Semalam 17 Januari 2009 bertempat di Hotel Vistana penulis telah menghadiri Program PENULIS SUPER : Seminar Jana Wang Dengan Menulis anjuran Fauzul Na'im Sdn Bhd.
Keseluruhannya, penulis amat berpuas hati 150% dan sangat bersyukur kerana berpeluang dan diizinkan Allah untuk menghadiri program seumpama ini. Ia memberi pelbagai ilmu baru dalam bidang penulisan juga penerbitan.
Tarikan cara ceramah dan input daripada En. Fauzul Na'im Ishak amat menarik dan menghiburkan. Pelbai info yang membuka mata dan membuatkan penulis lebih bersemangat untuk terus berada di dalam bidang penulisan dan juga penerbitan.
Penulis sememangnya amat berterima kasih kepada En. Fauzul Na'im Ishak kerana memberikan sinar yang InsyaAllah cerah kepada penulis untuk menjadi 'Penulis SUPER'. Berusaha dan berusaha untuk menjadi yang terbaik adalah impian penulis. Penulis telah berjanji kepada diri sendiri untuk menghasilkan karya tersendiri serta menerbitkan karya pihak lain.
Tarikan cara ceramah dan input daripada En. Fauzul Na'im Ishak amat menarik dan menghiburkan. Pelbagai info yang membuka mata dan membuatkan penulis lebih bersemangat untuk terus berada di dalam bidang penulisan dan juga penerbitan.
8 Modul sememangnya sangat baik tetapi penulis tetap merasa tidak cukup untuk mencari ilmu yang lebih banyak. Pada 21 dan 22 Februari 2009 sekali lagi penulis akan menyertai Program Penulis SUPER yang mana ia mengajar untuk menjadi Penulis BESTSELLER.
Sebagai penghargaan kepada semua, penulis akan memberikan antara input menarik persembahan darpada En. Fauzul Na'im.
Mitos orang Malaysia tidak membaca bukuJika diperhatikan antara mitos di atas kajian mendalam semula perlu dilakukan oleh pihak yang berkenaan. Impak positif perlu diterapkan kepada semua. Sebenarnya pembangunan bidang penulisan dan penerbitan amat perlu dibangunkan dengan giatnya kerana permintaan pasaran amat banyak tetapi pengeluaran masih tidak mencukupi.
Statistik yang mengatakan bahawa hanya 2 buku sahaja setahun rakyat Malaysia membaca buku adalah "fitnah yang amat besar dalam penerbitan buku itu sendiri". Ini kerana statistik yang dilakukan hanya kepada 60,000 random sample oleh agensi yang terlibat pada tahun 1995 adalah tidak mencukupi yang mana rakyat malaysia adalah dalam lingkungan 2 juta.
Ini menunjukkan peratusan yang amat rendah iaitu hanya 3%. Adakah statistik yang dilakukan layak mendapat pengiktirafan? Pada penulis sendiri ini adalah mitos yang berasaskan kepada kajian yang salah dan tidak mencukupi.
Pelbagai kesan atau impak boleh di dapati jika nilai statistik ini masih di ambil kira. Antaranya adalah tidak memotivasikan penulis, tiada pelabur dalam penerbitan serta tiada pelabur luar ingin membuka cawangan buku di Malaysia.
Untuk pengetahuan semua statistik jualan PTS sendiri pada 31/12/2008 adalah RM11.5 juta.
"Make more choice to all"
Mitos buku yang diterbitkan tidak mampu dijual
Untuk pengetahuan semua, MPH Bookstore mempunyai hanya 20% buku melayu tetapi jualan Buku Melayu adalah 60% daripada keseluruhan jualan. Ini bermaksud buku melayu mempunyai tarikan tersendiri kepada semua.
Tahukah anda bahawa bahawa permintaan daripada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) adalah 20,000 naskhah judul baru buku setiap tahun. Tetapi ianya masih tidak dapat dipenuhi sehingga ke hari ini. Pada tahun 2008 lepas hanya 8,000 judul buku baru sahaja yang diterima PNM. Paling banyak adalah pada 2007 iaitu hanya 12,000 judul baru buku dan ianya masih tidak dapat memenuhi sasaran. Ia bermaksud potensi dan pasaran masih terbuka luas bagi penulis.
Skrip Hidup penulis dan orang ramai perlu diubah dari negatif kepada negatif. Terutamanya yang mempunyai bakat menulis atau yang mencuba untuk menceburi bidang penulisan. dengan ini Motivasikanlah diri kita semua untuk mula menulis dan menghasilkan karya-karya tersendiri.
'BESTSELLER'? Alhamdulillah jika dapat mencapai tahap seperti ini. Dato' Fadzillah Kamsah, Ann Wang Sen, Fadzli Yusof, Azizi Ali adalah antara penulis Bestseller tempatan. Karya-karya mereka boleh didapati di mana-mana bookstore. Bagaimana untuk menjadi seperti mereka? Adakah dengan menghasilkan karya yang terbaik? Ya, ini adalah salah satu caranya. Apa yang penting adalah yakinkan pasaran pembaca untuk memilih karya kita.
Bolehkah kita meramal buku bagaimanakah untuk menjadi Bestseller. Ikuti perbualan antara En. Fauzul Na'im dan En. Azizi Ali di kedai kopi tempatan.
Fauzul: En. Azizi, agak-agak buku jenis apa yang boleh menjadi Bestseller pada tahun hadapan?Yang terpenting adalah keyakinan kita sendiri. Tulislah apa sahaja dan biarkan pasaran membuat pilihan.
Azizi Ali: Kalaulah kita boleh tahu, mungkin ramai dah jadi kaya.
Sebenarnya banyak lagi perbincangan dan pembetangan dari En. Fauzul tetapi cukuplah jika saya katakan antara topiknya adalah Motivasi Penulis, Pengenalan kepada dunia penerbitan dan penulisan buku Malaysia, Penulis dan Undang-Undang, Kaedah Penulisan yang baik, Pra Penulisan: POP dan Konsep Buku, Penulisan: KJ Metode: Teknik Penulisan berkuasa tinggi, Pasca Penulisan dan Dari Mana datangnya wang dalam penulisan.
Keseluruhan amat tebaik. Penulis menggalakkan sesiapa yang berminat dalam penulisan hadirilah siri-siri penulisan seperti ini. InsyaAllah Fauzul Na'im Sdn Bhd akan membuat siri ke-2 Seminar Jana Wang dengan Menulis pada masa akan datang. Pelbagai manfaat akan diterima. Penulis yakin inilah seminar yang terbaik.
Believe it!
0 Response to "Review- Program PENULIS SUPER : Seminar Jana Wang Dengan Menulis"
Post a Comment