'Saya adalah pemimpin.' Pernahkah anda mendengar seseorang berkata begitu? Jika ada berilah sokongan dan penghargaan kepada mereka. Itu menunjukkan dia adalah seorang yang yakin. Jangan pula anda berkata 'Eleh, menunujuk-nunjuk betul.' Kata-kata anda boleh jadi pembunuh bakat yang sangat besar sekali.
Saya yakin semua telah tahu yang mana semua orang adalah pemimpin. Siapa yang kata dirinya bukannya pemimpin sila angkat tangan. Katakan 'Saya!'. Mungkin masih ada yang tidak yakin dan ragu-ragu.
Jika ada tengok kembali ke dalam diri anda. Adakah anda seorang abang atau kakak, ayah, ibu, adik, sahabat yang penting sekali 'manusia'? Tidak kira apa jua anda sememangnya seorang 'manusia' yang mempunyai daya seorang pemimpin.
The Leader in Me
Sorang penulis yang tidak asing lagi yang pernah menulis buku Bestseller bertajuk The 7 habits Highly Effective People iaitu Stephen R. Covey menulis satu buku yang memberi makna kepada pembacaan kepimpinan bermula sejak kecil iaitu sekolah. Buku ini diberi nama The Leader in Me.
Satu buku yang amat sesuai dibaca untuk menerapkan kepimpinan di sekolah. Banyak cara yang kisah yang ditunjukkan bagaimana sesebuah sekolah membentuk kepimpinan kepada pelajar-pelajarnya. Penekanan kepada aspek kepimpinan menyeluruh dipastikan memberi impak kepada diri pelajar demi masa hadapan dan juga dalam setiap aspek kehidupan.
Pendekatannya adalah dengan mengaitkan aspek kepimpinan dengan 7 Habits yang disusun olehnya. Satu buku yang amat menarik untuk di baca untuk memberikan pendedahan sebenar kepada kita semua bagaimana pembentuk persekitaran buka sahaja individu kepada perkara berkaitan kepimpinan.
Program Kepimpinan?
Apabila berkata tentang kepimpinan, semua sekolah tidak akan lepas mengadakan progrom kepimpinan untuk para pelajar. Namun, adakah semua itu berkesan? Tepuk dada tanya diri sendiri. Semua orang mesti melalui satu proses pembelajaran untuk menjadi seorang manusia yang 'berguna'. Sejauh manakah ia menjadi benar-benar sesuatu yang nyata. Cuba renung kembali zaman persekolahan anda.
Tenang seketika dan imbas kembali.
Adakah anda seorang pemimpin? Tanya dan jawab betul-betul. Pastikan anda senaraikan kriteria yang anda katakan anda seorang pemimpin.
Bagaimana pula dengan cara anda memimpin? _______________________________
Eksplorasi Bakat Kepimpinan
Ada yang pernah bertanya kepada saya, adakah seorang pemimpin itu dilahirkan atau dibina? Pada saya adalah tetap semua orang adalah pemimpin. Bakat kepimpinan memang dimiliki oleh setiap orang.
Bakat kepimpinan perlu dikeluarkan dan dilakukan eksplorasi secara berkesan dan menyeluruh. Cara belajar melalui dunia sebenar perlu. ia perlu dilakukan secara berterusan. Bukan sekadar 3 atau 4 hari sahaja. Ilmu yang boleh dirujuk seperti buku yang berkisarkan kepada pendedahan kepada bakat kepimpinan.
Saya akan dedahkan rahsia secara berterusan berkenaan Eksplorasi Bakat Kepimpinan melalui program yang akan dilakukan untuk pelajar sekolah seluruh Malaysia.
Bakat kepimpinan perlu dieksplorasi bukan sekadar dipelajari. Belajarlah cara sebenar yang berguna bermula hari ini untuk masa hadapan. Bakat anda milik anda.
Eksplorasi bermula..
0 Response to "Siri Kepimpinan | The Leader in Me, Kepimpinan Dalam Diri Anda"
Post a Comment