Jika impian kita ingin menjadi penulis biarlah ditanamkan untuk menjadi penulis bestseller pada suatu hari nanti. Ia adalah impian yang pastinya akan menjadi kenyataan jika kena dengan caranya.
Adakah kita tahu bagaimanakah caranya untuk kita menjadi penulis ke tahap bestseller? Sememangnya kita tidak tahu apakah karya kita menjadi bestseller. Sebenarnya, ia bergantung pada gaya penulisan kita sendiri.
Dikatakan setiap ayat dan perkataan yang diatur mestilah datang dari hati. Ini kerana dari sinilah menampakkan kejujuran dan keikhlasan setiap apa yang ditulis. Setiap baris kata melambangkan apa yang kita ingin ucapkan dan luahkan.
Kita boleh menulis apa sahaja berdasarkan apa yang kita inginkan. Setiap apa yang dihasilkan pasti akan membawa makna kepada pembaca. Jangan pula kita merasa karya yang dihasilkan tidak memberi makna. Percayalah! Ia pasti memberikan hasil. Cukuplah jika hanya satu orang sahaja yang mengikuti apa yang kita tulis. Ia pasti membawa seribu makna.
Bukankah setiap apa yang kita sampaikan jika memberi kebaikan kepada orang lain walaupun cuma hanya seorang dan diamalkannya pahala pasti diberikan. Setiap perkara yang membawa kebaikan pasti memberi manfaat.
Persoalan: Bagaimana untuk memulakan penulisan? Jawapan: Amat mudah untuk menjawab soalan ini. Mulakan daripada sekarang. Ini kerana masa tidak akan menunggu kita. Setiap saat amat berharga.
Ada juga yang bertanya 'Mana hendak cari idea menulis?'. Idea menulis berada di mana-mana sahaja. Setiap apa dalam kehidupan boleh dijadikan idea penulisan. Melalui pemerhatian, pengalaman, kajian, dan apa-apa sahaja boleh dijadikan idea untuk menulis. Mulakan menaip kerana di ketika itu idea pasti akan mencurah-curah.
Jika dirasakan kekeringan idea berehatlah dan tenangkanlah fikiran. Bacalah buku atau majalah yang ada. Mungkin masa itu idea kita datang. Di zaman masa kini, internet juga boleh dijadikan bahan untuk menjana idea. Pelbagai laman web memaparkan pelbagai jenis tulisan dan artikel. Gunakan apa yang didapati dan dibaca sebagai garapan idea.
Oleh itu, teruskanlah belajar untuk menulis. Dapatkan dan carilah sumber-sumber rujukan untuk memulakan penulisan. Terapkanlah dalam hati untuk memulakan penulisan. Bidang penulisan memberi pelbagai makna kepada semua bukan sahaja kepada diri kita. Imbuhan kesenangan hanyalah kerana usaha kita sahaja. Tetapi apa yang penting adalah penyampaian.
Mulakan dari sekarang kerana setiap masa adalah idea..
Assalam alaikum wbt
Tuan yang dihormati dan dirahmati Allah.
Terima kasih atas kesudian memiliki buku Tip Menjadi Penulis Bestseller.
Semoga Allah mempermudahkan urusan Tuan dalam menghasilkan karya non fiksi yang dapat membantu masyarakat dari segi jiwa dan kehidupan.
Salam hormat.
ZAMRI MOHAMAD
Penulis buku
http://www.zamrimohamad.com/
Terima kasih Tuan Zamri