Ini jelas menunjukkan yang mana penulisan merupakan wadah dalam menggambarkan pemikiran rakyat Malaysia dalam memberi respon kepada sesuatu isu atau topik. Ia juga bermaksud semuanya telah diketengahkan dalam cara mempamerkan idea. Terutamanya dalam menghasilkan penulisan yang berkualiti.
Pelbagai jenis genre atau format penulisan yang telah kita pelajari. Persoalannya di sini, apakah kita mengambil peluang untuk memenegahkan lagi bakat serta kemahiran kita dalam bidang penulisan? Hanya diri kita sendiri yang mampu menjawabnya. Bermaksud di sini adalah kadangkala kita memendamkan sahaja bakat penulisan yang ada pada diri kita.
Apabila ditanya atau dijemput untuk menghasilkan sesuatu karya, seringkali kedengaran 'Layakkah aku untuk menghasilkan karya penulisan?'. Inilah retorik kehidupan untuk kita semua. Penggalakan untuk terus menerus dalam menghasilkan karya penulis perlu dipergiatkan.
Di Malaysia sendiri masih tidak mencukupi judul baru karya penulisan buku sama ada fiksyen atau bukan fiksyen. Ia dinyatakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Matlamat tahunan adalah 20,000 judul baru buku, namun ianya masih tidak ia menepati sasaran yang telah ditetapkan.
Transformasi penulisan perlu dijalankan dengan lebih giat . Lebih banyak penghasilan karya baru oleh penulis sedia ada dan juga penulis baru patut dijadikan landasan utama. Kempen-kempen serta bengkel penulisan perlu diadakan untuk menggalakkan orang ramai untuk menghasilkan karya. Antara yang terbaik telah dilakukan adalah menganjurkan Pesta Buku Antarabangsa pada setiap tahun. Penulis dan pembaca dapat berkumpul di suatu majlis dan bertemu mesra. Pengeratan akan berlaku di sini dan memberi impak yang amat baik.
Pendedahan ke arah penghasilan karya pasti akan menjadikan setiap daripada kita bertambah minat untuk menjadi seorang penulis. Malah ia juga memberi kesan kepada semua pembaca. Maksudnya di sini adalah penulis menghasilkan karya yang terbaik dan berkualiti, pembaca pula mendapat sumber rujukan juga yang terbaik dan berkualiti. Keseimbangan antara penulis dan pembaca berlaku di sini.
Mungkin tidak ramai tahu yang mana bidang penulisan adalah satu bidang yang boleh dijadikan karier terbaik. Ia diperkatakan sebagai pelaburan idea yang pasti memberikan keuntungan bukan sahaja untuk duniawi malah ukhrawi. Mengapa diperkatakan begini? Alasannya mudah sahaja kerana pelaburan idea ini boleh diwarisi kepada setiap generasi. Ia pasti tidak akan pudar dan terlepas daripada memberi kemudahan kepada orang ramai.
Penulisan pasti akan memberi kesan kepada pembangunan diri setiap insan. Perasaan untuk sentiasa berdaya saing dan maju ke hadapan sentiasa diberikan perhatian. Kreativiti dan inovasi yang bersepadu dapat dibina berdasarkan aspek penulisan yang sebenar. Minda akan sentiasa menjurus kepada sentiasa berfikir dan berfikir.
Bagi penulis yang bermotivasi, idea penulisan yang memberi kesan kepada setiap pembaca pasti akan diusahakan sebaik-baiknya. Setiap apa yang dihasilkan memberi seribu malah sejuta makna dalam kehidupan kepada para pembaca. Ia bakal dijadikan sumber, bahan serta rujukan dalam membuat sesuatu seperti merancang kerjaya, perhubungan, keputusan dan lain-lain lagi berkaitan dengan kehidupan.
Apabila transformasi penulisan dijadikan madah perjuangan bagi setiap pihak, sudah pasti arena penulisan di Malaysia terutamakan akan berdaya saing dan berkembang pesat. Karya yang dihasilkan diusahakan untuk mendapat sambutan semua pihak. Sokongan penulis serta pembaca amat penting untuk dibangunkan. Hanya dengan ini transformasi penulisan dapat membangun dari masa ke semasa.
Transformasi penulisan pasti akan memberi impak positif!
0 Response to "Transformasi Penulisan"
Post a Comment