Apa sahaja yang kita lakukan pastinya ada daya semangat serta sesuatu dorongan untuk menjayakannya juga memenuhi impian yang dicipta. Menjadi fitrah setiap insan dalam memerlukan sumber dorongan iaitu inspirasi untuk berjaya dalam setiap yang kita mahukan.
Ini jelas menunjukkan bahawa dengan diri kita tanpa dorongan yang kuat ianya seolah-olah dirasakan kosong. Dalam itu kekosongan perlulah diisikan dengan sesuatu. Fikirkanlah dan renungkan apakah fitrah kita mencari inspirasi untuk menguatkan lagi usaha kita unruk berjaya. Paling tidak untuk berusaha menuju ke arah kejayaan yang diidam-idamkan.
Pernahkah kita terfikir di sekeliling kita pasti mempunyai suatu daya penarik untuk menjadikan impian kepada kenyataan. Daya penarik inilah inspirasi kepada sesuatu perjalanan kejayaan. Tanpa daya penarik yang jelas rasa keliru dan kosong akan timbul di benak hati.
Sumber inspirasi sebenarnya adalah berdasarkan kepada siapakah, apakah yang menyebabkan kita untuk melakukan sesuatu dengan benar-benar usaha. Lagi dekat sumber itu dengan kita, lagi kuat keinginan dan usaha demi mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Persoalannya di sini adalah siapakah sumber insiprasi yang akan menggerakkan kita untuk menuju arah yang cemerlang, terbaik dan kejayaan yang disasarkan. Tiada jawapan yang khusus kepada persoalan yang ditimbulkan. Segala-galanya terletak kepada diri kita sendiri. Siapa atau apa jua yang menjadi sumber inspirasi mestilah ianya amat teristimewa.
......................................................................
Cuba renungkan kisah ini sejenak;
Sidek dilahirkan dari keluarga yang susah dan miskin. Setiap hari ayahnya menoreh getah untuk membesarkan Sidek serta adik-adiknya. Ibunya sebagai suri rumah hanya mengambil upah orang kampung untuk membantu suami mencari nafkah hidup. Keistimewaan Sidek adalah kebijaksanaan dalam menimba ilmu seta mempunyai impian untuk mengubah kehidupan keluarganya.
Daripada sekolah rendah di kampung beliau bersekolah pula di sekolah menengah di bandar. Sebenarnya ayahnya mahukan Sidek belajar agama kerana impian ayahnya untuk Sidek menjadi seorang Ustaz. Namun ayahnya akur kerana dia sedar Sidek minat meneruskan pembelajaran ke peringkat tinggi lagi. Ayahnya tetap memberikan sokongan.
Ayahnya menambahkan usaha untuk pembelajaran Sidek. Ibu, atuk dan abangnya juga turut membantu. Pada permulaan Sidek menaiki bas ke sekolah. Akibat tidak mampu membayar yuran sekolah yang tinggi Sidek mengagahkan diri ke sekolah yang berada jauh dari rumahnya dengan menaiki basikal. Pengorbanan dilakukan kerana tidak mahu menyusahkan keluarganya. Berbatu-batu perjalanan dari rumah ke sekolah. Keyakinan untuk membaiki kehidupan dengan ilmu menjadi sasaran.
Walaupun dalam kepayahan melanda, Sidek tetap berusaha dengan giat. Tiada erti mengenal kalah dalam dirinya. Impian yang dipendam diluahkan dengan usaha yang gigih. Walau tiada tahu berbahasa Inggeris, Sidek tetap tekun mempelajarinya untuk masa hadapan. Ibu bapa dan keluarga mesti dibela dengan perubahan.
Kerana kegigihan dan semangatnya untuk mencari ilmu, tanpa mengenal jemu selepas menamatkan persekolahan menengah beliau menyambung pelajaran ke peringkat maktab. Sidek amat meminati untuk menjadi cikgu. Baginya menyampaikan ilmu kepada setiap insan menjadi tanggungjawabnya.
Selesai maktab, Sidek terus memilih karier sebagai cikgu. Ketabahan serta sentiasa dahaga kepada ilmu membuatkan Sidek melanjutkan pelajaran di peringkat universiti. Ketika itu Sidek telah berkahwin. Isterinya akur dengan impian suaminya walaupun terpaksa berjauhan seketika. Walau digelar 'siswatua', Sidek tetap berusaha untuk memperolehi segulung ijazah. Setelah bergelar graduan Sidek tetap berimpian menjadi seorang cikgu.
