INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

30 Tahun Mengembara

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, January 10, 2010

” I love what I am doing and just want to keep doing it”
Steve McCurry
Inilah yang dikatakan oleh seorang insan yang amat gemar merakam gambar di pelbagai pelusuk negara. STEVE MCCURRY bukanlah seorang yang asing dalam dunia fotografi. Usaha keras selama 30 tahun merantau merakamkan segala sifat manusia membuktikan kecekalan beliau untuk mencipta kelainan bagi kepuasan diri.

Bagi beliau mengambil gambar bukan sekadar hobi tetapi juga merupakan tugasannya serta tanggungjawab untuk merakamkan fanomena manusia. Dengan hanya merakam gam
bar beliau dapat melihat pelbagai perilaku, ragam dan kemahuan manusia. Gambarnya banyak berkisarkan kepada kisah peperangan di mana-mana sahaja ia berlaku.

Pencapaian
& Makna Kembara

Pengalaman selama 30 tahun menjadikan beliau salah seorang yang amat istimewa. Pelbagai gambar menarik telah beliau rakamkan digunakan oleh majalah. Salah satu yang dikenali ramai adalah pada Jun 1985 majalah National Geographic menjadikan gambar yang dirakam oleh McCurry dan dijadikan penghias kulit hadapan.

Satu gambar yang mempunyai seribu (pelbagai) maksud yang tersembunyi. Ia dikenali sebagai
Afghan Girl. Pada ketika itu gadis itu dikatakan hanya berumur 12 tahun pada tahun gambar itu dirakamkan iaitu tahun 1984.

Tarikan gambar itu saya rasakan amat bermakna menggambarkan perasaan gadis itu sendiri. Gambar itu telah dirakamkan di penempatan pelarian di Pakistan. Tahun 2002, sekali lagi McCurry pergi ke kawasan yang sama dengan hajat untuk bertemu dengan 'gadis' yang sama. Ketika itu 'gadis' itu berumur 29 tahun dan barulah diketahui namanya iaitu Shabat Gula.

Ini adalah antara kisah McCurry dalam pengembaraannya sepanjang 30 tahun. Bukan masa yang sedikit yang amat memerlukan ketelusan hati dan kesabaran utnuk merantau dan mengembara. Kembara beliau membuatkan beliau sedar tidak semua manusia hidup sempurna namun tetap perlu menjalankan kehidupan seharian dengan tabah dan sabar.


Pemerhatian Pengembaraan


McCurry menegaskan bahawa ada kaitan yang sama antara manusia yang berlainan di dunia ini. Baik dari segi sifat, perilaku, gaya kehidupan dan perasaan hati. Ia merupakan hobi yang membawa makna bagi memperlihatkan kepada umum tentang kesusahan dan keperitan setiap insan yang hidup dalam keadaan yang tidak sempurna.

Benarlah kata beliau bahawa setiap gambar pasti mempunyai makna tersembunyi dan tersendiri. Tiada ramai yang mampu melakukan sebagaimana yang McCurry lakukan. Inilah yang dikatakan menyebarkan makna kehidupan sebenar di dunia ini dengan menggunakan elemen gambar.

Lensa Bakat

Kita dapat belajar yang mana dengan kesungguhan dan pengorbanan kita akan mencipta sesuatu yang unik dan mempunyai makna yang hebat. Ramai yang meminati fotografi. Teruskanlah. Cuba cipta kelainan dari segi elemen apa yang anda ingin tonjolkan. Pastikan berbaloi dan mendapat sesuatu yang bermanfaat demi masa hari ini dan juga esok.

Inilah kembara yang memberikan manfaat. Bakat peribadi dan semulajadi beliau digunakan melalui lensa kamera yang begitu indah dan bermakna. Beliau mengaplikasikan bakat yang ingin mengkaji manusia dengan menggunakan fotografi. Mulakan bakat anda untuk menjadi sumber kejayaan hidup.

Segala-galanya indah bagi mereka yang berfikir. Lakukan yang terbaik hingga anda berjaya. Buka minda, buka fikiran. Bersama-sama kita merentas masa hadapan.


0 Response to "30 Tahun Mengembara"

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR