INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Selidik Bakat Animasi

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, January 11, 2010










Hari ini pelbagai animasi ditayangkan di televisyen. Animasi dari pelbagai negara ditayangkan untuk tontonan umum. Berbagai-bagai pendapat diberikan tentang fenomena sebegini. Ada yang kata memudaratkan, melekakan bahkan menjadi pemalas kerana asyik menonton animasi-animasi itu. Kebanyakan pula kanak-kanak yang gemar menontonnya. Namun begitu, saya yakin ada juga remaja mahupun orang dewasa yang masih menontonnya.

Bagaimana pendapat anda? Adakah sama seperti kenyataan di atas? Bagi saya tiada salahnya untuk menonton animasi yang ditayangkan. Asalkan ada pengajaran dari kisah itu kita dapat garap dan ceritakan pula kepada anak-anak. Inilah yang dimaksudkan carilah kebaikan dari sesuatu terjadi mahupun yang kita lihat.

Kali ini saya ingin mengajak anda semua melihat dari lensa bakat. Setiap daripada kita mempunyai bakat yang hebat dan berguna. Begitu juga dengan animasi yang dicipta wataknya oleh pelukis. Saya senaraikan beberapa watak animasi untuk sama-sama kita lihat dan amati dari lensa bakat;

--------------------------------------------------------------------------------
Nobita (Animasi Doraemon)

Karakter Nobita digambarkan penuh dengan kelemahan. Dia seorang yang pemalas, tidak bijak, lemah, bernasib malang, dan lemah dalam sukan. Kehidupan seharian Nobita melibatkannya datang lewat ke sekolah, mendapat markah '0' dalam ujian, dimarahi gurunya, dibuli Giant dan Suneo, dan dimarahi ibunya kerana tidak mahu menyiapkan kerja rumahnya. Nobita suka tidur pada waktu tengahari, dan kemalasannya sering menyebabkan kebimbangan ibu bapa dan gurunya.

Walau bagaimanapun, kelemahan dan kesusahan Nobita adalah penggerak jalan cerita. Nobita juga mempunyai kebolehan unik seperti kemahirannya dalam menembak dan bermain bunga tali. Nobita adalah seorang penembak yang tepat dan meminati seni. Walaupun selalu digambarkan sebagai seorang penakut, Nobita amat mementingkan keadilan dan sanggup membahayakan dirinya untuk menyelamatkan orang lain atau sesebuah masyarakat, seperti yang ditunjukkan dalam cerita panjang Doraemon.

Kiteretsu

Watak ini merupakan seorang kanak-kanak lelaki genius dalam sains. Dia yang menghasilkan robot sebagai teman bernama Korosuke. Dia kerap merentasi masa bersama rakan-rakannya dan Korosuke dalam mesin cahaya masa yang dibinanya. Seorang yang mempunyai ilmu sains yang hebat. Dia mampu untuk merekacipta sesuatu berdasarkan panduan yang ditulis oleh nenek moyangnya Kiteresai. Seorang yang kreatif dan inovatif.

Sekiranya sahabatnya mempunyai masalah, mereka pasti akan meminta bantuan daripada Kiteretsu. Seorang yang sentiasa membantu sahabat apabila mereka dalam kesusahan.

Jimmy Neutron

Merupakan seorang budak 10 tahun yang sangat genius dan selalu menghasilkan alat-alat baru. Dia berimpian untuk menjadi saintis terkemuka seperti tokoh kegemarannya iaitu Einstien. Kreativiti dan inovasi sering ditunjukkan oleh watak ini.

Apabila kesusahan menimpa, dia akan sentiasa berkata, "Fikir, fikir, fikir" untuk mendapatkan penyelesaian dari apa yang berlaku. gambaran terbentuk dalam otaknya berdasarkan persekitaran yang dilalui.

Captain Tsubasa

Seorang yang mempunyai bakat sukan bola sepak yang hebat sejak dari kecil lagi. Bola sepak padanya adalah sahabat yang akan sentiasa berada dikakinya. Latihan yang berterusan membuatkan Tsubasa menjadi seorang yang handal bermain bola sepak. Skil-skil ditunjukkan dengan baik sekali.

Dilatih oleh seorang jurulatih profesional bernama Roberto. Roberto yakin Tsubasa mampu menjadi seorang pemain bola sepak yang handal. Selain itu, Tsubasa juga mempunyai bakat kepimpinan terutamanya dalam menerapkan kerjasama berpasukan kepada rakan-rakan sepermainannya. Mampu membantu pasukan yang lemah dalam sukan bola sepak kepada pasukan disegani. Inilah sebab dia digelar captain.

Mempunyai semangat kental yang tidak mengaku kalah dalam setiap pertandingan. Tsubasa akan berjuang bersungguh-sungguh apabila berada di tengah padang. Sudah pasti dia akan menjaringkan gol ataupun membantu rakan pasukan menjaringkan gol.

----------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya banyak lagi kisah animasi yang setiap wataknya mempunyai bakat yang tersendiri. Setelah anda hayati setiap watak yang saya kisahkan tadi, sekarang tahukah apa bakat diri anda? Hayati watak sendiri di dunia nyata ini. Perhatikan dari segenap sudut.

Gunakan bakat yang ada untuk memajukan diri kita. Jangan menangguh lagi kerana masa tidak akan menunggu kita. Jika anda sudah tahu kembangkan bakat itu secara sedar dan sistematik.

Selamat eksplorasi BAKAT anda!

Bersama-sama oasis meraikan bakat dan kelebihan semulajadi serta merentas masa hadapan

0 Response to "Selidik Bakat Animasi"

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR