Inilah yang digelar DREAM KICKSTART!
Impian yang dibina perlukan permulaan yang berkesan. Dengan segala aspek yang menepati cara sudah pasti tiada ragu-ragu untuk impian menjadi kenyataan. Sudah pasti semuanya disertakan dengan doa, usaha, istiqamah serta tawakkal. Ilmu mestilah diperolehi dan kesyukuran mesti dipanjatkan setiap masa.
Motivasi mestilah ada pada diri kita. Untuk permulaan kejayaan perancangan perlulah ditetapkan. Susah payah menghadapi kesusahan dan kegagalan memerlukan kesabaran. Persediaan dan perancangan mestilah diuruskan dengan teliti. Rancanglah dengan segala kemampuan yang ada. Gunakan segala kebolehan dan kelebihan dalam diri kita untuk mencapai matlamat.
Setiap permulaan juga memerlukan pengorbanan. Segala susah payah pasti ditempuhi. Tiada dilupa kegagalan yang bakal melanda. Jika kita inginkan kejayaan yang hakiki, bukan sahaja cara untuk berjaya sahaja perlu dipelajari, namun kegagalan juga perlu diketahui. Ini bukan bermakna kita menginginkan kegagalan, tetapi kita bersedia dari segala aspek yang berkemungkinan. Maksudnya di sini adalah matlamat impian kadangkala akan dilalui ranjau kegagalan. Jadi, bersiap sedialah untuk menghadapinya.
Perjalanan untuk memenuhi impian sememangnya memerlukan ketekunan dan kesungguhan. Tanpa kedua-dua aspek ini impian mungkin hanya tinggal impian. Langkah-langkah mestilah disenaraikan dengan teratur.
Kejayaan adalah satu titik tolak kepada permulaan impian. Penggerakan ke arah impian juga menentukan adakah kejayaan yang diidam-idamkan menjadi realiti. Jika tiada penggerakan serta permulaan langkah impian hanya akan menjadi sekadar mimpi atau fantasi. Ini bermaksud impian perlu digerakkan. Janganlah sekadar 'menunggu bulan jatuh ke riba' ataupun 'bagaikan pungguk rindukan bulan'. Dalam erti kata lain impian tanpa usaha dalam menggerakkannya adalah sia-sia belaka.
Persoalan: Bagaimanakah perancangan, permulaan atau penggerakan impian mahu dilakukan? Jawapan: Segala-galanya terpulang kepada diri sendiri masing-masing. Antara langkah-langkah untuk memenuhi permulan impian adalah:
1. Fikirkan apa impian diri sendiri (setup)
2. Tetapkan matlamat arah tuju impian (goal set)
3. Percayakan kemampuan diri (believe)
4. Lakukan Perancangan teliti secara berterusan (planning)
5. Sentiasa melakukan rancangan yang telah diatur langkah demi langkah (step by step)
6. Berterusan usaha dan berdoa secara efektif (smartwork)
7. Lihat kembali impak dan kesan usaha (revise)
Jika semua yang dinyatakan di atas dipatuhi, maka segala permulaan impian pasti akan menjadi realiti dan terbukti. Yang terutama adalah kepada diri kita sendiri. Tiada perlu sangsi akan keupayaan diri. Asalkan kita mengatur startegi dan perlaksanaan yang berkesan dan smart pastilah semua mimpi menjadi kenyataan.
Lakukan segala aspek terutama kepada impian yang dibina ke dalam diri. Berbagai-bagai cara untuk kita sentiasa tertumpu kepada impian. Salah satu caranya adalah dengan meletakan impian kita di papan kenyataan di dalam bilik atau di mana sahaja. Ianya pasti akan sentiasa mendapat perhatian. Fikiran kita akan tertumpu dan semangat diri akan bertambah. Inilah yang digelar hukum tarikan alam (Law of Attraction).
Dapatkan sokongan daripada sesiapa sahaja terutama kepada insan yang kita anggap istimewa. Sebagai contoh, ibu bapa, adik, isteri, suami, kekasih dan lain-lain kita yang difikirkan sesuai. Dengan dorongan dan sokongan yang positif sudah pasti impian lebih terarah. Semangat diri akan sentiasa bertambah dan erti menyerah kalah sudah pasti tiada disenaraikan dalam kamus impian diri.
Impian yang lebih terarah sudah pasti lebih mudah untuk dilaksanakan. Mulakanlah hidup kita dengan impian yang membina dan membangunkan diri.
Let's do it now!
0 Response to "Dream Kickstart"
Post a Comment