis mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1430 kepada semua dan semoga tahun hadapan akan ditempuhi oleh kita dengan semangat ISLAM yang berterusan. Yang mana dirasakan kurang dalam amalan tambahkanlah dan semoga kita terusan beramal kepada ALLAH dengan ikhlas.
Bersama-sama ini juga penulis ingin mengajak semua mengamati kisah penghijrahan RASULULLAH Nabi Muhammad SAW beserta para sahabat dan umat ISLAM. Semoga penghijrahan, akhlak, hidup RASULULLAH menjadi panduan, pedoman serta tauladan dalam hidup kita sehari-harian.
Sempena Ma'al Hijrah 1430H terusanlah memperbaiki diri kita dan memperjuangkan ISLAM yang tercinta. Doakanlah semoga kita semakin menjelaskan yang benar. Mari kita tanamkan azam-azam yang menjadikan kita insan cemerlang dan terbilang.
Sekarang ku masih lagi di sini. Di bumi UIA menuntut ilmu yang tidak akan habis di dunia ini. Ilmu yang diamanatkan oleh diri, ibu bapa dan kesemuanya.
InsyaAllah untuk semester baru ini aku semakin berazam untuk menjadi yang terbaik.
Berikutan dengan tahun 2009 yang semakin mendatang aku harap diri aku mempunyai 'idea' perancangan untuk memartabatkan diriku, keluargaku, agamaku dan keseluruhannya..
Azam yang terbaik akan diperhasilkan serta dibuktikan. InsyaAllah.
Bukan terlalu 'confident' tetapi hanya meyakinkan diri. Lagi pula apa salahnya confident bertempat. I mean 'berusaha'. Berusaha InsyaAllah berjaya. Yang pasti aku nak menjadi semakin baik dengan perancangan InsyaAllah beserta hasil yang mendatang.
Amin.
P/S: Untuk pengetahuan semua. Cara tulisan di blog ini akan merubah mengikut perancangan peribadi. InsyaAllah. Tetapi tetap berteraskan kehidupan.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Assalamualaikum Semua.
Alhamdulillah kita akan bersama-sama meraikan satu lagi hari yang penuh bermakna dalam kalender ISLAM untuk tahun 1429 Hijrah. Hari yang penuh dengan kisah pengorbanan dan perjuangan. Hari yang juga di syariahkan kepada kita umat ISLAM meraikan dengan mengerjakan Haji di MEKAH Mukarramah. Adakah kita berimpian, berusaha dan bersungguh-sungguh untuk menunaikan Haji seperti yang telah difardhukan dalam ISLAM.InsyaAllah, marilah kita berimpian dan berusaha untuk ke MEKAH kerana telah termaktub di dalam Rukun Islam ke-5. Kita di ajar untuk menunaikan Haji bagi yang mampu. Persoalan: Apakah maksudnya 'yang mampu'. Jawapan: InsyaAllah kita semua mampu. Percayalah. Yang penting sama ada kita berusaha atau tidak. Jika kita terlebih mampu dan telah pergi buat pertama kali, sedekahkanlah kepada yang belum menunaikan Haji. Memang benar menunaikan Haji sagat seronok tetapi memberinya kepada yang lain adalah lagi besar ganjarannya.
InsyaAllah perjuangan kita akan menjadi perjuangan yang berterusan.
Akhir kata saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua umat ISLAM seluruh dunia dan bersama-samalah kita memartabatkan perjuangan ISLAM dengan sebenar-benarnya.
Dapatkan Mesej Bergambar Di Sini
YaAllah perkuatkanlah iman ku untuk menghadapi dugaan dan cabaran Mu.
Apa jua ku bersyukur ya Allah.
Cinta pada Allah adalah cinta yang hakiki dan yang hak..Ianya pasti kan kekal selamanya..Aku seorang manusia perlu merindukan dan cintakan Allah sepenuh hati ku...



