Cuba anda fokuskan pada gambarajah di atas. Apa yang anda nampak? Fokus betul-betul.
Ya. Jika anda gerakkan kepala anda ke hadapan dan ke belakang anda akan dapat nampak seolah-olah menguncup dan mengembang. Ada yang nampak seolah-olah ia berputar?
Pentingnya fokus
Sepertimana yang anda telah tahu, fokus amatlah penting dalam proses mencipta kejayaan. Ia merupakan proses yang mengambil kira sama ada anda berjaya atau gagal melaksanakannya. Jika anda hilang fokus ia akan melarikan diri sedikit demi sedikit.
Saya berikan satu conoth. Misalnya, jika anda ingin membuat sebuku roti, anda perlu fokuskan kepada langkah-langkahnya mengikut susunan yang betul. Hilangnya fokus mungkin anda tersalah ambil garam daripada gula. Jika tidak pun bahan yang anda masukkan mungkin terlebih atau terkurang.
Namun begitu, jika anda ingin mencipta kejayaan yang lebih besar, apa yang anda perlukan adalah bukan sekadar fokus yang biasa sahaja.
Saya memanggilnya Fokus yang Berkualiti Tinggi.
Katakan ada seorang yang langsung tidak mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan, ingin membina sebuah perniagaan yang berjaya dengan hanya sekadar membaca beberapa buah buku perniagaan sahaja. Adakah dia akan berjaya?
Ada dua kemungkinan sahaja iaitu mungkin ya mungkin tidak. Tetapi peluangnya amatlah tipis kerana, secara amnya, dengan hanya membaca sebuah buku tentang perniagaan, amatlah sukar bagi seseorang untuk membina perniagaan yang menguntungkan.
Untuk membina sebuah perniagaan yang menguntungkan, anda perlu mengetahui banyak perkara dan mempunyai banyak pengalaman. Sebab itulah saya selalu katakan, pengalaman merupakan pelajaran yang sangat berharga.
Ramai ahli perniagaan yang saya tanya mengatakan bahawa mereka bermula dengan menjadi pekerja biasa ataupun sebagai seorang sukarelawan sahaja. Ada ujuga yang bermula secara kecil-kecilan. Bukankah sikit-sikit lama-lama jadi bukit, bahkan boleh jadi gunung pula.
Kita perhatikan tokoh-tokoh ahli perniagaan sedia ada seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Bagaimana sejarahnya? Lihat pula Datuk Seri Tony Fernandes, Tan Sri Azman Hashim, Dr Irfan Khairi dan ramai lagi.
Dari situ, mereka mendapat kemahiran serta pengalaman yang diperlukan. Dan dengan modal yang mereka kumpul selama bertahun-tahun, akhirnya mereka berjaya memulakan perniagaan sendiri yang menguntungkan dan membina empayar mereka sendiri.
Jadi, untuk mencapai kejayaan yang besar, fokus yang berkualiti tinggi adalah amat penting. Maksudnya, setiap gerak-geri anda perlulah difokuskan kepada kejayaan anda pada masa hadapan.
Jika anda mengumpul wang untuk memulakan perniagaan kecil dalam 2 tahun yang akan datang, fokuskanlah kepada matlamat anda.
Jangan dipengaruhi oleh nafsu untuk membeli kamera baru, telefon bimbit baru dan sebagainya yang menyimpang daripada matlamat anda.
Apabila anda bekerja ataupun membantu orang lain dalam kerjanya, fokuskan kepada pengalaman yang boleh anda dapat serta ilmu yang diperlukan dalam perniagaan anda kelak.
Untuk mencapai kejayaan yang lebih besar, fokus anda tak boleh macam lampu suluh. Fokus anda perlukan betul-betul menumpu tepat pada matlamat anda seperti cahaya laser. Bukankah ianya lebih hebat daripada biasa?
Fikir-fikirkanlah..
Buka Fikiran, Buka Minda
Ya, saya skong. Fokus tu lebih hebat daripada biasa.