LEADERSHIP. Everyone has it in them. Everyone does it, sometimes. The challenge is to do it where and when we want. We know ourselves best. Deep down. Getting to that deep down knowledge gives us power
Semua orang adalah pemimpin. Pemimpin tidak terhad kepada mereka yang mempunyai kuasa sahaja. Kepimpinan sama ada terhadap diri sendiri seseorang ataupun sesuatu kumpulan sasar memerlukan ketajaman akal dan latihan yang berterusan agar sesuatu sasaran yang telah ditetapkan itu berjaya dicapai.
Saya Adalah Pemimpin!
Untuk permulaan, saya ingin bertanya kepada anda semua. Adakah anda sedar dalam diri kita semua mempunyai bakat kepimpinan? Cuba selidik dan kaji tentang diri kita sendiri. Saya yakin semuanya ada bakat menjadi seorang pemimpin. Saya yakin jika semua benar-benar faham tentang diri, anda pasti akan kata 'saya adalah pemimpin'.
Masih tidak pasti? Saranan saya anda tidak perlu ragu-ragu untuk menyatakan anda adalah pemimpin. Cuba renung sejenak.
Kriteria Pemimpin Hebat
Untuk menjadi seorang pemimpin, jangan jadi pemimpin yang biasa-biasa sahaja. Cuba untuk menjadi pemimpin yang hebat. Jika masa sekarang anda merasakan anda hanyalah biasa, cari ilmu berkaitan langkah dan petua menjadi pemimpin yang lebih hebat dari biasa.
Kita tidak mahu seorang pemimpin mempunyai kriteria yang merosakkan. Bukan sahaja merosakkan diri sendiri, malah merosakkan orang lain. Lebih-lebih lagi jika menjadi pemimpin untuk orang ramai. Selidik kriteria yang ada pada diri untuk kembangkan dan bangunkan untuk menjadi pemimpin berlandaskan kelebihan dan kekuatan yang ada pada diri. Setiap apa yang dilakukan mahupun keputusan yang ingin dibuat, buatlah dengan bijak mengikut pemikiran dan juga perasaan. Bukan sekadar perasaan atau emosi sahaja ya.
Karisma Pemimpin Hebat
Setiap pemimpin yang hebat mempunyai satu elemen yang menyerlah. Ia adalah karisma. Persoalannya adakah karisma dapat dibina? Setiap orang punya karisma tersendiri. Sama ada kuat atau tidak itu sahaja persoalannya. Punyailah karisma setiap masa dan ketika. Gunakan ilmu yang ada untuk membina kepimpinan, ketokohan dan keterampilan diri. Binalah karisma pemimpin.
Apakah itu karisma? Persoalan itu perlu dijawab agar kita memahami dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan karisma. Karisma adalah kualiti yang tertanam atau semulajadi dalam diri seseorang, bukan hanya disebabkan pelantikan atau status seseorang.
Personaliti Unggul
Pemimpin perlu memiliki personaliti yang unggul. Maksudnya adalah peribadi yang terarah kepada melakukan dan membuktikan seorang pemimpin itu sendiri. Cuba untuk bentuk pesona diri dalam kepimpinan demi membuktikan ketokohan dan keterampilan sebagai pemimpin hebat.
Bagaimana membina personaliti unggul? Banyak sebenarnya cara membina personaliti unggul. Segalanya bermula dari diri sendiri. Personaliti yang paling unggul saya suka kaitkan dengan tokoh pemimpin paling unggul iaitu junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. Sifat-sifat yang terdapat pada Baginda membuktikan Baginda lah tokoh yang mempunyai personaliti paling unggul.
- Siddiq (Membenarkan)
- Amanah (Jujur)
- Tabligh (Menyampaikan)
- Fatanah (Bijaksana)
Berfikir dan Berjiwa Besar
Apabila sudah ada ilmu dan kriteria menjadi pemimpin sejati, kita perlukan juga minda yang terarah kepada berfikir dan berjiwa besar. Elemen ini terkandung berkaitan dengan pemikiran dan juga perasaan. Apabila ke dua-dua ini diberikan perhatian serta pengukuhan segala yang kita lakukan adalah berdasarkan kepada strategi yang hebat.
Jika lakukan sesuatu bukan sekadar biasa sahaja. Lakukan dengan segigih dan sehebat mungkin. Apabila berimpian, punyailah impian yang besar. Tunaikan tanggungjawab dengan sehebat mampu serta bersungguh-sungguh.
Ayuh, kita sama-sama eksplorasi bakat kepimpinan! Hubungi untuk maklumat lanjut.
0 Response to "Bakat Kepimpinan"
Post a Comment