Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kitaPada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercintaAmanah yang diberi
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Perjuangan untuk kesejahteraan bersama adalah matlamat terutama. Dirinya hanyalah untuk melihat kejayaan anak bangsa demi masa depan gemilang. Dedikasi dan matlamat yang diterapkan untuk mendidik menjadi tujuan teguh. Cinta mereka kepada pelajar-pelajar dijadikan sebagai adik-adik atau anak-anak sendiri. Dicurahkannya sepenuh perhatian sama rata.
Puji dan marahnya seorang guru adalah bersebab. Tiada niat mereka untuk mencari kesalahan yang dilakukan bagi seorang pelajar. Pada para pelajar hormatilah guru kerana mereka menyampaikan ilmu yang berguna. Hikmah pelajaran yang ditunjukkan membawa ke arah kecemerlangan.
Sama-sama kita renungkan bait-bait puisi di bawah;
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Profesor petah bersyarah
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini seorang Doktor pakar segala
Jika hari ini seorang Akauntan hebat kira-kira
Jika hari ini seorang Eksekutif syarikat ternama
Jika hari ini seorang Jurutera yang berjaya
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca!
Tanpa guru… siapalah kita, siapalah kita hari ini.
Bagi guru teruslah berjuang dengan mendidik generasi kini dan mendatang. Kami tetap memberi sokongan dan sentiasa merindui serta mengingati jasamu. Syukur dipanjatkan ke atas ilmu yang dikau curahkan menjadikan kami kenal siapa diri kami.
Janji kami adalah untuk berbakti kepada agama, diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Kami doakan guru-guru bahagia dan gembira selalu. Sekalung budi kami sampaikan kerana madah ilmu. Ilmu yang diberikan akan dijadikan panduan demi kejayaan.
Terima kasih guru.
SELAMAT HARI GURU
buku album sekolah sy dah ilang mase pindah umah
tp still igt lg lah..name2 cikgu
Ye ke..Xper..Apa yang penting sisipan di hati kita kepada guru kita sudah mencukupi.
Rindulah pada ustaz ustazah sekolah dulu...