Inilah rasa PERCAYA.
Setiap apa yang dihajati sudah pasti akan diusahakan. Hanya dengan usaha sahaja kejayaan pasti akan hadir. Usaha yang disertai dengan rasa percaya sudah pasti menambah lagi nilai usaha untuk menyerlahkan impian diri. Ia menjadikan segala perancangan disusuli dengan perlaksanaan yang teratur.
Telahpun diperkatakan bahawa dalam setiap 20% kejayaan sudah pasti didahului dengan 80% kegagalan. Percayalah jika kita komitmen kepada usaha yang dilakukan sudah pasti kejayaan wujud satu masa. Pengorbanan diri perlu dilakukan. Usaha yang berterusan diperlukan sentiasa.
Dinyatakan kepada diri bahawasanya kita percaya atas segala impian kita. Selepas itu tindakan selanjutnya dilakukan. Kepercayaan yang berterusan mewujudkan keinginan untuk berjaya dan berjaya.
Kepercayaan kepada diri perlu diterapkan dari semasa ke semasa. Ini kerana jika ianya diabaikan, sudah pasti ketakutan berlaku dan usaha tidak dapat dilakukan. Rasa ragu-ragu pasti timbul dan usaha hanyalah setakat 50-50. Hanya kesungguhan dan 100% usaha menjamin kejayaan ke atas impian.
Sifat ragu-ragu perlu dijauhi jika kejayaan yang diingini. Jika tidak ianya hanya sekadar membawa diri kita ke arah fatamorgana dunia. Namun jika berlaku kegagalan tidak perlu risau. Tetaplah percaya kepada diri sendiri. Diteliti semula strategi yang ingin dilakukan seterusnya.
Jaminan kejayaan jika hanya percaya diri menjadi landasan adalah tidak lengkap juga jika tanpa usaha yang berterusan. Berusaha, berusaha dan berusahalah. Tiada jalan singkat untuk menikmati kejayaan kecuali dengan usaha. Namun, rasa percaya diri jika disertai dalam diri membuahkan usaha yang sempurna. Maksudnya di sini adalah usaha berterusan akan dilaksanakan tanpa menghiraukan kegagalan yang berkemungkinan berlaku.
Kata-kata negatif mesti dijauhi setiap masa. Luahkanlah rasa hati yang positif kerana hanya dengan ini kepercayaan diri dibina dan dikukuhkan. Dengan penerapan positif sentiasa, kekuatan diri dapat dibina sepenuhnya. Kekuatan dalaman diri menambahkan lagi rasa percaya untuk terus berjaya.
Sememangnya kepercayaan ke dalam diri diperlukan untuk mengelakkan rasa terlalu rendah diri. Jika terlalu rendah diri, kemampuan dan kehebatan diri kita tidak dapat ditunjukkan dengan sebenar. Kita mungkin akan teragak-agak dalam membuat sesuatu tindakan terutamanya yang melibatkan membuat keputusan. Percayalah yang mana rahsia kejayaan untuk segala permulaan terletak kepada diri kita sendiri.
Terapkanlah rasa percaya. Percayalah terhadap kemampuan diri untuk mengapai impian yang diidam-idamkan dalam hidup.
0 Response to "PERCAYA"
Post a Comment