Raikan bakat anda!
Inilah intipati yang terdapat dalam Talent Revolution Workshop. Bakat perlu ditekankan sebagai elemen yang paling penting bagi setiap manusia untuk hari ini serta masa hadapan yang lebih cemerlang.
Pada 27 Mac 2010, Sabtu, Pasukan TALENT DEVELOPMENT CONSULTING telah dijemput oleh UiTM Johor, Segamat untuk mengendalikan program Talent Revolution Workshop. Pengkhususan dibuat untuk para pelajar dari jurusan kewangan. Program telah dilakukan di dewan LT1 Universiti Teknologi Mara dari jam 8.30 pagi sehingga 5.30 petang.
Pasukan TDC yang terlibat adalah saya sendiri, Mohd Helmi Md Suhaimi, Ahmad Naim Jaafar dan juga Saiful Izzuan. Metodologi program ini adalah ceramah interaktif, persembahan video dan juga ujian-ujian personaliti melalui konsep bakat.
Program sehari ini menjadi titik tolak kepada para pelajar untuk mengatur masa hadapan yang lebih cemerlang berteraskan bakat dan tidak lupa pembangunan diri. Semangat dan kerjasama yang ditunjukkan oleh para peserta menyakinkan mereka akan memulakan langkah menggunakan bakat mereka untuk mennyusuri perjalanan mereka sebagai pelajar universiti serta melangkah ke alam pekerjaan.
Seperti biasa pada permulaan para pelajar diperkenalkan dengan dunia bakat. Sememangnya dunia bakat secara meluas perlu dijelaskan kerana inilah intipati kepada kejayaan sebenar. Semua orang punyai bakat. Jangan sesekali merendahkan bakat orang lain. Mungkin bila mereka menunjukkan bakat mereka, anda akan terpegun.
Ujian personaliti bakat dilakukan bersama-sama seluruh peserta untuk mereka lebih memahami bakat apa sebenarnya yang dimiliki oleh mereka. Ini akan memberikan pemahaman kepada seluruh peserta yang mungkin selama ini tidak yakin dan masih tercari-cari bakat yang mereka miliki. Melalui ujian ini mereka pasti kembali yakin untuk mengembleng usaha berdasarkan bakat sebenar mereka.
Para pelajar didedahkan dengan dunia sebenar berdasarkan bakat dan juga sikap. Bakat sendiri tidak mencukupi jika tanpa ilmu, sikap, tabiat dan kedalaman. Mereka perlu penuhi aspek yang lebih mendalam untuk memenuhi kejayaan sebenar yang mereka mahukan.
Setiap daripada peserta dikongsikan bagaimana membentuk nyala rasa dalam apa jua yang mereka mahukan dalam mencapai impian dan juga kejayaan yang berterusan. Pembentukan jenama bakat mereka perlu diletakkan menjadi satu perkara yang bakal menjana kejayaan sebenar mereka dalam dunia realiti.
Keseluruhannya, para pelajar semakin jelas dengan bakat yang mereka ada. Kami, pasukan TDC amat bersyukur dapat berkongsi dengan semua para peserta. Testimoni yang diberikan amat memberangsangkan. Semuanya semakin percaya dengan diri mereka dan memahami konsep bakat dan bagaimana menggunakan bakat dengan sebaik-baiknya dan cemerlang.
Naum, program ini tidak terhenti di sini. Masih perlu banyak masa untuk para pelajar mendalami bakat yang mereka miliki. Revolusi bakat perlu diteruskan sehinggalah mereka benar-benar menggunakan bakat untuk pembangunan dan kecemerlangan diri.
Diucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana menjemput kami. Komitmen para pensyarah yang turut serta membuktikan pentingnya untuk mereka melihat para pelajar mereka berjaya dalam erti kata sebenar.
TDC akan meluaskan dan menjelajah ke semua IPTA/IPTS untuk melakukan Revolusi Bakat kepada semua pelajar seluruh Malaysia.
Yang pasti, semua orang adalah mempunyai BAKAT.
Mari REVOLUSI BAKAT!
0 Response to "Talent Revolution Workshop, UiTM Johor, Segamat"
Post a Comment