INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Festival Pembangunan Ekonomi Islam 2009

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, January 24, 2009

Pagi jumaat 23 Januari 2009, penulis bersama dengan Fadzli Shamsudin dan adiknya telah mengunjung Festival Pembangunan Ekonomi Islam 2009 (i-fest). Festival itu bertempat di Midvalley Exhibition Centre dan dilangsungkan dari 22 - 26 Januari 2009.

Pelbagai pameran dan aktiviti dijalankan di sana. Sememangnya penulis menjangkakan badan-badan serta institusi yang pelbagai menyertai festival sebegini. Pemamer-pemamer menunjukkan mutu syarikat dan produk yang amat berkualiti. Ia amatlah sesuai dengan temanya 'MENGGERAK POTENSI MEMPERKASA EKONOMI UMMAH'.

Festival ini dianjurkan rentetan dari Kongress Ekonomi Islam ke-3 (KEI-3) di PWTC. Untuk makluman, Ketas kerja pembentangan KEI-3 dan juga Kerta Iringan akan dibukukan oleh YaPEIM untuk bacaan umum. Kiranya seperti penulis sendiri yang tidak dapat menyertai KEI-3 tetap boleh mendapatkan intipati KEI-3.

Di festival ini pengunjung boleh mendapati pelbagai komponen yang menarik untuk dilawati dan disertai. Antaranya adalah Ekspo Perkhidmatan dan Produk, Taklimat agensi pembangunan Usahawan, Business Matching, Klinik Usahawan, Pertandingan Catur Bestari, Pertunjukan dan Promosi Busana Muslim serta Persembahan Kebudayaan Kesenian.

Penulis amat meminati segala produk yang ditawarkan. Kiranya tidak cukup tangan jika ingin membeli semua produk yang ada. Antara yang menjadi pilihan penulis adalah kad privilage Sahabat YaPEIM. Ianya dilancarkan dalam bulan Ogos 2008 ini dan pembayaran penyertaan sehingga 8 Februari 2009 adalah hanya RM75 (Dijangkakan akan dinaikkan ke RM100 selepas tarikh yang dinyatakan).

Pelbagai kelebihan didapati jika menyertainya. Antaranya adalah perlindungan kemalangan diri, diskaun perubatan, tiket penerbangan, hotel, umrah dan ziarah, pembayaran bil dan juga pengumpulan mata ganjaran. Untuk penjelasan lanjut bolehlah ke laman web kad Sahabat YaPEIM.

Bagi penulis produk sebegini merupakan sesuatu yang eksklusif untuk umat Islam khususnya dan seluruh warganegara Malaysia amnya.

Bersesuaian dengan nama kad iaitu Sahabat YaPEIM menjanjikan satu fenomena baru dalam pewartaan kad privilage. Sepertimana yang diketahui YaPEIM atau nama penuh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia adalah sesuatu badan induk yang berjuang untuk Ekonomi Islam. Penyertaan kad ini pada penulis bukan sahaja untuk mendapat kelebihan-kelebihan kad tetapi juga untuk menyokong produk pembangunan Ekonomi Islam.

Komuniti atau sahabat dalam produk ini boleh menyatupadukan umat Islam di dalam satu kad. Pelbagai aktiviti juga boleh dianjurkan YaPEIM untuk komuniti-komuniti yang menyertai program ini. Satu dimensi baru boleh diperlaksanakan. InsyaAllah penulis sendiri berazam untuk mempromosikan Kad Sahabat YaPEIM.

Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) pula akan mempamerkan himpunan direktori mengenai usahawan setebal 2000 mukasurat yang mana dikenali sebagai INFO USAHAWAN. Ia bakal diterbitkan pada bulan Julai 2009. Ianya adalah hasil daripada penyelidikan selama dua (2) tahun. Bagi penulis direktori ini bakal menjadi panduan rujukan lengkap bagi mereka yang bercita-cita menjadi usahawan.

Menurut Dato' Razali Che Pin iaitu Setiausaha Kehormat DPIM, ia dijangkakan akan menjadi 'manual website' yang cukup komprehensif dan lengkap. Ia meliputi pelbagai aspek mengenai usahawan. Unruk pengetahuan semua juga projek ini adalah projek usahasama OIC International Business Centre Sdn Bhd, Dewan Perdagangan OIC Malaysia, DPIM serta Ramcel Media Sdn Bhd. Direktori ini boleh ditempah melalui DPIM dengan harga RM300.

Seterusnya, pelbagai organisasi serta persatuan Islam juga boleh didapati di sana. Sebagai contoh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, IKIM, Bank Negara Malaysia, AKPK, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), KasehDia, Bank Rakyat, Etiqa Takaful, SSM dan lain-lain lagi. Peniaga-peniaga IKS juga tidak ketinggalan untuk mempamerkan produk-produk yang dihasilkan mereka.

Keseluruhannya festival lima (5) hari ini bakal mewarnai pembangunan Ekonomi Islam itu sendiri. Umat Islam khususnya dan seluruh rakyat Malaysia patut mengambil peluang untuk menyertai dan menghadiri festival sebegini. Ia pasti akan memberi manfaat kepada semua. Cuma penulis merasakan tarikh penganjuran tidak berapa sesuai kerana ramai warga kota telah pulang ke kampung sempena cuti Tahun Baru Cina. Penulis menjangkakan hanya yang berkesempatan sahaja dapat menghadiri festival ini.

Untuk penulis, InsyaAllah tahun depan akan menghadiri festival ini lagi tetapi mungkin bukan sebagai pengunjung tetapi sebagai pemamer atau Exhibitor.

0 Response to "Festival Pembangunan Ekonomi Islam 2009"

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR