Tiada siapa mahukan kesakitan berlaku. Tiada siapa juga yang mahukan hidup dibelenggu masalah-masalah serta tiada siapa mahukan kemiskinan. Semuanya mahukan senang, sihat, kaya, mudah dan apa-apa sahaja kemudahan serta kesenangan hidup. Untuk mengejar dan mendapat kesemuanya terserlah kepada usaha yang diterapkan.
Ketahuilah juga yang mana hidup ini dihiasi dengan pelbagai karenah yang adakalanya kita suka dan ada juga yang tidak disukai. Datangnya masalah melanda membuatkan kita sering terperangkap dengan keadaan dan situasi. Fahamilah serta mengertilah yang mana telah diwujudkan masalah kepada manusia untuk menguji sejauh mana diri mensyukuri dan bersabar untuk terus berusaha.
Segala-gala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Cuma kita sahaja yang mampu atau tidak untuk mencari makna apa yang berlaku ke atas diri kita. Sebagai insan panjatkanlah kesyukuran ke atas apa sahaja yang berlaku. Ini kerana kadangkala apa yang tidak terjangka perkara yang lebih baik tiba-tiba muncul di depan diri kita.
Hidup sudah pasti ada pasang surutnya. Adakala kita berada di atas, adakala kita di bawah. Sentiasalah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan. Jangan cepat berputus asa serta mengalah atas ujian yang menimpa. Itulah realiti dalam kehidupan yang penuh dengan pancaroba melanda. Apabila terlupa dan terleka, kembalilah ke jalan yang sebenarnya iaitu jalan menuju kejayaan dunia dan akhirat.
Fitrah manusia untuk lupa dan leka pada masa-masa tertentu. Dengan itulah diperingati oleh ALLAH untuk kita sentiasa ingat mengingati dan mengajak, memimpin ke arah kebenaran. Diturunkan ALLAH surah Al-Asr untuk kita sentiasa memperingati masa. Alangkah pentingnya masa kepada kihidupan sehari-harian kita. Turutilah hari-hari kita dengan kecemerlangan yang penuh dengan berusaha untuk terus berjaya.
Positif dalam melakukan sesuatu amat dituntut. Negatif hendaklah diusir dari dalam diri untuk tepat memahami kemampuan dan ketulusan diri. Apabila positif diletakkan sebagai asas motivasi, segala-galanya dituruti dengan kejayaan yang berterusan. Namun, sekali lagi dikatakan haruslah diingati yang mana 'langit tidak selalu cerah'. Apabila langit sedang kabut kembalilah kepada fitrah atau realiti hidup sebenar.
Syukurilah atas apa sahaja yang berlaku dan teruslah berusaha untuk memahami siapa diri kita.
0 Response to "Realiti Hidup"
Post a Comment