Tahun 2010 merupakan selangkah lagi perjalanan kita meniti kehidupan. Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah kerana masih lagi bernyawa dan dapat menghirup udara segar.
Apa Yang Anda Mahukan
Ramai yang menganggap setiap tahun adalah masa untuk melafazkan azam masing-masing. Benar atau tidak? Apakah itu azam? Azam adalah perkara yang anda mahukan untuk kejayaan diri masa hadapan. Mulai hari ini dari sekarang nyatakan apa yang anda mahukan. Setkan matlamat impian yang hebat dan besar. Jangan malu untuk nyatakan kepada semua orang.
Yakinlah, anda mampu mencapai matlamat anda! Saya percaya!
Perancangan Teliti
Setiap apa yang anda mahukan mesti disertai dengan perancangan. Perancangan bagaimana yang perlu untuk diatur. Mestilah perancangan yang terliti. Langkah-langkah untuk mendapatkan apa yang anda mahukan mestilah teliti dan S>M>A>R>T. Apakah itu?
S= Specific
M=Measureable
A=Attainable/ Achievable
R=Reliable/ Realistic
T=Time Bound
Teknik Mencapai Impian
Di sini disertakan bebarapa teknik yang perlu untuk mencapai impian;
- Merancang matlamat untuk menang-PLAN
- Setkan minda ke atas impian- POSITIF
- Berimaginasi- Law of Attraction
- FOKUS kepada matlamat impian- KOMITED
- Buka minda dan buka fikiran
Semoga tahun baru memberikan makna yang hebat untuk motivator. Kemunculan di kaca TV, mengakhiri zaman bujang mungkin akan menjadi realiti tahun ini. Amin.
InsyaAllah. Terima kasih diucapkan. Banyak perkara perlu dibuat.