Berkat ketabahan, kegigihan dan usaha yang berterusan, Sidek dicadangkan untuk melanjutkan pengajian ke luar negara di Amerika Syarikat. Mulanya berasa amat berat bagi Sidek untuk menerimanya kerana memikirkan keluarganya yang besar serta pembelajaran anak-anaknya. Isterinya tetap memberikan semangat. Dengan tekad yang teguh Sidek berusaha untuk menuju kepada jalan yang dicadangkan. Kerana semangat yang teguh dan keikhlasan dalam setiap perkara, Sidek diterima untuk ke luar negara.
Pelbagai cabaran dihadapi untuk pencarian ilmu di negara orang. Salah satunya cabaran kewangan. Namun, Sidek tetap tabah dan merancang kewangan untuk pencarian ilmu yang tidak ternilai harganya. Isterinya sentiasa memberikan sokongan psikologi kepada Sidek. Isteri dan anak-anak yang memahami sentiasa memberikan kekuatan kepada diri Sidek.
Selesai sarjana Sidek diberi peluang untuk melanjutkan terus dalam doktor falsafah. Amatlah terasa rindu akan isteri dan anak-anaknya yang dihantar pulang ke Malaysia kerana faktor pendidikan anak-anak. Kerinduan Sidek terbalas apabila tamat pembelajaran. Kembali semula bersatu bersama keluarga yang tercinta. Dipanjatkan kesyukuran penuh kepada Allah kerana mempunyai keluarga yang benar-benar memahami.
Kehidupan Sidek berubah dari semasa ke semasa. Pelbagai kejayaan diperolehi. Namun, kisah duka juga berlaku ke atas diri Sidek. Tekanan psikologi dapat diharungi dengan baik sekali. Rasa tidak mengalah dengan tekanan psikologi membuatkan Sidek semakin menghargai ilmu yang diperolehinya. Sidek percaya apa sahaja yang dihadapinya pasti ada hikmah mendatang. Segala masalah yang hadir perlu dihadapi dengan sikap positif. Dalam kehidupan sudah pasti ada pasang surutnya.
Impian memperkayakan ilmu dijelaskan dengan usaha dan bukti yang dinyatakan. Anak-anak yang berjaya di setiap perkara dalam kehidupan membuktikan usaha yang dilakukan Sidek membuahkan hasil. Terbukti yang mana keputusan isterinya untuk berhenti kerja untuk memberikan didikan kepada anak-anak adalah benar. Didikan untuk anak-anak sebenarnya datang daripada ibu sendiri. Benarlah hadis Rasulullah yang membawa maksud ibu perlu dikasihi terlebih dahulu sebelum bapa. Fitrah manusia untuk bermanja-manja dengan ibu.
Kini umur Sidek melangkau umur bersara. Namun begitu, khidmatnya sebagai tenaga pengajar masih diperlukan. Ilmu-ilmu yang ada pada dirinya masih diperlukan untuk dicurahkan kepada para pelajar. Benarlah pesanan bapanya untuk Sidek menyampaikan ilmu yang ada pada diri kepada semua. Tidak perlu rasa sombong jika ada kelebihan pada kita. Kini juga dirinya telah berjaya.
.....................................................................
Jika kita membaca kisah hidup Sidek, impian diperlukan. Apa yang diletakkan impian pada dirinya akan diusahakan olehnya untuk terus berjaya dan berjaya. Ilmu terusan dicari untuk mencapai impian. Tanpa ilmu siapalah diri kita untuk memperkatakan tentang kejayaan.
Siapakah Sidek? Beliau adalah tokoh ilmu yang terkenal dalam menyampaikan ilmu dengan pelbagai cara sama ada perbincangan, tulisan, pembentangan dan lain-lain lagi. Beliau adalah Prof. Dr. Sidek Baba bekas Timabalan Rektor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pengalaman kehidupan beliau yang penuh dengan penetapan inspirasi perlu dijadikan tauladan.
Benarlah kata pepatah 'Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian'. 'Jika tidak dipecahkan rebung, manakan dapat sagunya'. Oleh itu rebung mesti dipecahkan untuk kita sama-sama berjaya dalam segala aspek. Jadikan setiap apa yang berlaku sebagai inspirasi hidup. Jangn mencipta alasan untuk tidak berjaya. Perjuangan dalam hidup mesti diteruskan. Positif dalam setiap perkara diperlukan.
Inspirasi ini jadikanlah pedoman dalam menggapai kejayaan yang tiada kesudahan.
Syabas...tahniah. Benar2 menyentuh hati.
Terima kasih puteri. Semoga mendapat Manfaat