Banyak rancangan yang masih kekal dari dahulu lagi. Sebagai contohnya Malaysia Hari ini, Majalah Tiga dan banyak lagi.
Motivasi Pagi
Rancangan Motivasi Pagi merupakan program yang membina motivasi penonton secara tidak langsung. Waktu siaran pada waktu pagi biasanya selepas subuh menjadi inspirasi dan pedoman pembangunan diri ramai rakyat Malaysia terutamanya. Ramai perunding motivasi yang memberikan input rancangan itu seperti contoh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dr. HM Tuah, Tengku Asmadi dan ramai lagi.
Permulaan Langkah
Saya pernah berkata, "Satu hari nanti aku nak jadi seperti diorang". Satu fikiran yang mana menjadi impian hidup saya. Pada masa itu berlakunya manifestasi impian yang amat besar dalam hidup saya.
Hari ini, Selasa bertarikh 12 Januari 2010 menjadi detik pengalaman yang amat bermakna kepada diri saya. Panggilan telefon pada minggu sebelumnya daripada penerbit rancangan Motivasi Pagi TV3, Tuan Wan Farid menjadi langkah permulaan saya untuk muncul sebagai personaliti motivasi sebagaimana pakar motivasi yang lain. Beliau menjemput saya untuk merakamkan tiga slot Motivasi Pagi.
Syukur Alhamdulillah. Itu sahaja yang mampu lafazkan. Syukur kepada Allah memberikan saya peluang untuk menjadikan satu langkah mengorak kejayaan memotivasikan ummah.
Tiga tajuk* menjadi pilihan untuk disampaikan dengan input motivasi kepada orang ramai;
- Empayar Kreativiti
- Mengorak Minda Inovasi
- Keajaiban Bakat
Pada permulaannya saya merasakan agak kekok untuk berada di hadapan kamera berbanding berada di hadapan orang ramai. Sedikit demi sedikit barulah saya dapat adaptasikan dengan suasana yang baru bagi saya. Alhamdulillah tiada re-take perlu dilakukan. Setiap slot berjaya dirakam dengan lancar. Ada juga pada masanya saya terlupa point yang ingin dikatakan.
InsyaAllah rakaman ini akan ditayangkan dalam bulan Februari. Saya akan inform semula kepada semua. Harapan saya agar semua mendapat sedikit input dalam masa persembahan saya.
Konsep Baru 2010
Di sini saya kongsikan sedikit konsep rancangan Motivasi Pagi TV3 untuk tahun 2010. Konsep kali ini adalah lebih kepada santai dan berunsurkan bual bicara (Talkshow). Kiranya saya bagaikan berbual-bual dengan dengan Tuan Fedtri. Satu inovasi rancangan Motivasi Pagi yang lebih menarik dan hebat! Saya pasti ramai akan lebih menumpukan perhatian kerana ia amat menarik. Sekali lagi, hebat!
Terima Kasih
Sememangnya 'Inspirasi Hidupku' akan mencipta kejayaan yang sebenar dalam hidup kita.
*InsyaAllah saya akan kongsikan intipati input tajuk-tajuk untuk Motivasi Pagi TV3 kali ini.
Lagi gambar sepanjang shooting Motivasi Pagi TV3 akan dikongsikan (Sila Rujuk Facebook saya)
0 Response to "Motivasi Pagi TV3"
Post a Comment