Ramai yang keliru tentang cinta yang sebenar. Benarlah kadangkala kita terlupa dengan frasa erti cinta yang mengelirukan. Sebenar-benarnya cinta yang terutama adalah cinta kepada yang hakiki iaitu cinta kepada Allah. Inilah cinta yang membuahkan tahajjud cinta yang berkekalan. Buah rasa cinta semakin diberkati jika diutamakan cinta yang sebenar-benarnya.
Prakata cinta sudah pasti dijadikan kata-kata terindah bagi semua. Setiap diri pasti akan mempunyai rasa cinta dalam diri. Tiada terkecuali bagi sesiapa sahaja. Dibenarkan rasa cinta dalam diri akan membuatkan kita mengenali siapa diri kita. Diri kita ini terlalu memerlukan segala cinta yang ada di muka bumi ini. Buktikanlah serta lafazkanlah rasa cinta kita.
Pembuktian cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran. Hanya kerana keikhlasan dan kejujuran sahaja memberikan kita pembuktian yang sebenar-benarnya. Bagaimana ingin membuktikan dengan jujur dan ikhlas? Perkara ini adalah terlalu subjektif. Untuk membicarakan jujur dan ikhlas dalam cinta terletak kepada diri individu itu sendiri. Kata-kata jujur dan ikhlas yang dilafazkan tidak akan sempurna tanpa pembuktian yang sempurna.
Persoalan hati tentang cinta sering berlaku. Tidak dinafikan pelbagai persoalan pasti akan muncul untuk kita mengenali apa itu cinta. Ayat-ayat 'cinta itu membahagiakan, cinta itu sempurna, cinta itu terlalu suci' mempunyai jawapan tersendiri untuk persoalan yang timbul. Terserah kepada hati-hati yang jujur untuk menjawab persoalan cinta yang kadangkala timbul tanpa diundang.
Cinta semestinya membahagiakan dan menggembirakan bagi sesiapa sahaja yang memahami erti cinta. Tanpa pengertian yang jelas membuatkan kita salah dan keliru dalam menilai cinta. Siapalah kita untuk menilai cinta bagi setiap insan. Rasa cinta hadir dalam diri individu masing-masing. Namun, cinta sepatutnya membuatkan siapa diri kita dan untuk apa kita dilahirkan ke dunia.
Ada yang mengatakan kita dilahirkan kerana cinta dua insan. Itu cuma perantara bagi kehidupan sahaja. Cinta yang sebenar telah terbit sebelum lagi kita dilahirkan ke muka bumi ini. Selidik dan fahamilah kekuatan cinta dan keutuhan cinta.
Cinta diperlukan pada bila-bila masa. serlahkanlah rasa cinta di mana sahaja kita berada. Ini akan memudahkan kita untuk menjalani kehidupan kita dengan mudah. Rasa malu dan rendah diri untuk mengatakan cinta perlu diperbaiki. Tunjukkanlah rasa cinta dengan jelas. Namun, seperti biasa fahamilah erti kata cinta dengan jelas.
Bagaimanakah cinta yang kita inginkan? Apakah cara-caranya untuk menyerlahkan kekuatan cinta yang ada pada diri? Semuanya pasti terjawab jika karakter cinta dibina daripada diri sendiri. Binalah karakter cinta yang membuatkan ramai yang terpikat dan memberi makna. Sudah pasti cinta itu akan membuatkan segalanya menjadi indah serta bahagia di mana-mana sahaja.
Tiada titik noktah dalam memperkatakan tentang cinta. Pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, siapa sahaja pasti akan memperkatakan tentang cinta. Cinta seolah-olah satu kuasa yang kuat yang akan mempengaruhi sesiapa yang membicarakannya.
Janganlah kita tersalah tafsir akan erti cinta sebenar. Tafsiran cinta perlu diperhati. Dikhuatiri kerana cinta yang tersalah, diri kita dan sesiapa yang mendekati cinta kita akan tersasar dari landasan sebenar. Cinta perlu diperhalusi dan didekati dengan bimbingan dan landasan yang sah. Perkukuhkan tafsiran cinta dalam diri agar cinta yang kita terima dan kita beri akan benar-benar membahagiakan.
Cinta sejati? Benarkah ada cinta sejati? Benar. Cinta sejati ada dalam diri kita. Apa yang terpenting adalah untuk kita sasarkan cinta sejati pada tempat yang hak.
0 Response to "Cinta...Cinta...Cinta..."
Post a Comment