IDEA dan juga ILMU yang ada akan dicurahkan kepada sesiapa sahaja kumpulan sasaran. Ilmu perlulah disampaikan kepada semua. tidak perlu kedekut untuk menyampaikan ilmu kepada semua. Pastinya ilmu yang bermanfaat akan memberikan satu 'kehidupan' kepada pendengar.
Kuasa komunikasi & berbicara akan diserlahkan kepada semua.
Seorang Motivator adalah seorang insan yang membangunkan diri sendiri dan menyampaikan wadah pembangunan diri (Motivasi) kepada setiap insan di luar. Bagi penulis cukuplah jika dapat mengubat hati & menyentuh hati pendengar atau peserta program yang bakal dianjurkan. Dari yang buruk kepada baik, dari yang baik kepada lebih baik. Juga dari yang tidak tahu kepada tahu dan yang tahu semakin mengetahui.
Ilmu yang ada pada diri akan dicurahkan untuk pembangunan diri setiap yang memerlukan. Penulis mengambil berat surah Al-Asr untuk sentiasa ingat-mengingati. Benarlah bahawa manusia kadangkala terlupa, leka dan alpa.
Tugas dan tanggungjawab untuk menyampaikan akan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Kualiti dan kecemerlangan akan dibuktikan. Ilmu dalam diri akan terus ditambah dan dipelajari dari semasa ke semasa. Masih banyak ilmu di luar yang mana penulis masih tidak tahu. Jika penulis mendapati ilmu itu amat berguna kepada pendengar, penulis akan sampaikan.
Tiada ternilai ilmu untuk disampaikan, tiada kesusahan menyampaikan kebaikan.
Berjuanglah dan berinspirasilah!
0 Response to "Fitrah Power Resources"
Post a Comment